16 March 2012

AKTIVITI DI BUKIT TINGGI

Cerita Vacation ke Gold Coast nanti later akak update yek sebab banyak gambar dema tak upload lagi kat FB.. akak mana ada bawak camera.. pakai telepon hadiah dari kawan je.. so banyak gambar bilik jer lah..

Okey akak nak citer pasal trip tak dirancang akak ke Bukit Tinggi Resort.. anak akak nak sangat naik kuda.. tapi dia tak nak naik kuda kecik kat Taman Tasik Titiwangsa.. pikir punya pikir akak teringat kat Bukit Tinggi Pahang ada satu horse Trail dan Addy lak kasi lampu hijau gerak ke sana..
Risau gak hujan sebab cuaca sekarang nih tak menentu.. awal pagi dah gerak ke sana dalam pukul 8 pagi..sempat breakfast kat kedai mamak dulu.. tapi Alli dah tak ada napsu nak makan..sepanjang masa asyik dok sebut kuda jer.. rimas akak tau... terlanjur ke Bukit Tinggi we all pergi lah melawat Rabbit Farm, Deer Farm dan Donkey.. Donkey tu pub boleh ride tapi Alli tak mo dia kata kuda kecik..lagipun nampak Dongkey tu macam liar sikit pun.. risau pun...Fees masuk ke kawasan nih RM5 kalau tak salah akak.. akak tak membayar tu akak tak amik port..
Cuaca panas lah uols.. taks sejuk pun.. ingatkan anak akak nih Jantan benor lah..takut ya amat.. sepanjang masa kaki tak mo jejak kat bumi.. dia takut ngan rusa nih.. adoii tapi nak tengok so memang berkepit lah ngan Papa dia...
Pastu bagi dia makanan rabbit suruh dia bagi makan.. pun dia takut.. tu haa suruh turun sekejap pun tak mo.. meraung tak hengat.. nasib baik lah akak ngan family jer ada kat farm tu.. kalau tidak malu compeny jer.. Alli memang takut dengan kucing.. rupanya rabbit pun dia takut gak..padahal comel jer...Kalau alli tu boleh lari keluar memang dia lari dah.. tapi kat luar pagar tu dah ada sekawan rusa dok tunggu.. hahahah memang tak boleh lari ke mana lah..
Sementara Addy nak pergi tangkap Rabbit yang kemain liar dan laju berlari alli dok bergayut dengan akak jer lah...kelakar tengok Addy berlari kejar Rabbit.. susah nak dapat sekor pun.. pulak tu Rabbit tu tak mo makan makanan yang kita bagi..dah kenyang kot...
Ada seekor Rabbit yang duduk kat bawak batu tempat akak duduk tu..sebab tu lah anak teruna akak sampai tak keruan duduk atas riba pun angkat kaki muka tak happy langsung.. dah mulut tak sabar2 kata nak balik.. adoii baru masuk kat sini tak sampai 15 minit
Akhirnya Addy dapat tangkap seekor penat dia berlari weh.. kalau lah hidup zaman batu yang kaum lelaki kena keluar berburu memang seminggu lah kot akak boleh makan daging.. dah arnab yang dalam kandang pun kemain lama nak dapat seekor nyer pun.. ini lah yang paling dekat alli boleh stay ngan Rabbit nih.. tu pun tak berani pegang pun.. usap kepala rabbit tu pun tak mo.. ntah apa lah yang dia takut sangat..
Okey sekejap je kat Rabbit Farm tu.. Alli dah tak sabar2. nak gi menunggang kuda.. kebetulan masa sampai sini kuda2 tengah lunch so kena tunggu sejam lagi baru boleh ride.. tapi kalau nak masuk kena bayar RM2 seorang.. tapi kalau nak ride cuma seorang jer boleh atas kuda tu.. tak boleh sampai dua anak ngan bapak ke.. mak ngan bapak ke.. satu kuda dia bagi ride 10 minit dengan bayaran RM25..
Sementara kuda tengah lunch nih Alli memang mulut tak henti2 nak ride.. penat akak nak jawab kuda tengah makan.. yang atas nih nama kuda ialah Bonita..memang cantik.. baru berusia 6 tahun.. kalau ikut kata dema kalau 6 tahun nih baby lagi.. tapi memang cantiklah...
Lepas dah masa kuda tu lunch masa siapkan kuda yang Alli nak ride.. we all nak kuda yang jinak dan dengar kata,,maklumlah anak akak yang nak ride..kang jatuh pulak.. so dorang bagi Alli tunggang Indiana Rose.. Mengikut kata dorang.. Indiana Rose nih adalah bekas kuda lumba dan kepunyaan Mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir.. tapi sekarang dia letak kat Bukit Tinggi untuk dijaga di sini...kuda nih dah tua..so tak de lah in action lagi..
Alli relax jer atas kuda tu.. Papa alli takut kena gigit ngan kuda hahahahahah.. kali nih memang baru nampak anak jantan akak nih.. berani ngan kuda.. tetiba akak nak cari tempat leh mengajar menunggang kuda.. nak hantar Alli belajar.. dah dia memang minat sangat ngan kuda nih..
Sikit pun tak takut.. kuda nih ada juga berlari2 anak sebab penjaga dia suruh lari.. Alli maintain jer gelak.. siap nak pergi jauh jauh lagi.. akak terpaksa ikut kat tepi.. ingat senang nak bersaing ngan kuda nih.. semput tau akak.. dah lah tak leh follow kat bahagian kaki belakang nanti kena tendang so memang penat laaa..


Pastu penjaga tu kata since tak ada orang so dia nak bawak Alli jauh sikit dan bagi masa lama sikit la..stop kat Helipad kuda nih nak makan rumput.. tak kenyang lagi kot.. biar je lah kuda nih dok berkeliaran kat situ.. Alli duduk dendiam je kat atas kuda...

akak memang dah cari tempat duduk nak amik napas.. penat weh jogging ngan kuda nih.. lepas letak balik kuda nih dalam kandang.. Alli pun tak putus2 kata nak bawak balik kuda nih..amboiii mak dia nak jaga Alli sorang pun penat nak suruh jaga kuda.. mana bley....dia ingat kuda nih pets yang boleh letak dalam rumah.. tunggu kita beli rumah kat kawasan yang luas dan Papa alli dapat duit banyak banyak baru kita pikir nak bela kuda yek..

No comments: