30 August 2011

SATU HARI DI HARI RAYA

Fuh penat hari nih tak putus2 orang datang beraya. hari nih menu di rumah MIL adalah Ketupat Palas, Rendang Daging, Mee Rebus, Lontong dan sambal tumis sotong dan kuih raya.

Hasil air tangan akak ialah mee rebus dan sambal tumis sotong. Tak menang tangan nak layan budak2 datang beraya seawal salam terakhir solat aidilfitri. gigih sungguh budak tu semua yek.Yang penting kawan sekolah akak kim dan eileen, Shidee dan Iza sempat makan Lontong akak.

sebelum ramai lagi menjengah akak dan Addy keluar beraya ke Taiping Sentral lepas Isya'. hopefully MIL leh handle saudara2 yang datang beraya malam. Akak lepak minum2 kay startbuck dulu yek

sent via samsung galaxy tablet

22 August 2011

SAYANG NYER DIA KAT AKU


Wah sudahkan anda mengungkap kan kata saya "sayang awak" hari nih. Ada orang tu kan suka sangat cakap sayang kat orang lain tapi adakah dia betul2 hayati maksud Sayang tu? Akak selalu sangat dengar orang cakap "sayang awak" nak nak kalau kat facebook. tak kisahlah pompuan kepada pompuan ker. Sayang nih memang luas maksudnya.perghhhh tak hagak2 sayang sana sayang sini.  tapi betulker tahu maksud sayang tu. kalau main tulis jer anak akak umur 3 tahun setengah pun boleh.

Eh Addy dah lama tak tak cakap sayang kat ai lah. Hai Addy? u sayang ai ke tak nih? Sebab u jarang sebut I LOVE U tu lah menyebabkan ai nih tertunggu2 kata kata tu. tapi deep in my heart i know u love me so much.

kalau tidak tak kan Addy tak kisah kalau akak tak kerja, akak malas lipat baju, akak malas basuh kain eh bukan selalu tau akak malas tapi ada mood gak. Nasib baik Addy rajin tolong. Kalau akak nak keluar hang out ngan kengkawan pun Addy tak halang. Mana nak cari suami macam tu beb. siap hulur duit belanja lagi.

Now i know walau tanpa ungkapan SAYANG  akak tahu Addy sayang sangat kat akak. Melalui perbuatan sajer dah boleh express perkataan I LOVE U.  so sorrylah yek akak tak terima perkataan sayang korang tuk akak just SHOW ME UR LOVE ONLY. :-)

pesanan ringkas. sila clik iklan kekekekekekek kata love maaaaa


SIAPAKAH GADIS INI?

dah lama akak tak jumpa kawan yang sorang nih. dekat 24 tahun x jumpa. tapi dapat jugak peluang jumpa dia. Since dia tak familiar ngan road kat KL nih akak gigih ke Subang.

Apa kes bawak balik GPS ke Malaysia tapi still guna map US? kekekekke.  Ada janji nak berjumpa dengan kekasih lama org kata monkey love. tapi monkey love dia takut. seram sejuk katanyer.

anyway sempat sahur sama dan hari nih dia ada kat Perhentian tgh menikmati air kelapa bawah pokok sorang2 bawah cahaya bulan. sebab dia balik malaysia sorang sajer. Suaminyer di tinggalkan kat obersea sengsorang. tak takut kena kidnap ke makcik?

Masih ingatkah anda dengan si Jelita yang tersangat hot masa sekolah dulu?

21 August 2011

MENU IFTAR


tak tahu dah akak nak masak apa. So hari nih akak masak menu yang boleh di makan oleh semua yer lah anak akak mana makan pedas.

akak masak acar acar sayur timun n carrot, kurma ayam dan akak order rendang rusa dari kawan sekolah akak.

Selamat berbuka uolssss.

sent via samsung galaxy tablet

20 August 2011

KESIAN

akak kesian ngan kerusi massage nih. overload gituew. yang pakai baju merah tu lah. lepas nih mesti kena service kerusi tu. heheheh singgit 3 minute jer pun.

nak main bowling penuh lak sebab ada tournament kat ampang point.

nak karoke mike lak tidor. ntah layan lah mana yang sempat yek


19 August 2011

KASUT BARU.

Bukan akak punya. Tapi si kelabu punya. akak tak der budget nak beli kasut dah. Addy dah sound raya kali nih sederhana aja. bukan nak sambut depavali lip lap bagai. meriah semua.

Akak pasrah walaupun akak teringin berkasut baru. Hari raya nih akak pakai selipar jer uols tanda akak mogok. huhuhuhuhu

17 August 2011

HADIAH DARI KAWAN

kawan akak Khairil baru balik dari Shanghai dan Hong Kong atas urusan kerja. Selalu sangat yek ko pergi obersea. Tak bosan ker ko dok berumah tangga dalam flite yek.

memandangkan dia tahu akak pun dah mengikuti jejak langkah mama nyer iaitu mengumpul piring-piring ajaib bagi mengumpul habuk maka akak dapat souvinier dari sana lagi dua bijik piring. akak suka sangat. gigih akak buat posting kul 4.30 pagi tawww.
Addy pulak dapat t shirt The North Face kegemaran. T shirt dia sangat best tau sebab bukan dari cotton tapi dari material macam lycra. sungguh selesa. macam mana akak tau? sebab akak dah test dan sendat sendat jer ngan body akak yang montok nih. ada chance akak pau t shirt tu dari dia.

terima kasih yek Khairil. next time kalau jalan2 or kerja kat Ugand ker, Namibia ker, cari lagi piring ajaib nih tuk akak yek. Thank you.

p.s Iskkkk bilalah tabung akak nk penuh nih. memanjang bocor. Nak kena tampal ngan gam gajah kot


sent via samsung galaxy tablet

HANYA MENCUBA

Kawan akak yang cikgu sekolah pun terer buat. akak pun nak test gak. eh mana button nak attached gambar yek. iskkk nak kena study dulu lah

sent via samsung galaxy tablet

16 August 2011

TANYA SAMA POKOK

Hari nih akak nak citer pasal akak tersangat geram ngan harga sayur sayuran rempah kat Kay el nih.. akak tekad akak nak jadi petani kecil kecilan kat umah akak nih.. tapi akak tak tahu macam mana nak mula.. sedangkan beli pokok yang terus bercambah tu boleh kojol.. ini kan pula yang akak nak start dari mula.. tawakal jer lah.. kalau tumbuh okey.. kalau tak tumbuh akak tanam lagi sekali...tak pon akak tukar pasu ngan jiran akak..


Sekarang masih dalam peringkat semaian so duduk dalam bekas kecik jer.. nanti dah besar akak transfer dalam bekas besar.. dah siap beli banyak2 dah nih...

Orang kata kalau nak bagi tumbuhan tu segar mekar perlu belai dia dengan kasih sayang maka akak akan selalu menyenandung lagu2 buat pokok akak nih.. akak terus nyanyi lagu yang rancak2 jer supaya dia akan berkembang dengan jayanyer.. kalau akak nyanyi lagu sedih harus dia ala2 malas jer nak bangun kan...

akak jugak bawak dia pergi tengok TV.. mana tahu dia tak sabar nak tgk citer yang menarik kat Tv tu.. tapi akak elak kan pasu akak nih tengok siaran TLC sebab kalau dia tengok kaum kerabat dia kena goreng/rebus/makan dalam siri tu harus dia tak berani tumbuh...

Korang nak tahu akak tanam pokok apa? nanti kalau dah bercambah korang tanya sama pokok tu yek.. akak pun tak berani nak kata..akak tanam pokok apa..

15 August 2011

DAM DAM DUM BUNYI MERCHOON

Mood raya sudah mariiiiii.. akak lebih excited dari anak akak.. tapi nak kata macam tu tak leh jugak.. semua sakan excited nak main bunga api nih...

Addy singgah beli kat Pasar Ramadhan nak cari bunga api.. nasib baik senang nak jumpa tapi harga dia teramat mahal.. iskk main sikit2 jer..

Merchun yang panjang tu Harga dia Rm3 sebatang yang pendek tu Harga dia Rm1.50 sebatang dan yang dalam plastik tu pulak Rm1 satu plastik.. semua tu habis jugak dalam Rm10.. kalau hari2 macam nih mau parah.. iskkk kena contact kawan akak kat bahagian pihak penguasaan.. mesti dia simpati nak bagi akak harta rampasn perang tu kann..


supaya tak mengganggu pihak sekeliling walaupun bunyi dia ala2 kentut budak.. tapi demi keselamatan harta benda jiran dan tanaman jiran... akak pun pergi kat Taman Tasik datuk Keramat kat tepi stesen LRT jelatek... Punya lah suka Alli.. beranilah jugak dia pegang..mula2 macam takut takut..

Sebenarnya Papa dia pun excited.. dia yg over bakar mercun dan melompat-lompat ala2 sebaya jer dengan anak dia.. macam kawan setadika pun ada akak tengok laki akak ngan anak dia

Ini baru nama bunga api.. habis Rm1.50 sebab nak tengok dia pusing2 keluar api jer..

Addy siap sangkut kat atas pokok dan biar dia terbang.. berlari2 dorang gelak.. akak tak kuasa.. kat tangan akak dok pegang tab jer layan forum..

Bekal air satu botol dah bawak siap2 sebab akak dah tahu husband akak ngan anak akak memang kuat berpeluh.. cepat penat dan haus.. tak yah nak beli air kat luar.. bawak jer dari rumah..


Dah habis main mercun masing2 duduk tepi padang tengok orang main kereta control..

Iskk tak sabar akak nak beraya.. jap akak nak test baju raya buat kali yang ke sepuluh.. harap2 masih muat..maklumlah bulan puasa nih akak makan tak hengat dunia.... adeeeehhh

GERMAN DELI IMBISS

Kali nih akak nak goda korang di bulan puasa nih yek.. hehehehe.. tahan sikit iman tu.. hari sabtu tu akak tanya addy dia nak makan apa masa Iftar.. lama dia pikir.. pastu dia dok berlari ke laptop ntah apa dia godek2 .. akak rasa bengang jugak sebab dia tak jawab.. akak nih dah malas nak masak nasi.. pastu dia panggil akak dengan mata bersinar2 macam budak kecik dapat aiskrim.. rupanya dia dok google Burger yang sebesar Giant yang kawan akak kata bukan makanan manusia hanya untuk optimus prime dan ada sorang kawan lagi cakap untuk yang bernapsu gajah..hehehehe


lokasi dia adalah di Ampang di Petronas service station.. ala yang ada Jusco Max Value, Mac Donald dan DiKayu Nasi Kandar tu.. Nama tempat nih ialah German Deli Imbiss... bulan Ramadhan nih dorang ada buat buffet.. kalau tak silap harga dia Rm20 per person utk adult dan Rm10 tuk kanak2 bawah 12 tahun dan 4 tahun ke bawah makan percuma... Murah kan.. tapi buffet tu tak ada sediakan burger yang akak nak...

Bagi bulan puasa nih.. order untuk ala card tutup pukul 6.30 petang sebab dorang nak prepare tuk buffet dan akan bukak balik kul 9.00 malam... waktu tutup cafe nih kul 10.00 malam ...so pikir nyer pikir addy kata nak take away jer lah.. dia memang sayang terawikh dia.. kalau dia berbuka di luar dia miss dia punya tarawikh tu.. akak follow jer.. janji akak kenyang...


Sebab masa tu napsu amat besar kerana menahan lapar dan dahaga maka sorang satu tak hagak2 order hok giant nyer.. kekekke hok akak pengang tu burger nama dia MEGATON.. haaaa tu sebab kawan akak cakap cuma optimus prime jer yang makan... sila compare ngan saiz iphone tu yek. dan sila compare jugak ngan saiz bulat muka akak.. ngeeeeee besar kan.. harga dia Rm16.50 jer.. kalau kongsi 3 orang pun tak ada hal.. daging dia sangat tebal dan rasa dia memang puas hati...


addy nyer pulak dia pilih Jawbreaker sebab dia nak rasa makan sosej.. besar sungguh yek.. jangan risau Cafe nih HALAL dan akak tanpa was was melahap makan kat sini.. Rasa Jawbreaker nih macam coney dog A&W.. tapi saiz dia yang amaaat besar.. addy tak habis makan hokey.. tapi dia sempat pau akak punya Megaton half portion.. dia kata Megaton lagi best..


Esoknyer pulak.. akak telah menghasut ex school mate akak yang kebetulan dok cuma 300 meter dari rumah akak tuk sama2 menggemuk kan diri di sini.. kawan akak nak tarawikh dulu so akak tunggu dia yang hanya berbekal kurma 3 biji jer sempena berbuka puasa.. nak makan makanan optimus prime kan.. mesti kena kosong kan perut...

gambar cilok dari fb Norli

Kali nih kami order dengan amat berhemat lagi.. akak cakap semua kongsi cukup , tak habis nanti... dan kami order segelas air root beer yang besar macam size jug minuman dan memula kawan akak nak order macam2 lagi sampai akak cakap makan dulu kalau nak lagi boleh order.. kekekeke siap simpan menu kat meja tu..

gambar cilok dari fb Norli

Ni lah kawan akak Norli dengan Megaton nyer.. selera sungguh dia makan.. dan dia pun suka dan nak datang selalu nak rasa menu yang lain.. Thanks ye nok sebab belanja akak.. akak baru nak bayar rupanya dia dah settle bayar siap2.. akak tahu akak suri rumah tapi akak ada duit tabung tawww...


gambar cilok dari fb Norli

Heheheh akak suka sungguh gambar dari camera dia sebab dia ada fuction touch up.. nampak jelita kan Burger tu.. dan akak pun jelita jugak nampaknyer.. flawless gituewwwww..

Akak rasa akak dah jumpa eating buddy yang duduk dekat ngan umah akak.. so lepas nih mesti macam2 plan we all buat tuk eating out kekekekeke dia pun masih single.. any takers?

So anyone nak join akak makan sini next time??? akak pasrahhh bulan puasa nih akak makin besar...



14 August 2011

IFTAR 2011 WITH GOOD BUDDY

Merasa jugak beriftar ngan best buddy akak nih.. tapi akak malas nak upload gambar sebab akak sampai ngam2 dah nak time berbuka.. akak nak salah kan bodigad akak yang akak kena heret dari site office boleh? jenuh akak mengejutkan dengan telefon nasib baik akak tak sempat gegar pintu site jer..

Gambar dan citer lanjut sila ke blog Jimah yek.. akak tak larat nak curi gambar dah.. akak berpuasa uols..

akak berjaya memukau pandangan dorang dengan imej ala Mak Hayam insaf uols... sampai dah dekat baru kenal akak tau.. i told u akak boleh jadi Mak datin over tawwww. tapi biasalah aktiviti berjemaah mengutuk akak tetap jalan walaupun bulan Ramadhan.. tak per walaupun mulut korang kutuk akak tapi hati korang baikkkkk..


Selepas makan akak memang makan sikit jer.. sebab akak memang tak larat nak makan banyak bulan pose nih.. nasi nih akak dah tak berapa lalu nak makan.. lain lah jimah.. mula mula makan desert.. pastu makan nasi.. pastu makan pasta.. pastu ratah lauk.. last sekali baru dia teringat dia nak kurus.. baru dia amik salad.. tapi dah terlambat... kekekekke

Haa nih lah budak yang akak dok amik kat tepi site tu.. nasib akak nampak dia.. kalau dia tak ada tadi akak hangkut jer mana2 bangla yang ada kat situ yang rupa paras lebih macho dari dia nih...opssss

13 August 2011

MIMPI DAN TEMPE....

Semalam akak dok ber iftar ngan geng meja bulat akak tu depa dok tanya pasal mimpi akak yang akak dok canang.. best giler .. tapi akak tak citer kat dorang sebab akak nak citer kat blog bagi world wide coverage lagi..kekekkeke

Al kisah masa suatu hari akak berbuka puasa kat rumah akak ada beli sekeping tempe untuk di goreng.. sedia maklum by all tempe nih kononnya mempunyai banyak khasiat dan ada orang kata boleh awet muda kalau selalu makan tempe.. kalau tak caya cuba tgk muka Datok Khir Toyo..macam orang umur 30 an jer.. akak sure dia memang gemar makan tempe..

Okey berbalik kepada mimpi akak tu yek.. satu malam yang hening akak bermimpi telah berkahwin dengan anak raja.. tapi anak raja negara mana akka lupa nak selidik.... tapi asal kawin ngan anak raja teruna lagi akak tak kisah walau raja negara kecik jer kan.. hehehhe (okey tahan muntah tu dulu) kekekekek

Lepas acara gilang gemilang maka akak bersembang dengan ibu mertua iaitu permaisuri negara berkenaan.. bonda mertua akak tu pun bertanya berapa umur akak .. (motif mak mertua tak selidik latar belakang bakal menantu kan) maka akak pun menjawab dengan jujur tanpa menipu ... umur patik 35 tahun bonda (motif berpatik beta kannnn.. eh betul lak umur dalam mimpi tu.. tak menipu sungguh).. makan bonda mertua akak pun terbeliak matanyer dan berkata.. eh nampak muda anakanda nih yek... macam sama usia dengan suami anakanda yang baru berusia 27 tahun... (sekarang semua boleh muntah yek.. kah kah kah) apa lagi aku pun mergangkat sembah sambil berkata.. Junjung kasih tuanku bonda dengan pujian bonda terhadap anakanda..... sambil tersenyum gedik..

lepas tu akak tak ingat dah apa terjadi tapi akak rasa macam akak tak mo bangun jer dari mimpi.. dan tetiba akak terasa nak borong selori tempe dan hari2 makan tempe.. sekian mimpi beta (dah kawin ngan anak raja kan) pada hari tu..


Eh lupa nak citer.. beta rasa beta nak kuruskan badan macam dalam mimpi beta tempoh hari... kekekekekekkeke


12 August 2011

DURIAN LURUHHHHH

Oh komer derian dah berbungeee.. moh kita pinang anak terune.. anak trune, anak kampung klawang.. teman jumpe dia opis lama teman... (sila nyanyi dengan nada Mr Os yek)

Yesssaaaaa.. akhirnya panggilan yang di tunggu tunggu oleh sekalian teman2 meja bulat dah sampai.. tapi kali nih durian dusun Harman nih gugur seminggu sebelum Ramadhan.. gigih jugak akak pergi ke Kuala Klawang Negeri Sembilan.. Last year arwah bapa Harman (al fatihah) ada teman we all makan tapi tahun nih Harman jer lah.. Keluarga dorang memang permurah sebab bagi derian nih free jer kat kenalan or orang lalu lalang yang mintak.. segala jenis derian ada kat sini semua kualiti yang superb.. first time akak makan durian kaler oren dan rasanyer memang SEDAPPPPPP...

owh kalau nak tengok gambar dari kamera berkuliti pergi blog anak ayam akak kat sini. maklumlah sejak kamera pinjam akak kena tarik oleh adik akak yang katanya selepas kawen nak bergambar banyak2.. tapi NON ADOOO pun.. huhuhuhu

gambar curi dari jimah

Ini lah tokey dusun.. bertambah berjaya dia.. bujang lagi tawwwww... tu lah akak kata saper nak pinang dia nih.. semua ada.. lengkap tau..dia ada kat Negeri Sembilan.. bukan kat tengah2 bandaraya yek.. ini persis teruna desa yang kaya...


Okey akak citer.. journey dia makan masa dekat 2 jam kot.. dulu akak ada pergi tapi konvoy ikut Hulu langat.. mak aii jalan berpusing2 pening kepala akak taw.. tapi masa on the way balik dema bawak ikut jalan ke Kajang..much better laju jer masuk hiway.. tak per bayar toll dari akak jadi macam motion sickness..

sekarang akak sudah maju.. sudah ada GPS so akak redah sendiri lalu ikut SILK hiway....

Damai jer sepanjang perjalanan.. bandar2 dorang kecik2 jer.. rasa macam best pulak.. ada laman besar.. kat KL nih duduk lah berhimpit.. dalam kawasan rumah yang kecik.. adehhh silap pilih tempat tinggal kah kita nih?

All the way hujan rintik2.. macam mana nak makan durian.. ada ke durian gugur nih.. tapi akak rasa tak perlu risau sebab kat dusun tu ada berpuluh puluh batang pokok.. mesti ada gugur punya....

alhamdulillah kannnnn.. ada jugak yang gugur.. nih baru sikit.. masa first round kutip buah masa baru sampai tu...

Gigih tokey dusun pun mancari durian.. maklumlah dia sajer yang tahu kat mana mungkin durian tu sembunyi.. yang kami nih nampak cuma yang atas tanah.. dia tahu kat mana durian tu bergolek golek..
Dusun dia memang bersih dan terjaga seperti taman.. memang damai dan tenang kat sini.. seronok betul lah.. sejuk jerrr..

Anak anak dara nih buat perangai macam kat site.. macam amik gambar kat site pun ada.. posing bawah pokok derian.. kalau gugur hempap kepala kang.. larat ke lari laju macam akak nih.. hehehehe


Jimah excited tengah amik gambar buah durian atas pokok.. akak rasa malam2 nanti dia nak panjant amik buat tu kot.. orang g dusun pakai baju yang tak vogue okey.. senang nak buat kerja kampung nih.. tapi dia boleh kata kat akak.. tu lah baju dia buat tuk g dusun.. perghhh sejak balik dari europe baju ko kelas kelas ye nok...

Akak jumpa derian.. yeeeee.. akak jumpa durian.. ini durian akak punyaaaa.. lepas tu akak berlari laju ke banglo durian (dah tak leh panggil pondok durian dah) akak nak clarify kat sini dari tuduhan kat blog kawan akak tu yang akak bukan takut pacat... aku sajer nak test kemahiran akak berlari masih laju macam dulu tak.. tak sangka akak lari ghupa tak jejak tanah kekekekekkekekee

lepas akak amik gambar cik Sally nih akak tengok kat kaki macam pacat siap gigit2 lagi.. lepas akak check kat pondok banglo tu rupanya kerengge daaaa.... abih dorang gelak kan akak berlari rupa ribut dalam tu.... akak cakap sekali lagi.. akak cuma excercise dalam kebun sebelum makan jer tu..kekekekek

gambar curi dari jimah

Bulan puasa tengok durian macam kucing tidor dalam pangsa nih memang mengugat iman.. rasa dia memang manisss lemak sangat adehh memang terbaik.. rasanyer lepas puasa nih ada lagi buah kat dusun tu kot sebab hari tu kat pokok banyak gilerrrr..

gambar curi dari jimah

Gambar yang paling mengiurkan ketika ini.. buah derian tu yek.. bukak akak... comel lotey jerrrr.... halus mulus... so sweeetttttt.. (masih bercerita tentang durian yek)

gambar curi dari jimah
Masa balik tu dapatlah sorang sikit bawak balik .. tapi Alli dia pilih baby durian.. dia memang suka baby durian..kalau beli kat kedai pun nak baby durian tapi jarang dapat isi yang cantik.. tapi baby durian 3 biji bawak balik semua sedaaaaaaap dan cantikkkkkk.. molek jer duduk dalam satu pangsa satu biji... sayang nak makan.. rasa nak buat frame lak...

Masa balik tu ada lah sorang pakcik singgah tanya ada durian lagi tak kat harman.. harman nak pusing dusun nak cari lagi tapi Jimah pun dengan rela hati bagi durian dia dua biji pastu pakcik tu cakap cukuplah sebab nak bagi bini dia yang puasa sunat masa tu.. bila tanya harman kenal ke pakcik tu.. harman kata tak... tapi bila tengok cara harman layan pakcik tu macam kenal jer.. so memang harman nih pemurah sedakah jer durian kat orang yang berhajat nak makan.. bukan berhajat nak jual yek.. semoga makin murah rezeki mu Harman.. boleh tetiap tahun akak lawat ko kannnn..

11 August 2011

PELAJAR MALAYSIA KENA PUKUL DI LONDON

Akak tak mengikuti perkembangan riot di London tu.. yer lah masalah negara dorang biar dorang selesaikan.. tapi bila kawan akak dah posting artikel nih kat Facebook.. ngeee facebook lagi.. so dapat lah tahu kisah seorang pelajar malaysia yang baru sebulan kat sana kena pukul.. kejam betul.. yang memukulnya budak belasan tahun lak tu...

dah lah kena pukul basikal pun kena curi.. beg pun kena selongkar..kesian pelajar malang tu.. tapi menteri kat malaysia nih kata tak ada rakyat malaysia yang terlibat or jadi mangsa.. hrmmm menteri tu harus lebih bijak mencari orang buat kerja.. bukan cari orang makan gaji buta.. tanpa produce report yang betul..


dah hilang gigi dia.. dengan broken jaw lagi.. kesian adik nih..

masa rawatan kat hospital

sila tengok youtube nih.. akak cari gak kalau gengster2 tu ada ekor ker ada tanduk ke macam lembu.. dah perangai rupa lembu.. tapi semua jalan pakai dua kaki.. manusia lah.. nak panggil manusia berhati binatang boleh...

saksikan video adik nih kena pukul.





apalah nak jadi dengan dunia nih yek...

IS FB GOOD OR BAD?

Yer kawan2 sebelum ada facebook akak tak sangka ramai leh jumpa kawan2 lama kat situ.. dengan kawan sekolah tadika pun boleh jumpa.. apa lagi sekolah rendah, sekolah menengah, kolej time, ex office mate.. maklumlah akak so far dah ada 5 ex office..walaupun ada sesetengah masa kecik dulu mana bercakap tapi since satu batch or satu sekolah terus accept as friend.. which is good.. tapi kalau kita perhati zaman dulu kita berkawan melalui komunikasi nyata bukan MAYA macam nih.. so saper kawan kita dulu mesti yang boleh terima kita dan paham kita..sebab tu kita berkawan.. sekarang nih orang yang tak paham kita dan kita yang tak paham orang pun boleh "friend" tapi tak ada makna apa-apa pun.. itu bukan istilah "kawan" yang sebenar yek.....

di facebook senang jer nak berkawan... ko request add fren jer.. say hai pastu senyap dan kalau ada yang penting baru roger2.. macam simpan no telepon lah tapi call nyer idak pun.. ater kalau kat facebook nih nak putus kawan pun senang.... tak puas hati ngan statement or status orang tu apalagi gi unfriend.. honestly akak memang tak suka cara macam tu.. ada jugak yang unfren sebab tengok orang tu kawan ngan musuh kita so kita unfren dia.. perghhh senang betul yek cara berkawan sekarang nih

Sebab tu sekarang nih akak dah private wall facebook akak tu.. bior semua tak dapat tengok.. sebenarnya akak dalam proses nak QUIT dari facebook..zaman dulu2 masa tak ada facebook akak hidup dengan blog jer.. kalau kawan2 nak tahu perkembangan akak semua terjah sini.. tapi sekarang nih dema lebih suka singgah facebook.. kadang2 upload gambar pastu tanpa cerita tentang gambar pun orang boleh "like. kalau kita yang biasa komen kat gambar or status sesorang tetiba klita decide tak mo komen orang nanti mesej. kenapa lama tak nampak ko komen.. ko ada masalah ker? adehhhhh.. i choose to comment not i HAVE to comment tau...

tapi akak masih simpan acc facebook akak supaya kalau ada kawan2 yang nak cari akak boleh PM or Inbox akak.. kalau akak nak cari kawan akak pun senang sebab akak tahu mana nak reach them.. akak suka kongsi pendapat dan kongsi cerita sebab tu ada blog nih.. biar semua orang dapat serba sedikit information or tip or whatever lah.. tapi kalau kat facebook selalu orang salah anggap.. mesti lah ada orang kata " eleeeeeh pegi clinik pun nak upload gambar" padahal kalau kat blog akak boleh explain clinik nih bagus.. bagi 100 markah...

setiap orang lain persepsi.. so akak rasa this way is better for me.. so back to square one.. here i am.. and i will visit my friend wall occasionally so that i would not missed any joyful moments of their life..

10 August 2011

KEMENSAH-BACK TO BASIC 2


Ni aktiviti Geng Meja Bolat sempena menyambut Ramadhan.. kelas gituew. orang lain sambut ramadhan banyak kan amal ibadat..latih dok solat sunat.. tapi kami..? asah skill makan lagiii..

Thanks to my Junior Chicken Mom..dah boleh handle event dah.. tapi adatlah organiser nih selalu kena guna duit poket lebih sikit.. kipidap gurls... tapi kes iklan diri sendiri masih tak leh blah..kekekekekek

Kali nih akak pergi tak bawak family..last time akak bawak Addy dan Alli tapi kali nih Addy kerja malam dan Alli pulak nak duduk umah Mak Wan kat Sg Buloh.. so akak jer lah hadirkan diri.. syok woo sebab akak sampai agak lewat.makanan dah siap2 nak bakar.. kali nih tukang marinate bukan dari Mumbai.. dia datang lewat malam... kali nih our tough guys yang serba boleh handle marinate barang..

kebetulan masa akak sampai hujan renyai2 agak sejuk lah kat sini..ceh ada hati nak bawak kipas bagai. gigil uols.. tapi kalau kat Isi Rimba nih dia ada kolam air panas.. ntah macam mana air dari atas bukit tu boleh panas.. tak payah pakai heater.. so we all amik kesempatan main volley ball kat situ.. for sure lah akak kalah sebab akak geng kenderaan berat...kekekek

Tapi memang best main nih.. anak2 ayam akak yang lain tak mo mandi .. korang segan yek.. kalau ada jejaka hansem harus korang meluru tarik2 baju nak terjun kan..

Ada sesetengan challet tu memang boleh terjun dari balcony terus ke dalam kolam.. tapi agaknyer semua tak berani terjun tengok we all dok riang ria dalam nih.. takut kene lenyek kot..

Skill yang tak dapat anda lihat di mana2.. sampai tertelan air bagai semua nih.. dah nak dekat maghrib baru we all naik.. nak mandi air terjun kat depan tu tak larat sejuk woooo...


Rajin anak2 dara semua nih tolong masak.. basah2 lepas mandi tu terus makan.. pergh sedap sungguh.. akak makan sikit jer.. yer lah akak lebih suka guna mulut akak nih tuk bercakap kan..

Ada ayam, sosej, kambing, mash potatoes, wedges, cheese perghhh memang lentok lahhh

sebnarnya da home made puding yang Cik rini bawak dan sambal ikan bilis+ roti yang di bawa oleh cik sally
Kalau korang nak BBQ tapi tak ada orang kuat di belakang tabir nih tak sah tau.. rajin anak dara nih semua buat kerja.. jejaka kat luar sana sila masuk meminang cepat2 yek.. susah nak cari yang molek2 macam nih..

Ni tukang masak dari sabah.. kalau jagung tu dia bakar dengan kulit2 dia lagi.. katanyer memang style sana.. ntah akak pun tak pasti sebab akak tak pernah tengok...

fotographer malam tu... banyak gambar nyer tapi akak nak copy dorang simpan dalam fail general.. abih tu akak kat sini mana leh access file general korang tawww... feeling akak nih hackers ke leh hack pc korang...


Tengah malam tu Mior datang bawak geng.. perghhh akak dah ready nak speaking omputeh ngan kawan dia nih..sekali dia boleh cakap melayu pulakkk.. in fact cakap kelantan..kekekekke rupanya dari datuk dia dah bermastautin kat sini.. muka rupa omputeh tapi makan budu.. adehhhh.. gurau yek awak...jangan marah..

semua lepak kat meja lepas makan.. tukar2 story.. gelak2.. banyak nau citer nak update.. tapi sayang.. kali nih Chicken Dad tak dapat hadir.. Chiken dad nih banyak kerja kat obersea dari Malaysia.. kalau seminggu tu 5 hari kat obersea.. dua hari kat malaysia.. memang susah nak jumpa dah...Rindu lah kat Chiken Dad


Owh sebab kat sini tak ada TV..dah kata back to basic kan.. so malam tu kebetulan ada games bola antara singapore dan malaysia kat Singapore tu.. so Tab akak jer pakai Celcom so coverage dia memang laju.. kalau pakai MAxis kat sini coverage dia macam hampeh.. so we all tgk online TV kat sini.. bayangkan dengan screen kecik tu pun boleh semua bersorak riang kalau goal dengan kepala semua besar bagak keliling Galaxy Tab nih..kekekeke.. macam tgk TV kat dewan orang ramai lak.. riuh jugak lah kat situ.. rimau pun takut nak keluar..

abis jer game sambung makan. Azuan nih ayah mithali..last time dia hadir dengan wife jer..kali nih dia hadir bawak semua anak dia tawww.. Olyn dia hantar g shopping ke Bandung.. perghhh untung Olyn.. Cik abg kasi duit pegi bandung shopping...

Lepas tu ada beberapa orang tak dapat clearance bermalam kat sini.. edisi takut bini kekekeke.. so yang tinggal nih punya rancak bersembang..alih2 yang bersembang sampai kul 6.30 pagi akak, jimah, lias dan Edan... Edan sampai tersengguk2 cium meja.. semau citer..pasal politik, pasal ceramah agama, dah rupa kuliah subuh dah.. last sekali dah tak tahan pukul 6.30 baru we all masuk tidor.. pastu anak2 dara pulak bangun tidor siapkan breakfast.. perghh memang terbaikkk lah

Lepas breakfast we all mandi air terjun lak.. perghhhh sejuk.. dah lah malam tadi memang tersangat sejuk nasib baik akak bawak selimut tebal....

maaflah akak tak dapat nak upload gambar mandi manda di air terjun kerana nanti ramai orang yang tak sanggup nak tgk dengan gaya macam budak2 dan aksi yang tak masuk akal.. kekekek.. gambar kat atas nih hok kawasan cetek.. kami mandi kat kawasan dalam.. sejukkk dan dalam kul 4 petang we all check out.. tapi akak tak terus balik rumah..

akak, Jimah dan Anne layan karok sampai kul 8 malam di Low Yat Redbox.. sampai hilang suara akak nih.. tapi memang enjoyyyyyyy sangat...