31 July 2011

KLINIK WANITA DAN KANAK KANAK DR HASMAWATI

susah sungguh nak mencari klinik pediatrician tuk alli.. sebelum2 nih akak selalu pergi kat Dr Nasir kat Ampang Puteri tapi selalu ramai sangat orang.. beratur orang nak jumpa dia..kena buat appointment pulak tu.. akak tanya ngan Pakcik Google akak dapat review dari ramai bloger pasal Dr Hasmawati nih..

Dr Hasmawati nih dulu bertugas kat Damai Hospital tetapi dah bukak klinik sendiri di Desa Melawati.. ramai cakap doktor Wati nih bagus dan sangat mesra.. dia akan terang dari A to z apa2 yang kita tak faham berkenaan kesihatan anak kesayangan kita nih...

Hasil bantuan GPS dapat jugak akak jumpa klinik nih.. tak lah susah sangat nak cari sebenarnya tapi akak malas nak sesat barat sangat..

Klinik dia memang kat tepi Hiway Mrr2 jer kat area Melawati.. dan sederet ngan kedai Mingo Mingo..eloklah tu lepas jumpa doktor leh makan aiskerim...

waktu melawat dia seperti yang tertera di atas yek.. kena ikut time .. kalau tak betul masa boleh buat kita tunggu lama.. jangan pergi waktu rehat pulak yek.. jenuh nak menunggu kang

Ni gambar Dr Hasmawati yang bertudung Biru.. akak amik gambar nih dari Blog Aruah Dr Lo'Lo.. Dr wati memang lemah lembut dan sangat best kalau sembang ngan dia.. dan sangat pandai amik hati kanak2

Sebelum jumpa doktor, Alli memang ralit main mainan kat klinik nih.. happy sungguh dia.. sebab dia bukan sakit demam ker.. cuma jangkitan fungus pada jari dia jer..

Cuba tengok jari kelingking alli tu.. akak dah pergi kat doktor biasa tapi tak baik juga sebab dia bagi satu jenis ubat jer tuk sapu.. Dr Wati bagi sampai 4 jenis ubat.. ubat makan dua dan ubat sapu dua.. mula2 memang kat jari kelingking dia jer tapi dah merebak kat ibu jari.. alli kata tak sakit.. tapi akak risau kang hilang kuku dia pulak..

Banyak tips yang Dr wati bagi.. dia kata alli allergic dengan detargent dan suka main air.. sekarang kuman dah masuk kat bawah kuku..dia ajar cara merawat alli nih.. dan kalau tak baik lagi dalam seminggu kena bawak Alli datang balik.. alli pun kurang makan sayur.. In fact..alli nih memang tak makan sayur.. buah buahan pun dia tak nak..sungguh memilih..

Memang benar Dr Wati seperti ramai orang kata.. doktor Wati memang sangat peramah dan lemah lembut dan rasa macam lega sajer lepas dengan penerangan yang teramat detail dari doktor wati... charge consultation dia Rm30 ringgit dan ubat-ubatan RmRM138 so total Rm168.00 akak rasa berbaloi memandangkan ubat makan alli yang dia bagi dia kata mahal dan bagus.. tak ksah duit boleh cari asal ali sihat..lagipun Papa boleh Claim.. heheheheh

Kepada para ibu akak memang bagi full recommendation bawak anak jumpa Dr wati dan akak menyokong Dr wati 100 peratus..

30 July 2011

MALAYSIA VS SINGAPORE

Ni akak nak citer lah kan... orang nak tengok bola akak pun nak tengok bola.. orang lain tengok kat rumah akak beria nak tgk kat stadium padahal rules dia pun akak tak abih khatam lagi...

Akak ajak Addy pergi.. tapi dia tak mo dia kata tak mau berhimpit ramai2 dalam stadium dia panas.. dia nak tgk Bola sambil pasang ekon dan makan chips lagi best.. hehehhe itulah suami ku.. memang dia tak suka pergi tempat yang crowded..

Kawan akak dah belikan tiket tuk akak.. soo akak buat strategi yang akak rasa akak tak yakin boleh berjaya.. akak bercadang naik LRT uols.. kekekek dah berapa lama akak tak naik LRt.. ntah ingat lagi idak cara-cara nak beli tiket.. heheheh.. owh kalau nak baca other version from azimah sila click sini yek.. dia pakai camera canggih..akak pakai camera henpon jer...

akak naik LRT kat Pandan Jaya sebab akak rasa kawasan parking dia besar.. tapi akak parking kat Ex office addy nyer tempat.. konon nak tempat terang...kalau naik LRt kat Pandan Jaya nak pergi bukit Jalil kena turun tukar train ke sri Petaling kat station Chan Sow Lin.. akak siap save map LRT kat dalam Galaxy Tab akak nih.. takut sesat hehehehehehehe


Nak jadikan cerita kat Pandan Jaya memang tak ramai orang lagi..maklumlah awal lagi akak bertolak dari station Pandan Jaya pukul 5.30 petang.. orang pun baru balik kerja.. so sampai kat Chan sow Lin kena turun lah.. masa tu akak rasa macam tak mo turun sebab akak tengok ramai gilerrr HARIMAU MALAYA kat situ..dah lah akak sebatang kara.. huaaaaa...

sampai dua train lepas tak dapat jugak nak naik train ke Bukit Jalil.. perghh akhirnya berjaya jugak akak meloloskan diri naik.. dan half way akak dapat seat.. alhamdulillah.. dalam kepala akak nih pikir pulak macam mana nak balik nanti..? Sampai jer kat station Bukit Jalil.. orang yang ada kat situ semua bersorak mengalukan kedatangan kami..pergh macam ketibaan wira negara pulak..kekekekke berhimpit2 semua nak keluar dari station tu pulak.. adoiiiii


akak geram kat sini sebab telefon Celcom akak memang tak dapat coverage.. nak call tak boleh received call pun tak boleh.. terus no service... dah lah akak tak janji ngan kawan2 akak kan tunggu kat mana2.. berapa kali akak restart tel akak memang tak boleh jugak.. kalau nak bercakap kat telefon memang tak dapat lah..sana sini bunyi honk.. bising betul.. waktu maghrib pun kalau tidak sembahyang jangan lah terpekik terlolong bising2 main honk tu..adehh itu pun nak ajar ker?

Akhirnya akak kena keluar jalan kaki keluar sikit dari bukit jalil nyer stadium baru dapat coverage.. harap2 kawan akak dapat lah masage akak yek..akak call masing2 tak berangkat..tak dengar kot.. rupanyer dorang pun sama line tak dapat even pakai MAXIS pun.. akhirnya berjumpa jugak kat Gate Hijau.. legaaaaaa.. Rini pulak ntah masuk ikut gate mana.. dah berterabur dah semua

Penuh stadium sampai seat pasukan Singapore pun dah jadi seat Harimau Malaya... seat singapore ada lah sikit jer dalam 400 orang jer.. mana leh lawan suara penyokong malaysia.. tapi akak tak setuju masa dorang nyanyikan lagu kebangsaan Singapore kita dok Boo dorang.. kena hormat lah lagi kebangsaan mereka kan...

Kami menyokong Malaysia.. akak cakap kat Jimah. .. di takdirkan kalau singapore sumbat Goal dulu dan akak bangun melompat gembira sila tangkap akak dan suruh akak duduk yek.. ini di sebab kan akak terlebih excited dan akan sokong sapa2 goal dulu..kekekeke

first half game amat bosan.. Malaysia macam tak pandai main .. dah agak kelam kabut.. nasib baik ada Apex yang banyak selamatkan gawang goal kita nih... akak dah mula sangap.. ngatuk pun ada .. lapar lagi lahhhh... Player SIngapore pulak banyak main wayang.. sikit2 sakit kaki.. sikit2 sakit kepala.. pergi casting filem bollywood lah wooi

Akhirnya terpaksa terima hakikat kita kalah.. huwaaaa.. seri 1 sama menyebabkan kita kalah sebab kita tewas 5 berbalas 3 di SIngapore.. minit yang ke 85 akak dan jimah dan ori berangkat keluar sebelum semua berebut nak keluar.. kebetulan Jimah nak hantar akak balik.. Alhamdulillah.. akak bersyukur.. akak tak dapat bayangkan nak berhimpit dengan bau peluh kat dalam LRT nanti... keluar awal pun tak leh gerak sebab kereta Jimah kena double park..kena tunggu orang yang double park tu keluar dari stadium.. agak lama gak tunggu dalam 30 minit baru leh keluar..

Lepas tu we all lepak SATAY GAYAH sebab kami laparrr... wahh seronok lepak2.. chill berdua sebab kedai tu tinggal we all sebagai last customer... phew.... nasib baik sempat makan

29 July 2011

LELONG..MURAH!!! MURAH!!!

sekali lagi skiva buat jualan murah... orang pmpuan tahulah mende Skiva nih..Lingerie, kalau bahasa melayunyer Pakaian Dalam Wanita.. amboii nak raya semua buat sale yek.. tapi kalau skiva nih buat sale memang murah.. berbaloi beli stock sampai setahun...

28 Julai sampai 31 Julai 2011
Masa :10.00 pagi hingga 9 Malam
Tempat: excella Business Park Ampang

4 Ogos sampai 6 Ogos 2011
Masa 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat No.22, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa

Maklumat lanjut
Tel: 603-42707113 www.skiva.com.my



akak sempat pergi kat Excella busines park sebab dekat ngan rumah akak.. since Khamis orang dok hankut berplastik-plastik pakaian dalam.. Hari Jumaat akak singgah lah.. mana boleh kalau akak tak tengok sama kan..

tu dia makcik makcik borong sakan nak raya kan..serba serbi baru uolsss..

Haa tengok tu selai Rm5 jer..mana nak dapat.. kat pasar malam pun tak dapat taww.. kadang2 dia buat announcement dalam masa 15 minit dia sale sesuatu item tu 2 for RM5.. lepas tu back to normal RM5 sehelai.. masa tu memang tengok macam ayam patuk padi.ngeeeee

Yang nih pulak Bra tuk saiz remaja gituew .. 2 Rm1 jer so satu Rm050 sen jer.. heheheheh panties pun ada.. kalau uols agak2 saiz sampal "L" tu memang banyak giler.. 50 sen jer selai.. sambar jangan tak sambar....agak2 kalau rasa rugi nak guna sabun basuh boleh buat pakai buang jer..

Beg pun ada.. akak sambar gak satu dah beg nih water proof.. ala2 kalau akak bawak gadget akak tak basahlah kalau letak dalam beg tu hila time hujan lebat.. tak mampu akak nak beli long cham uols.. hok nih pun rupa agak sama gak..kekekee


saper yang ada masa lapang hari minggu sebelum puasa nih boleh lah terjah kat sini yek.. kalau tak tahu jalan sila bukak website dia dan maybe dia ada peta or tanya mr google.. kalau larat nak berhankut bulan puasa nanti sila pergi kat Taman shamelin tu kannn..

selamat memborong sotongggg..akak sudah..anada bila lagi..? selamat Berpuasa Semua...

25 July 2011

GAJAH DI KUALA GANDAH

Yahoo hari nih akak nak citer pasal Gajah.. tapi naper yek walaupun gajah nih Vegetarian tapi dia stil GEMOKKKK... sedangkan gajah makan Vegetarian nih Gemuk apatah Lagi Akak nih kan.. hhehehehehe semua akak telan... Sebelum pergi elok chekidaut sini yek nak tentang pusat Gajah di Kuala Gandah... kalau nak masuk website dia sila click gambar anak gajah yang comel tu (macam akak sangat kannn)

Kalau pergi weekend memang kena call mereka untuk reservekan permit untuk join aktiviti dengan gajah.Maklumlah satu hari dorang cuma bagi 100 jer sticker yang kaler kuning iaitu yang boleh join segala aktiviti dengan gajah tu seperti iaitu menunggang gajah dan mandi dengan gajah. Selalunya kalau family 6 orang dia akan bagi half je permit tu so dapatlah 3 permit untuk join aktiviti dan 3 permit untuk masuk (sticker merah) ke pusat konservasi gajah tu.

Tiada bayaran dikenakan tapi kita boleh derma sesuka hati. Nak derma duit boleh or nak derma barang-barang keperluan gajah pun boleh macam susu tepung untuk baby gajah. Boleh call terus ke pusat la nak tahu apa yang boleh didermakan.
Nombor telefon : 09-2790391

Mula plan memang nak bertolak awal ke Kuala Gandah tu tapi Alli pulak bangun lambat (heheheh alasan sangat kan ) tapi pikir2 tak per lambat pun sebab Pusat Gajah nih bukak pukul 12 tgh dan masa tu cuma ada tayangan video tentang Gajah2 tersebut.. dan dalam kul 1 petang yang baru start segala aktiviti dengan gajah.. feeding, riding and bathing with them... akak sampai sini dalam kul 11.30 pagi, lepas akak register bagai (we all dapat sticker kuning 3 orang) so akak pergi deerland dulu yang letaknya cuma 2 km dari sini.-Nanti akak story yek-


antara rules do's and dont's.. sila jangan amik mudah sebab orang lain datang sini sebab nak tgk gajah bukan nak tgk korang.. tapi kalau perangai dah ghupa monyet dalam tu tatau nak kata apa dah....... tapi akak tau ada sorang akak tu Sarkawi Rashid yang datang sini sebab nak tgk orang..kekeekke nasib baik dia tatau blog akak.. kalau dia tau abih tak leh kutuk dia.. opssss..

Tempat dia memang bersih dan di jaga rapi bagi keselesaan Gajah dan pengunjung.. walaupun memang kekurangan dari segi kewangan tapi mereka mampu menjaga gajah2 liar nih dan baby gajah Yatim piatu yang mereka selamatkan dari pelbagai misi penyelamat... maklumlah bela Gajah nih banyak kos sebab dorang kuat makan kekekeke. Tapi kalau nak bela kawan akak Si Kimi tu lagi besar belanja.. sebab dia bukan kuat makan jer.. kuat tidor.. kuat jalan2.. dan macam2 lagi lah..

aktiviti pertama ada feed the elephant.. masa nih Gajah dalam kandang sebab dia tengah mandikan anak gajah nih.. tapi ramai yang tak sabar2 nak feed the peanuts ni kat gajah nih.. terus Gajah tu jadi macam budak kecik sebab tak nak mandi dan asyik nak makan kacang jer..cute sangat..

Masa akak pergi nih during weekday so memang tak ada melayu kat sini..akak terasa seperti berada di oversea.. feeling2 akak mata biru jugak.. hehehehe ramai tau sebab masa nih ada rombongan high school dari London kot yang pergi rombongan ke Singapore, Malaysia, Thailand. curlassss kan dorang pergi rombongan ke oversea masa sekolah menengah lagi.. akak dulu dapat pergi Pulau Pangkor pun dan saaaaaangat teruja..feeling2 bercuti ke oversea bagai ngan topi koboi lagi..kekekekkee

selepas akak feed lite lite-lite gituew.. (alli takut lagi masa nih. segan2 pulak nak sua tangan) akak hantar wakil Addy beratur kat line tu sebab cepat sikit nak naik gajah tu.. akak tengok mat salleh dan minah salleh lagi ramai.. akak suami isteri kan kecik jer.. budak sekolah dema pun tinggi dari Addy..

Masa nih baru di abawak keluar gajah yang besar2 dan terus straight to sungai nak mandikan dulu.. baru leh main2 ngan dia kan.. Ini adalah Gajah yang tertua di sini berumur 72 tahun dah dah stay kat sini sejak tahun 74 lagi. Gajah tu kerja sebagai pembalak kat India.. dan sekarang dah pencen..
Selepas semua gajah dah mandi semua berkumpul di stage tuk sesi perkenalan.. akak lupa lah nama gajah tu..lain kali pakai name taq yek..Gajah nih faham bahasa melayu tau.. kalau nak suruh dia datang kat kita cakap jer "sini".. kalau nak suruh dia duduk cakap jer lah" duduk".. pandai2 yek.. lepas tu sessi feed the elephant dengan buah2.. masa nih addy masih jaga barisan lagi sampai nak pitam2 dia sebab panas sangat.. yes addy nih bukan orang berdaya tahan sangat.. dia tak tahan dengan cuaca panas...hiking pun tak pernah buat.. akak lagi terrer lah sebab bukit broga tu akak dah lepas..dua kali tawww

Masa feeding nih Alli dah tak takut.. dah boleh pegang belalai gajah dah.. dia kata macam janggut papa sebab kulit gajah tu ada bulu macam rambut dan kasar.. macam2 buah2 gajah nih makan tapi jangan lah bagi durian lak..

Tengok tu orang dah start beratur.. korang mesti tak nampak addy kan sebab dia kecik jer dari aweks mata biru nih... Panas sangat tauuuuu

yang nih anak gajah.. dia lambat bangun tidor so mandi terjun sungai jer.. nak tahu sebab apa badan Gajah nih penuh lumpur? ini adalah salah satu cara dia nak elak dari kena gigitan serangga.. susah woo nak garu kat bahagian bontot tu.. Yang nih masih kecik lagi umur 4 tahun.. memang minum susu tepung dugro jer nih.. macam budak2 lagi..


Three some gituew.. bangga abang yang bawak Gajah tu yek .. dapat peluk freee.... gajah nih kalau tunggang memang tak beralas jer badan tu.. rasa geli2 lak..heheheh.. Alli sangat suka naik taw.. tapi cuma bagi ride sekali jer.. dia tak puas.. dia susuh akak bela Gajah.. anak ku sayang.. Papa nak bela mama nih pun dah mengah nih nak suruh bela Gajah..adehhhhh..


Yeaaaa mandi bersama gajah.. akak memang dah standby baju spare tuk kami sekeluarga tapi at the end akak tak terjun pun dalam kolam nih sebab akak segan.. ramai awek cun dalam tu.. nanti gajah tu sembur air kat akak suruh keluar dari sungai tu...

Masing2 berkerumun mandi siap naik atas gajah tu jugak.. gajah tu pun happy jer layan.. eh nak citer gajah nih gatai taw.. siap raba2 breast awek2 tu..geram sangat lah tu.... amboii nasib baik belalai Gajah tu pendek lagi sebab masih baby.. kalau tidak merata2 belalai tu pergi yek...

Alli tak mo naik tapi kena paksa dengan Papa dia.. sampai mama kata nanti Mama jadi Gajah yek.. baru dia setuju.. suka mama dia jadi Gajah yek????.. hehehehe.. Nak tahu kenapa Addy tersangat Gembira?????


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Cuba tengok gambar di atas.. orang yang akak bulatkan tu adalah Addy.. wahhh minah salleh lain ada siap pakai bikini jer dalam tu.. mana Gajah tak geram.. addy pun sukaaaaa.. kekekekekke.. aweks putih semua tu.. hahahahahaha

23 July 2011

VISIT SINGAPORE

selepas BBq ngan kawan2 sekolah..dan tak tidor2 selama 48 jam.. terus naik flight ke Singapore.. Flight pulak awal pagi..so sampai kat Singapore dalam kul 8 pagi.. Flight dari KL ke Singapore sejam jer pun.. tapi dalam flite tu sempat tidor sekejap..maklumlah ngantuk sangat..

sampai jer terus kami naik MRT ke hotel dulu.. tapi tak leh check in lagi sebab time check in pukul 2 petang.. hotel simple2 pun mahal tawww... iskk memang kat sini kalau nak duduk hotel memang mahal.. kalau nak murah duk JB dan masuk singapore.. kebetulan adik akak stay kat JB.. dia naik kereta dari JB.. dia dah ada kat Singapore nih 3 hari dah..patutnya hari nih dia nak balik KL dah.. tapi since akak sampai singapore hari nih dorang nak masuk lagi lah for the last day..

Sampai kat Singapore memang hujan jer.. Addy tetiba pulak rasa takut2 nak smooking..macam takut kena tangkap ngan warden Asrama pulak.. letak barang kat hotel tu dulu dan jalan2 sekitar cari makan dan nak tinjau2 harga.. tapi kat kawasan dekat jer lah.. badan rasa penat dek sebab xtvt yang berterusan tak tidor tu.. datang sini nak shopping baju raya jer pun..



First place kami pergi islah Mustafa Centre sebab dia bukak 24 hrs.. jalan kaki dari hotel we all cuma dalam 30 langkah jer.. heheheheh so plan kalau nak shopping kat sini boleh ulang alik angkut barang ke hotel jer..tapi kat sini baju2 dia memang tak cantik..ala2 mydin tapi dia ada jual jugak baju2 sukan yang original.. yang paling best kat sini ialah parfume dia memang sangat MURAH.. akak gile sekejap.. banyak diskaun pulak. ala2 buy one free one...kalau Victoria secret Body mist tu dalam 50 hengget jer..

harga makanan dan minuman kat sini murah tapi kalau rate singapore lah..sila jangan convert.. sepanjang masa kat sini asyik makan nasi beriani jer murah jer SD4.50 tapi kalau convert tu Rm dah jadi RM11.oo jugak..ngeeeeeee

Lepas tu dah pukul 2 kami check in.. tapi akak ngan addy terus bukak aircond.. mandi sekejap sebab kena hujan tadi dan tarik selimut tidorrrrrr..hehhehehe memang datang singapore nak tidor jer lah kan..kekekekekkee

Tetiba dalam kul 5 petang adik akak call kata dah sampai kat hotel akak.. perghhh terganggu my sweet dream... rasa lemau badan.. lepak2 jap sampai kul 8 malam we all plan nak keluar tgk singapore waktu malam.. adik lelaki akak tak biasa naik MRT kat sini.. so seperti biasa akak lah jadi tourist guide yang first time datang singapore..

Jauh jugak kami berjalan..pergi Marina Bay nak tengok Merlion.. nak pergi sentosa Island nak tgk Merlion yang besar tu jauh sangat.. plus bawak budak2 so naik MRT tempat yang dekat2 jer lah...

Kalau lah akak bawak Alli sure gembira kan.. tapi akak malas kalau nak jalan2 rush nih nak bawak alli..susah akak nak shoping nak layan macam2 dia punya perangai.. Kang addy penat lak kena dukung si kecik tu jer.. lagi jadi bad mood..

Main2 ngan patung... posing sikit2...







kat Merlion Hotel.. kat sini ada statue Merlion kecik.. jadilah .. kalau g singapore memang kena bergambar ngan Merlion nih taw...


Hotel kat Marina Bay... lepak2 kat sini jalan2 makan angin


Cantik kan.. nak kena kumpul duit lama sikit baru leh tidor sini kot..

Merlion kecik...

Kecik besar... BESARRR..adik lelaki akak dan anak saudara akak.. suka berlari2 jalan..

On the way balik hotel .. tak ramai orang maybe sebab weekdays dan waktu malam orang tak keluar jalan2 kot..

Lepas sampai hotel adik akak mandikan anak dia dan shopping sekejap kat Mustafa Centre.. yerlah dah buka 24hrs kan..sure tak lepaskan peluang shopping lewat malam... dalam kul 1 kot dorang gerak balik ke Puching dari Singapore.. akak sambung tidor sebab besok nak kena guna tenaga shopping kat orchard Road..

awal pagi we all dah keluar dari hotel pergi area Orchard Road.. memandangkan flite balik kul 12 tengah malam so banyak masa leh spend hari nih shopping baju raya tuk anak akak dan addy..agak2 barang dah banyak we all patah balik kat hotel dan packing barang2.. ingat nak beli sikit jer barang rupa2 nya penuh beg.. sib baik memang standby bawak beg besar...lepas letak barang kat bilik store room hotel terus kami jalan sambil lenggang kangkung kat Singapore.. kali nih cari baju addy pulak.. dia memang die hard fan or North face.. sampai 3 outlet kami pergi nak cari baju dan seluar dia.. dapat jugak kat mana ntah akak lupa.. fuhhh berpeluh akak nak bayar tauww.. padahal duit addy..

asal dia suka tak per.. sebab dia jarang beli baju nih pun.. cerewet gak....akak suruh dia amik apa sahaja dia minat...memang bersungguh dia amik.kekekkee padan muka akak..

dapat lah alli punya baju raya dalam 5 pasang...mesti dia suka..padahal mama yang suka sebenarnya.. baju budak quite murah gak.. tapi baju akak macam tak minat lak.. tak sesuwaiii


Akak dapat parfume kat Mustafa centre.. dia jual buy one free one murah kan.... beli gift parfume gak kat Babysitter Alli.. tu jer dan sedikit cenderamata...

Pastu badan pun dah letih..makan dulu dan dalam kul 830 malam decide nak terus g changi airport.. check in awal2 dan berehat sekejap..penat macam buat treasure hunt tawwww.. nasib baik kat airport dia ada tempat baring nak lurus kan badan.. boleh terlelap kejap taw..

Siap massage kaki sekali.. lega rasa kaki dah lennguh2 nih.. sampai KL dalam kul 1 dan sampai rumah dalam kul 2.30 pagi.. terus ZZZZZZzzzz.. personally akak tak suka shopping dan pergi singapore.. next time maybe akak pergi tuk bawa alli g universal studio jer lah.. kalau shopping baik akak pergi china, bandung, dan tempat2 akak boleh shopping tanpa rasa nak convert duit kekekekekkeke...

Eh ke Australia pun akak leh shopping beria tapi kat singapore tak ada lah murah mana pun..segala serbi mahal...