30 May 2012

VIRGO BATIK RESORT LUMUT

Kat mana nih yek uols...?Kat Teluk Batik Perak laa.. demi menghadiri majlis perkahwinan kawan akak di Sitiawan so kami beramai2 bergather2 ke Lumut tuk memeriahkan majlis tu..memang meriah tahap hampeh.. bukan pengantin yang hampeh.. tapi we all laaa.. dah macam rusa masuk kampung .. hahahaha

Okey since cuti sekolah baru bermula maka banyak lah hotel yang penuh.. macam2 hotel akak try semua not available.. kalau boleh akak nak stay tepi pantai.. tak mo lah dekat tengah bandar.. apa kelas kan g negeri yang ada pantai duk kat tengah2 bangunan batu..

Hadapan Virgo Hotel.. Parking Insya-Allah cukup...
Setelah puas mencari akak dapat lah stay kat Virgo Batik Resort.. yer lah RESORT sangat lah uols.. kalau akak kat KL nih akak bagi cuma 1.5 bintang kot.. tapi kalau korang just nak tido or jenjalan ke kat sini kat bandar Lumut boleh kot.. tapi hampunnnnn.. coverage Celcom tak ada yek.. apa lagi internet.. jenuh akak kena duduk kat lobby baru ada public wifi.. tapi slow tahap siput.. sebagai KAKAK KAWASAN akak perlu ada talian yang boleh dihubungi kerana akak kerap dihubungi kengkawan yang nak tanya program.. maklumlah macam akak nih keluarga pengantin..

Kawasan Lobby hotel.. Kat sini lah baru ada Wifi
Disebabkan kat Lobby jer ada wifi maka ramailah orang berkumpul kat sini nak bercomunicate ngan kengkawan kot.. kat bilik line tepon tadak.. apa nak buat..communicate melalui facebook jer lah.. bley?

Satu satunya lift yang boleh muat 5 orang saiz M sahaja..
Owh dia ada satu lift yang sangat comel bagi mengubungkan sampai tingkat 4.. giler lama nak tunggu lift.. dengan pekerja pun naik lift nih nak hangkut barang.. adoiii.. becak jangan citerlah kalau bebudak baru balik dari pool... sabar jer lah yekk ..


Okey satu yang akak suka ialah bilik air dia asing antara bilik melepas hajat dan bilik mandi.. kira tak payah lah berebut sorang nak mandi sorang lagi nak kencing.. sinki kat bahagian luar lega lah sikit nak basuh muka or amik air sembahyang..

Bilik tidor akak ada dua katil Queen.. dengan harga RM160 semalam dengan bilik yang simple macam nih akak rasa agak mahal.. Siaran TV walaupun di pasangkan ASTRO memang tak clear.. dari korang dengar bunyi berdengung je baik tutup.. Ntah kawasan in terlalu panas or aircond perlu service pun akak pun tatau.. tapi kat balcony tu memang panas tau.. aircond lak lambat sejuk or macam sayup sayup je sejuk dia..
Masuk2 masuk je pintu dah nampak bilik air.. bilik nih memang dinding senipis papan lapis kot..sebab segala perbualan orang kat depan bilik memang dengar amat jelas.. bilik sebelah? heheheheheh sib baik bilik sebelah kebetulan Romy stay situ...

Basic facilities dengan almari memang open concept yek.. nasib baik ada mini fridge.. dapat jugak minum air sejuk.. beli siap2 kat 7-11 kat smpang ke Teluk Batik yek..

Balcony yang comel tapi tak ada tempat sidai baju basah... jenuh sidai kat dinding tu..

Pemandangan dari bilik.. tak nampak pantai pun uols.. jauh lagi kot..patutnya kat depan tu jer..

Kekekekekek inilah swimming pool paling comel akak tgk kat hotel.. hok nih dewasa punya tapi tak dalam sungguh.. just buat syarat jer.. kalau akak masuk macam mana lah keadaan kolam nih yek..  masa time peak nampak kepala hitam jeeee..

Hok nih kanak2 punya.. laaaaaaagi lah sendat sebab bebudak dok penuh main dalam nih.. memang just rendam badan dan jangan gerak2 akak tgk hahahaha

Okeylah kalau korang nak rilex dan stay reramai boleh je sebab akak punya bilik Standard Front View dia bagi katil Queen dua bijik... Breakfast jangan harap sangat laa.. akak dapat makan nasi lemak ngan sambal je sebab semua makanan dah habis kerana ada rombongan dari mana ntah (cikgu sekolah dan anak2 kot sebab semua pakai baju T-Shirt sekolah) sudah kasi bedal dengan makan never ending  punya style. akak tak paham style makan tamak2 walaupun tak sedap makanan kat situ..

for reservation boleh call
VIRGO BATIK RESORT
PERSIARAN TELUK BATIK, TELUK BATIK
32200 LUMUT
TEL:05-6838334 FAX:05-6692334

chowww...

No comments: