15 June 2012

JEREBU DATANG LAGI !!!

patutlah lately nih cuaca tersangat bahang.. waktu malam pun mencurah2 peluh akak nih.. dulu kawasan umah akak nih memang sejuk damai je waktu siang atau malam. maklumlah rumah burung merpati nih kawasan atas bukit gak..

Kalau waktu siang tu memang tak boleh nak memasak kalau bukak tingkap dapur... sekarang yilekkkk.. angin ntah lari kemana..

Nih gambar akak amik dari balcony umah akak di Tingkat 17.. nampak kabur jer.. so sekarang nih kena tutup pintu rumah, tingkap semua bagi mengurangkan risiko batuk dan selsema.. Air masak pun sampai berbotol habis satu hari.. tapi hok sejuklaaa.. hok suci murni suhu bilik di atas para dorang buat nohennnn jer :)

Lagi lah mood akak nak berblogging ke lauttt.. Opss sebut pasal laut akak  nak ke pulau lagi yahoooooo

 Petikan dari ipohmalay.blogspot.com

"Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan."

 Tak abih mereka menyusahkan jiran mereka dengan pembakaran berskala luas di kawasan terbuka...

No comments: