06 April 2012

WALLET HILANG LAGI

Perkara yang palin tak best kalau ilang wallet.. adoiii dah kali kedua pulak nih.. yang paling tak best semua wallet hilang selepas keluarakan duit dari bank..kalau keluar RM50 hengget tu tak per.. nih baru keluar duit RM500.. selalu akak tak keluar duit banyak2 tapi sebab akak nak beli tiket ke Kidzania dan nak beli sikit barang dapur...

Pagi2 selepas hantar anak akak ke sekolah akak terus buat polis report.. pergi ke balai polis gombak sekali sistem angka giliran rosak pastu kena main agak jer lepas nih aku ke orang tu.. orang pun ramai dengan airond tak ada.. so akak decide g balai polis sentul lagi pun tak jauh pun.. Nasib baik tak ramai orang dan akak dapat layanan istimewa kat sana.. Alhamdulillah..selesai satu perkara sekarang nak buat segala lesen, IC, loyaty card (wajib weh nak kumpul point) bayangkan satu2 agensi kerajaan nih akak kena tawaf

Ingat nak bua kat Maju Junction sebab kira macam one stop centre.. ada JPN ada JPJ ada shopping complex hahahha.. tapi JPN dah tutup lah pulak... adoiiiii... pastu akak tengok kat area rumah akak ada satu JPN kat JPN Batu Caves.. akak agak sure dah ramai orang sebab dah lambat buang masa ke Maju Junction tadi.. nasib baik masa akak sampai kena tunggu dalam 20 orang je dan sangat cepat je sampai giliran akak... dah dapat IC sementara.. laki akak pulak nak buat IC baru sebab yang lama dah rosak teruk.. kualiti tak de yek MyCard kita nih..

Lepas dapat IC nanti baru akak nak tawaf bank buat semua credit card..memang susah kalau hilang wallet nih..lepas nih segala macam bende tu akak nak tinggal kat rumah jer.. bawak photostate.. tapi gambar IC akak buruk benor macam bulan mengambang..BULAT jer.. huhuhuhuh

No comments: