31 December 2011

DI TELUK BATIK

Sesekali ketika matahari terbenam di tepi pantai

AYE AYE CAPTAIN

Hari nih akak jadi kapten kapal... Laki akak sibuk fly Apache... Korang nak tumpang?:-)

29 December 2011

UNIFI IN THE HOUSE

Masa akak dapat tahu unifi akan bertapak di area umah sekangkang kucing akak di gombak.. Baru je cina tu nak kembangkan payung unifi setup tempat meniaga akak dah tergedik gedik pegi register...


Setelah 3 minggu berlalu maka pekerja unifi telah berkunjung untuk memasang internet super laju yang dikata ramai nih... Sebenarnya dah lama buat appointment tapi asyik bertangguh disebabkan alli masuk spital dan akak sibuk berjalan2.. Sementara ada gap satu hari sebelum akak bercuti ke lumut so that ittt.. Lepas nih berdesup akak update.. Muhaaahah selalu kaa macam tu lan.. Hakikatnya non adoooo...


Published with Blogger-droid v2.0.2

27 December 2011

SAMA COMEL

Kann sama je comel dan sama gebu... Ni kucing kawan akak kat padang rengas tu.. Gigih akak bawak dia keluar dari sangkar


Akak dah cakap kat tuan kucing tu.. Kalau kucing dia beranak lagi akak bak sekor sebab kami sama2 species lemah lembut dab kuat tido.. Hehehehehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

25 December 2011

CICAK TELAN KAPUR

Apa kes aku terbangun pukul 5.30 pagi hari nih.. Nak kata aku kena deliver gift jadi santa tak de pulak dalam duty list aku hari nih...


Tu lah akibat tidor awal sangat semalam udah mata celik awal pagi hari nih...


Namun.... Nak suruh aku wat breakfast pagi nih maap yek... Aku rela terkebil2 baring atas katil dari aku pikir nak kedapur... Hohohohoho


Published with Blogger-droid v2.0.2

24 December 2011

JEM SANGAT

Setiap kali nak balik perak akak sure rasa macam menyampah sangat.. Bayar tol dah banyak.. Tapi jalan jem tak ubah ubah.. Mesti sebab ramai nak balik kampung time ada extra cuti xmas..


Yang akak bengang addi ni lah.. Dia banyak cuti hari biasa tapi time ramai org cuti tu lah dia nak balik berhimpit kat hiway.. Dah 5 jam setengah dalam kete nih baru sampai area trowong kuala kangsar...


Published with Blogger-droid v2.0.2

22 December 2011

TM PD RESORT SRI INTAN

Hari ini akak berada di TM PD Resort Sri Intan.. Sebenarnya percutian ini di taja oleh family babysitter nak celebrate birthday alli.. Babysitter alli book dua biji rumah satu tuk akak dan satu tuk dia.. Tapi at the end ramai saudara dia nak follow.. Tak perlah the more the merrier kann.. Lagi pun satu unit ada dua bilik dan masing2 ada inroom bathroom... Syok jugak sebab kejap lagi ada games.. Lucky draw dan macam2 acara lagi.. Akak bawak badan je.. Tapi dema semua sepakat bawak macam macam makanan.. Akak sukeee banyakk foooooooooooddd.... Kalau kawan akak elyn dapat tahu mahu dia senyum lebar sebab akak makan banyak.. Heehhehehe


Nanti akak upload lagi gambar yek...malas nak menaip guna henpon sambil tunggu breakfast siap.. Seronok kannn...


Published with Blogger-droid v2.0.2

21 December 2011

WE ARE AWAY FOR VACATION

Salah satu dilema kalau nak berpergian nih.. Akak lah kena packing semua barang.kemas rumah.. Akak ingat laki akak nih siaplah bende sikit macam charger handphone... Tab... Harghammmm


Selalu macam nak bergaduh kalau dia dok buat bodo jer main repair kete kecik yang murah macam hampeh tu.. Geram nih.. Selalu macam tu.. Nak kena leter baru nak gerak.. Janji kul 2 ni kul 4 tak gerak lagi.. Ada je bende terhegeh hegeh nak buat.. Nak membebel banyak sangat lari dari umah lak laki akak tu.. Tak bebel sakit hati.. Kalau tertinggal barang dia mau muncung sedepa boleh sangkut hanger lak.. Sabor jeee


Published with Blogger-droid v2.0.2

BERTEKSI KE JUSCO

Sementra kete di service dua jam katanya..banyak bende nak kena tukar so kami bertiga amik teksi dan ke Jusco Wangsa Maju.. Yahoooo mama and alli sangat gumbira...


Published with Blogger-droid v2.0.2

PERLU SERVICE JUGA-HONDA WESTAR

Hari nih sebelum nak jalan jauh cuti cuti malaysia perlu jugak service mamat grey nih.. Bukan apa pun dah terlebih time dah nih...


Ni kali yang ke 3 service kat Westar Auto Sdn Bhd.. Sebelum nih buat kat Jalan Pudu tapi dema dah pindah ke kajang..


Kalau datang pagi ada buffet breakfast dan free flow drink percuma.. Kalau nak pickup delivery service dorang amik kete kita kat opis or rumah boleh call no 0162116521.. Charge ikut kawasan from rm15 ( area ampang. Hulu kelang. Au. Melawati) dan setinggi rm70 bagi di luar kawasan yang dinyatakan.. Sila lah call nak tahu maklumat lanjut yek..


Published with Blogger-droid v2.0.2

20 December 2011

HADIAH UTK ALLI

Yahooo complete set Cars alli dapat tahun nih.. Memula dia mintak kat mama dia baju seluar dan stockin Cars.. Lepas tu tanty bagi beg sekolah Cars...


Ayah dan ibu balik dari beijing belikan beg baju dari sana.. Akak nak beli kat sini x mampu sebab most kedai jual sebijik 300... Nasib baik adik akak present...thank you all


Published with Blogger-droid v2.0.2

19 December 2011

YEAYYY DAH BOLEH BALIK..

haaaa tapi tgk bill yek tuk percutian cirit birit kali nih... Tak pe janji akak boleh balik.. Huhuhuhu


Published with Blogger-droid v2.0.2

PLEASE NO MORE



hari hari alli kena makan bubur.. Bukan sahaja hari2.. Setiap waktu makan.. Bukan alli sorang yang muak.. Akak pun nak tgk dah tak larat.. Dah lah Alli memang x makan bubur.. Mula2 addy gagah jugak makan tapi akhirnya dah 5 hari semua pulang balik macam tu je...


Mintak ngan nurse tukar menu tapi dia kata nanti doktor marah.. Sebab doktor suruh makan bubur.. Tapi akak tak sanggup tgk alli rela tak makan tu.. G lah mc donald.. Suruh makcik akak masak fav dia ayam masak kicap.. Nasi lemak.. Jadilah 5 sudu dia makan.. Dari tak makan apa lansung.. So kiranya akak leh jadi kurus kalau makan menu nih hari2.. X de makna..akak order delivery pizza yellow cab..


Published with Blogger-droid v2.0.2

TWO MEN DOWN

Adoiii sekarang akak the last girl standing.... Apa nak buat yek... Layan blog lah jawabnyerrrr...


Laki demam.. Anak sakit perut.. Akak memang suka sangat jadi burung hantu.. Muhahahah


Published with Blogger-droid v2.0.2

18 December 2011

SERAM SIUT!"

Laki akak diserang demam dan batuk pulak..


Dah lah akak baru membaca kisah

Kisah seram di spital satu malaysia.

Pastu jam dah lah kul 12 malam

Akak nak panggil nurse ke doktor

Macam tak kena lak kang


So akak gagahkan diri naik service lift yang senyap sunyi sambil cari tempat yang kononnya spooky..


Giler kentanggg.. Akhirnya akak sampai kat seven eleven dan membeli panadol dan ubat batuk dan akak menghiburkan hati dengan membeli aiskrim nak bagi gembira..


Published with Blogger-droid v2.0.2

MARILAH BELIII

korang meh le lawat blog kawan akak.. Dia ada jual barang direct dari uk bukan ulu kelang taww... United kingdom tu... Since kakak tersayang nak balik dari uk dengan sekontena barang bulan january 2012  nanti so dia pun ada membeli sedikit barang bagi memenuhi kontena...


Sila lihat dan cuci mata yek

Sila order sekali.. Kalau nak compare rega sila tgk kat parkson or mana2 yek


Sila ke blog jimah jual barang

Sila sebut kata kunci Chick Mom bagi merayu sedikit diskaun..


Sila beli yek.. Barang baeeeeek punya


Published with Blogger-droid v2.0.2

NAK BALIK

Dah 4 hari berkampung kat Ampang Putri Med Centre nih... Katanya boleh balik akak dah melompat happy dalam bilik air.. Sekali doc datang visit.. Semua akak cakap okey.. Minum air banyak.. Tak muntah.. Cirit dah kurang.. Lepas doc check perut dia terus dia kata tak leh check out lagi sebab perut dia tak okey lagi.. Uwaaaaa... Akak frust.. Tapi lepas gak akak bawak alli keluar ke ampang point buat yang kesekian kali nyer hahahahahahah
Akak memang amik bilik for 2 person.. Ak duduk bilik sengsorang takut.. Tapi akhirnya dorang dah dua hari check out.. We all je x check out lagi.. Tak kiraa.. Addy kena gak teman tido sini..

15 December 2011

ADMITED AKHIRNYA

p
Lemah longlai akibat cirit birit dan muntah muntah... Akhirnya kita celebrate kat Ampang Putri yek sayang.... Kul 2 pagi berangkut ke spital...good night sleep dear zzzzzzzz

HAPPY BIRTHDAY ALLI

Hari nih 15 Dec 2011 birthday anak teruna akak yang ke 4 tahun... Tapi kesian dia xirit birit dan muntah2 since tengah hari tadi.. Makan apa2 pun keluar balik.. Akak bawak dia pergi clinic tapi makan ubat semua keluar balik.. Nih akak suruh dia minum air.. Ntahlah.. Tadi semua keluar balik.. Actually nak celebrate birthday alli dengab kek spiderman yang dia request.. Tapi dah sibuk menjaga dia tak sempat beli lagi... Kalau tak ok lagi kena admit ke ampang puteri...

09 December 2011

ITINERARY CRUISE TO PENANG-KRABI-PHUKET-PENANG

Lanjutan daripada posting akak yang ini 


4 HARI / 3 MALAM PENANG - KRABI - PHUKET - PENANG
CRUISE SUPERSTAR LIBRA

03 JUN 2012
HARI 01
(Makan tengahari di local restaurant, Makan malam di Cruise.)

06.00pagi : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Penang, menaiki bus persiaran.
12.00tgh : Makan tengahari di local restaurant
01.00ptg : Tiba di Jetty Penang, Anda akan dibawa ke tempat pendaftaran untuk menaiki cruise
05.00ptg : Menaiki cruise Superstar Libra. Jadual akan diberi semasa pendaftaran.
07.00mlm : Makan malam di Cruise. Aktiviti di dalam cruise. Show di cruise

4 JUN 2012
HARI 02

07.00pagi : Sarapan pagi di Cruise
09.00pagi : Berhenti di Krabi. Aktiviti bebas atau optional tour. (perbelanjaan sendiri)
06.00ptg : Anda dikehendaki berada di cruise sebelum pukul 6.00ptg
07.00mlm : Makan malam di cruise. Aktiviti di dalam cruise


05 JUN 2012
HARI 03 PHUKET ( 1100pagi - 0100malam time thailand )

07.00pagi :Sarapan pagi di Cruise
011.00pagi: Berhenti di Phuket. Aktiviti bebas atau optional tour ( perbelanjaan sendiri )
01.00pagi : Anda dikehendaki berada di Cruise sebelum pukul 12.00mlm


06 JUN 2012
HARI 04 PHUKET / PENANG


07.00pagi : Sarapan pagi di Cruise. Aktiviti di dalam cruise.
12.00tgh : Tiba di Penang.
02.00ptg : Anda akan dibawa menaiki bus ke Kuala Lumpur.




ITINERARY TO BEIJING

Berikutan posting akak berkenaan Vacation ke Beijing last week.. hari nih akak dah dapat itinerary ke Beijing.. ramai yang bertanya dan banyak email nak kena balas so akak publish itinerary nyer yek.. kalau berminat sila put a comment.. ;)


6 HARI 5 MALAM BEIJING MUSLIM TOUR

23 MAY 2012
HARI 01 : KUALA LUMPUR - TIANJIN - BEIJING
(MAKAN MALAM DI MUSLIM RESTAURANT

Berkumpul di LCCT, dua jam sebelum berlepas ke Tianjin dengan penerbangan Air Asia D72612: 0830 1435ptg. Penerbangan akan mengambil masa selama 6 jam. Setibanya di lapangan terbang Tianjin, anda akan disambut oleh egent kami. Anda akan dibawa ke Beijing. Tiba di Bejing, anda akan dibawa ke muslim restaurant untuk makan malam. Check-in di Hotel Huafu. ( area wangfujing )

24 MAY 2012
HARI 02 : SUMMER PALACE
(SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAH HARI, MAKAN MALAM DI MUSLIM RESTAURAN)
Sarapan pagi direstaurant muslim, Lawatan bermula ke Summer Palace.(Istana musim Panas ). Ia terletak disebelah tasik. Selepas makan tengahari anda akan dibawa ke Masjid Haidian. Anda akan dibawa melawat ke Kilang Mutiara dan kilang teh. Makan malam di muslim restaurant.. Anda akan dibawa menonton pertunjukan Akrobatic

25 MAY 2012
HARI 03 : BEJING – FORBIDDEN CITY
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )

Selepas sarapan pagi di restoran muslim anda anan melawat Forbidden City dan Dataran Tian Men sebuah kota lama yang menempatkan generasi Maharaja Cina. Ia terdiri daripada 9,999 buah bilik. Kota ini juga merupakan pusat pemerintanan The Las Emperor of China. Banyak pengambaran filem telah dibuat dilokasi ini. Makan tengahari di restoran muslim dan solat jamak di masjid Nan Dau Ya. Membeli belah di Silk Store. Lawatan diteruskan ke Chinese Tradisional Medical Centre dan alami urutan refleksologi semasa mendengar taklimat tentang perubatan tersebut. Melawat Stadium Sarang Burung dan Kedai Jade. Makan malam di sediakan di restoran muslim

26 MAY 2012
HARI 04 : GREAT WALL
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )


Sarapan pagi di muslim restaurant. Lawatan bermula ke Tembok Besar Cina ( Great Wall) yang dibina kira-kira 2500 tahun dahulu dan panjangnya hampir 6000km. Ia adalah satu keajaipan di dunia. Dalam perjalanan anda akan berhenti melawat kilang Jade, Cristal, Cloissone dan Koyok. Makan malam di muslim restaurant.

27 MAY 2012
HARI 05 : BEJING – SHOPPING
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )


Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa membeli-belah di Yashow Market. Selepas makan tengahari anda akan dibawa membeli-belah di Silk Market ( Boleh Bargain ) cth Kain Alas meja, Kasut, Kain Ela, Baju, Tshirt, Kasut dan Souvenir. Makan malam di muslim restaurant

28 MAY 2012
HARI 06 : BEJING – TIANJIN – KUALA LUMPUR
(SARAPANPAGI, M. TGH MUSLIM RESTAURANT )


Selepas sarapan pagi, anda akan meneruskan perjalanan ke Tianjin. Tiba di Tianjin anda akan dibawa ke Cultural Street. Makan tengahari di muslim restaurant. Anda akan dibawa ke airport Tianjin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej termasuk:
Tiket kapalterbang Air Asia KUL/BJS/KUL * Air Asia *
5 Malam penginapan di hotel 3 bintang di Huafu Hotel, Beijing
(MAKANAN HALAL) ~ 5 X sarapan(S), 5 X makan tengahari dan 5 X makan malam
Lawatan seperti di dalam itinerary
Normal Visa fees ( 4 hari berkerja )
Tips untuk tour guide & driver
Beg Travel
Travel Insuran
Berat KG BJS/KUL 20KG

Harga Pakej: 

DEWASA RM1650.00
KANAK KANAK NO BED RM1350

KANAK KANAK EXTRA/BED RM1450






NOTE

**** Harga tertakluk pada perubahan harga tiket kapalterbang Air Asia

***** Itenerary tertakluk pada perubahan.










PAPA TEAM BUILDING MAMA BODY BUILDING

Semalam hari khamis addy ada team building kat One Utama...Kul 11 pagi dah kena ada kat sana.. owh hari semalam adalah hari terakhir Addy off day.. since last time akak pergi sana tak banyak tempat akak dapat round so kali nih akak nak ikut lah.. tapi akak tak join dorang. akak nak berleasure sendiri sahaja..




Alli memang tertarik dengan decoration xmas nih.. dah tentulah banyak toys dorang jual.. akak semput uols.. kanan kiri dia nak.. katanya nak tengok sajer.. tapi ngecek nak beli.. akak dah malas nak beli mainan tuk dia nih sebab dia suka bagi sedekah amal jariah kat jiran tetangga..



nak minum pagi pun mamat nih pilih tempat,, tak mo tempat ramai orang lah.. tak ada cha ya nun alif laa.. ko ingat One Utama nih mak ko punya ke? Dia ajak tengok ikan kat salah satu wings.. akak rasa kat bahagian rainforest kot...layan jer lahh





Dia nak beli makanan ikan tapi kena masuk kan coins 50sen  dua keping akak ada sekeping jer.. tengok jer lah.. lagipun akak tengok ikan nih semua dah gemuk gemuk sangat..




Banyak lagi ikan..besar besar pulak tu.. akak pun teruja tengok



Biasalah budak nih.. bende yang dia tak boleh miss nak pau akak.. dah lah kat one utama nih merata2 mainan nih dia letak. sekali main tak sampai 3 minit dah singgit.. bukan best pun



Lepas tu akak chekidaut Games bowling addy nih.. seperti biasa.. memang akak tengok gaya jer lebih..akak tengok sekejap jer.. akak segan uols.. sebab akak gemuk hahahahah



U bowl one utama kat level 4 Highstreet... tak ramai orang kalau hari biasa.. dia betul2 kat cinema tu.. akak tak pernah bowl kat sini so akak tak tahu nak rate macam mana.. kalau pernah main pun akak akan rate.. selalu masuk longkang hahahahhahah


Turun je dari cinema tu ada palyground besar tuk kanak2. Star ship Galactica.. addy suruh letak alli kat situ..mama leh jalan2... Rate dia Rm20 per entry hari weekdays dan Rm25 per entry tuk weekend or public holiday... jangan lupa bawak sarung kaki... kalau tak bawak boleh beli RM4



Kalau nak tunggu budak tu pun ada tempat.. nak jalan2 kan tinggal dema kat sini pun tak pe. sebab dah tinggalkan no tepon kalau anak kita nangis.. tapi dorang tak nangis punya lah.. tak nak keluar lagi adalah.. One utama tu besar.. Addy abih games dan makan kul 4... sebenarnya tak puas nak berjalan.. lain kali nak kena ajak kaki jalan round sekali lah. jalan sengsorang pun rasa macam tak best.. tak ada orang nak tanya pendapat.. kalau ikut mata sendiri memang syok sendiri lah jawabnyer...

08 December 2011

TEAM BUILDING VS BODY BUILDING

Awal pagi hari khamis akak dah bangun sebab nak teman laki akak team building kat one utama... Akak ingat apalah yang nak dibina sangat rupanya2 main bowling pastu acara makan2.. Akak seperti biasa.. Dari mula sampai hinggalah sekarang tak henti2 makan dan nampak sungguh ketara di ukurlilit badan akak di bahagian tengah.. Iskkkk

07 December 2011

NASI AYAM PANDA KATANYERRR....

Masa akak publish akak masak nasi ayam ada kawan akak bertanya macam mana nak buat nasi ayam tu.. hehehehe akak bukan terrer benor tapi anak akak dan suami akak suka makan nasi ayam yg akak masak..maybe sebab free kot.. kalau kat luar kena bayor.. nak gembirakan hati akak konon katalah sedap.. apa2 pun kalau korang nak try boleh sajer..


Akak masak nasi ayam pakai beras wangi.. kalau akak masak nasi lemak akak pakai basmathi.. semua orang kata kalau masak nasi beriani baru pakai basmathi.. infact kalau korang masak nasi lemak pakai basmathi meemang terbaik.. eh dah melalut.. okey beras tu akak masak dua pot..akak cuci dan rendamkan dalam air selama setengah jam dulu pastu put aside...



Pastu akak kupas bawang tuk bahan2 nak marinate ayam tu pulak.. ini lah bahan-bahannya.. sebenarnya memasak nih akak tak pandai bersukat2..semua akak ikut hati dan cukup rasa sahaja.. kalau baru first time masak memang banyak try and error.. tapi kena ingat nasi ayam nih kaum cina yang pandai buat.. so mostly ingredient dia memang lebihkan bawang putih dan halia...

Kendian boleh lah blender bahan tu tersebut.. jangan lupa tambah air nok!!!! aik gambar blender pun nak tunjuk.. (sebenarnya kawan akak suruh upload gambar step by step) matilah korang tgk periuk hitam dan dapur karat akak yek..muhahahahahah



akak guna ayam separuh yang kecik.. (sebenarnya tak cukup separuh kalau laki akak dan anak akak makan) marinate dia selama setengah jam yek... sambil tu moh kita buat sambal nasi ayam pulak..



Cili ayam pulak terpulang kepada tahap kepedasan yang korang tahan.. macam akak memang cili api tu kawan baik akak.. kalau banyak nih punya cili api memang pedas.. tapi akak tambah sebiji cili besar sebab addy tu mana makan pedas2 sangat.. dan beberapa biji bawang putih.. semua nih kena blender sekali sampai halus.. dan jangan lupa tambah air jugak.. 



Kemudian masak kan di dalam peruk kecil dengan api kecil.. kacau dan tuang dua sudu gula kecil dan lebih kurang satu sudu besar cuka makan... tambahlah sesudu kecil garam halus.. dan kacau sehingga agak pekat... rasalah jugak yek nak kena ada rasa pedas, manis2 sikit, masam2 sikit.. 

Tambah cuka makan.. akak main agak je.. tak koser akak nak sukat pakai sudu.. 




dah siap.. actually akak ada gunakan jus lemon dulu tapi tak berapa sedap cili akak nih.. mak akak guna cuka lagi sedap.. kalau nak masak ikan steam boleh kot pakai jus lemon nih.. nasi ayam punya cili tak sedap lah..



Panaskan air dalam periuk sehingga mengelegak dan kemuadian masukkan ayam yang di marinate selama setengah jam tadi dengan bahan marinate sekali.. slow kan api dan biar dia masak perlahan.. kalau korang suka 80% masak kendian goreng nanti lama sikit.. akak suka rebus biar masak betul dan nanti goreng sekejap jer.. tak ada lah darah2 kat tulang dia nanti..



Sementara menunggu ayam siap di rebus kita sediakan dulu bahan2 tuk marinate ayam yang sudah siap di rebus tadi... bahan bahan dia ialah Kicap lemak manis, Kicap cair, Minyak Bijan, Madu, Lada Sulah.. kalau nak letak sos tiram pun boleh.. tapi akak tak letak malas nak letak banyak sangat bahan-bahan..



Bahan-bahan tadi di campur semua dalam bekas..tak payah nak tambah garam bagai dah sebab kicap cair tadi dah cukup masin nyer.. dia rasa..manis dan masin sikit yek..



Okey kita perap dulu sekurang2nya sejam.. tapi akak tak perap lama pun tadi.. akak perap 45 minit jer.. akak dah lapar nokkk..



Okey masih ingat dengan beras yang kita rendam tadi? sila toskan yek sebab kita nak masak nasi dah nih..



Bahan2 tuk nasi, Bawang putih, Bawang merah, Halia Daun Pandan, Majerin ( cover je planta tapi isi dalam marjerin cap matahari tu) akak beli paket2 plastik tu sebab akak suka baunya wangi kalau masak..murah pun murah nok!!!.. bunga lawang.. kayu manis dan stock cube maggie...


Kita blender bawang merah, Bawang Putih, Halia jer yek.. yang lain nak guna masa menumis nanti..

dalam periuk nasi letak atas dapur.. panaskan marjerin dalam 3 sudu, masuk kan bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan.. dan akak tambah sikit susu cair dalam 4 sudu besar..kemudian masukkan bahan blender tadi dan cube ayam tadi sekali yek.. kacau lah sampai naik bau..



dah naik bau nya baru akak masuk kan air rebusan ayam yek.. akak tambah air ikut sukatan beras tadi.. akak sukat beras dua cawan tu dan akak tambah air dua setengah cawan tu.. biar dia mendididih kejap kemudian masuk kan beras yang telah di tos tadi.. padamkan api dan letak di dalam rice cooker.. jangan bukak dah penutup periuk nasi tu.. biar dia masak sendiri..setelah nasi tu bertukar ke keep warm baru bukak tudung dan kacau sedikit..jangan kacau beria nanti patah2 pulak nasi tu dah tak cantik.. kemudian tutup balik biar dia keep warm sajer..



panaskan minyak dalam periuk (akak tak ada deep fry punya periuk) dan kalau guna kuali lagi banyak guna minyak so akak guna periuk comel akak tuk goreng ayam tadi..setelah minyak betul2 panas baru masuk kan ayam yek.. akak goreng sekejap jer dalam 5-8 minit sebab ayam akak dah memang cukup masak masa rebus tadi..(api jangan kuat sangat yek)



Sebab apa ayam akak jadi hitam? sebab ada madu tadi kan.. dia tak hangus.. kalau kita makan kulit dia, rasa manis dan masin sekali... tapi nih akak dah terlebih masa goreng sebab akak ralit tgk TV.. muhahahah


Nasi akak dah siap masak.. peroi jer.. kat dalam gambar tak nampak kaler kuning2 yek..sebenarnya dia kaler kuning lembut..


Dah siap.. akak malas nak potong timun, tomato dan salad.. sudahnya akak sorang makan sayur2 tu kang.. owh air rebusan tu nak jadi kan sup boleh letak lobak masin sikit dan daun sup dan bawang goreng dan cube ayam jugak.... akak malas nak buat.. akak lapor dah..


sekian melapor dari dapur YUS yang kecik...