16 April 2012

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Kidzania.. kidzania...dah bawak anak uols kat sini ker? lokasi terletak di sebelah Ikea yek.. Kidzania nih bukak pada hujung February 2012.. baru lagi kiranya... Seronok? kalau uols berumur 15 tahun ke bawah memang seronok.. dan kalau berumur macam akak nih... (malu nak ngaku excited gak) hahahaa.. zaman akak kecik dulu mana ada macam nih.. main guli jer.. tak pun main rounders.. kengkadang main  batu seremban tepi longkang maktu petang..

kaunter beli tiket
tiket bagi kanak kanak (4-17 tahun)  adalah RM55  dan bagi kanak2 berumur 8 tahun kebawah di kehendaki di temani oleh ibubapa.. dan bayaran tuk dewasa (bawah 60) RM35..untuk senior citizen RM30.. jangan risau kalau anak uols nak main kat dalam nih..dunia dalam kidzania memang selamat... in fact uols kena biar mereka berdikari dengan daya cretiviti masing masing..

Setiap pengunjung di beri gelang keselamatan dan akan di scan ketika melalukan aktiviti dan selepas melakukan aktiviti.. owh lupa nak khabor kalau uols tak ada anak tak leh masuk sini yek.. sila pinjam anak sesape.. kekek operation hour (isnin-Jumaat) dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan sabtu dan ahad ada dua session iaitu dari kul 9 pagi hingga 3 petang dan session 4 petang sampai 9 malam.. hujung minggu memang sangat ramai lah umat..

passport dan 50 kidzo sebagai wang saku anak anak
Hasil rundingan bijak pandai akak dan elyn telah sepakat memontengkan anak masing masing dari sekolah kerana nak masa lebih lama dan tak ramai orang pada hari biasa iaitu hari isnin.. tapi jangkaan akak meleset uols... ramai ibubapa lain yang pontengkan anak dema jugak huwaaaaa..

anak2 anda akan diberi 50kidzo sebagai pemulaan untuk simpan dalam bank atau digunapakai ketika di dalam dunia kidzania.. matawang kidzo adalah berharga di dalam kidzania untuk membeli barang2 yek... ini melatih anak anak berbelanja dengan berhemah.. nak duit banyak kena kerja dalam kidzania..

penerangan oleh petugas kaunter pos malaysia
Kerja pertama anak akak dan anak elyn buat ialah bekerja sebagai Posmen.. anak akak suka lah tapi dia tak pandai baca alamat.. kena harapkan Amalin lah baca alamat..


Aleya dah nak ngangis sebab tak tahu arahan sebab komunikasi dalam nih dalam bahasa Ingeris dan kalau anak kita tak paham baru dia explain dalam bahasa malaysia.. memula je Aleya cuak.. lepas Amalin dan Ibu tunjuk jalan dia dah okey.. Alli seperti biasa suka tolak barang.. gaji tak banyak uols 8 kidzo jer..
Selepas selesai menyerahkan dokumen di tiga tempat di sekitar Kidzania baru anak2 uols dibayar gaji.. kalau tidak habis tugas tak leh dapat gaji taw.. Dalam dia meronda dalam kidzania pos surat dia nampak pulak stesen bomba.. lepas buat task jadi posmen nak jadi bomba pulak..

Bertur jugak nak jadi bomba ni... tu lah akak kata ramai yang pontengkan sekolah anak dema.. bayar mahal weh Rm55 sorang..mesti kena main puas puas..
Bersiap sedia tuk dengar taklimat... lepas nih ada lah siren hotel terbakar.. kena naik kereta bomba dan bergerak pusing dalam kidzania...
Dah ready nak menjalan kan tugas... excited betul nak kerja bomba yek.. gaji 10kidzo jer.. kalau jadi doktor pakar or dentis dan pilot dapat lah gaji besor sikit.. tapi anak akak tak minat jadi doktor..hmmmm

Rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba lumba... ini lah kerja dorang memadam kebakaran kat hotel.. anggota polis pulak mengawal orang ramai dari menghampiri tempat kebakaran.. memang dunia dorang pun dalam nih..

Banyak lagi kerja anak akak dah buat tapi akak tak ada capture gambar.. sedar sedar dah tengah hari.. perut pun lapor.. so akak suruh dema g jadi chef.. ada chef buat sushi, sandwich , merrybrown buat burger.. akak suruh dorang jadi chef merryborws sebab lepas tu dema boleh makan burger dorang buat tu..jimat belanja makan.. kos nak jadi chef nih kena bayar 15 kidzo guna wang penat lelah dema bekerja tadi yek..
Masa briefing.... semangat betul akak tengok dema nih

Tak ada lah teruk teruk kena kedapur.. daging burger staff merrybrowns dah masakkan..dema cuma letak bahan bahan dalam roti tu jer.. macam anak akak senang sangat.. sayur dan sos dia tak mo. nak daging dan mayo sahaja...

Alli memerhati Aleya buat..dia cuma letak mayo jer.. pastu bungkus sendiri.. ada staff dia tolong buatkan kalau kecik macam alli yang tatau apa apa lagi..

Lepas tu ada gax xtvt membeli belah kat pasaraya.. dorang bagi list tuk customer beli barang.. cashir akan san barang..since alli tak pandai membaca lagi tugas dia jadi tukang susun barang dalam kedai..

Tetap dia happy sebab boleh tolak trolli kecik.. dia memang suka part shopping dan tolak trolli nih..

Owh alli ada jugak jadi pump attendant... suka dia sebab semua saiz miniture.. nak bawak kereta tak boleh lagi sebab dia kena maik lesen dan bagi berumur 8 tahun ke atas jer.. bawah umur tak leh amik lesen..

Lepas tu macam2 lagi xtvt dia buat..kerja lap tingkap.. construction..art class.. hok pompuan jadi beautician hair dresser dan macam  macam lagi lah..lepas buat sesuatu kerja dapat duit terus bagi mama.. alahai seronok mama tunggu depan "office" dia.. mama tak leh masuk "office" dia time dia kerja.. dia kena buat sendiri... penat sangat kerja dalam kul 2.30 dia tidor kat riba mama.. hahahahaha waktu tidor dia daaaaa...

lepas sejam dia tidor akak gerak kan dia rugi weh..bayar mahal2 dalam nih nak tidor.. akak nak suruh dia buat kerja yang terakhir jadi pilot..

muka moody sebab baru bangun tidor..lepas tu dia takut flite nih terbang tinggal mama sorang.. kekeke dalam nih memang adult tak leh masuk semua kanak2 dalam flite Air Asia nih..dari pilot hingga stewardess dan steward.. dia .. dia buat betul2 macam flite air asia... akak nak jadi stewardess dema tak bagi .. iskkkk.. akak nak buat kerja free jer..heheheh

penat lah akak menaip.. uols pegi lah sendiri baru boleh tahu syok ke tidak... akak memang kena pergi lagi sebab banyak lagi xtvt tak buat... daaaaa....

6 comments:

Pen Biru said...

eh..best la pulak..nasib dah tua..kalau tak mmg nak join sekaki

Yus said...

best.. nak pergi kalau tak ada anak.. meh pinjam anak i..kekekekek

Mummy Princess said...

nampak cam best...tapi anak saya takut klu nak gi main sorg2 cam mana ler tu........huhuhuhuh

Yus said...

Mummy Princess kalau anak takut sila ajak anak kawan2 ramai-ramai so dorang boleh main satu group... kalau girl dia ada satu saloon yang anak perempuan akan happy bila berada di situ.. staff dia akan assist anak kita..lama2 dia akan biasa dengan suasana kat situ..

MumMe said...

bestnya...

Sharinginfoz said...

kena pi ni