03 April 2012

ALFATEHAH BUAT PAKCIK TERSAYANG

Malam 31 Mac 2012 akak di kejutkan dengan pemergian pakcik kesayangan akak secara mengejut akibat sesak nafas ketika berkonvoi dari Lumut ke Terengganu dengan big bike.. sungguh tak sangka kerana arwah merupakan seorang yang sihat tubuh badan dan active dalam sukan angkat berat dan masih cergas.. Arwah pergi ketika berumur 49 tahun.. dengan meninggalkan 4 orang anak dan seorang balu..

Pada tahun baru lepas baru akak melawat keluarga arwah di lumut dan sempat bergurau senda.. Arwah merupakan seorang yang sangat mudah didekati dan dari pemerhatian akak amat di senangi oleh anggota bawahan beliau

Arwah dikebumikan di Bentung Pahang dengan penuh adat istiadat dan penghormatan terakhir dari Anggota Pangkalan TLDM Lumut... Terima kasih kepada semua yang menguruskan jenazah dan pegawai polis yang menjaga lalu lintas.. Pemergian beliau amat terasa dan semoga Arwah tergolong di kalangan orang yang Solleh. Al-Fatehah.....

Istiadat perbarisan terakhir

Jenazah diusung kedalam kenderaan Jenazah

Ketika di Tanah Perkuburan

Terima kasih kepada semua anggota polis yang memberi laluan kepada kami bagi memudahkan perjalanan
 Artikel pemergian Allahyarham Kept Ahmad Shukri Bin Haji Mohd Yunus boleh di lihat di sini





Gambar terakhir akak dengan Arwah Pakchu akak ketika melawat Arwah di Lumut pada 01/01/2012...