17 July 2012

PULAU TIOMAN- PART 1

Oh sekarang baru ada mood nak citer pasal trip ke Tioman minggu lepas...bukan apa uols gambar tak semua akak dapat collect dari dari geng.. yang ada gambar dari Jimah dan Rini.. Ori punya belum dapat lagi.. kalau harap Edan memang memory phone dia kosong jer..

Okey trip kali nih kisah macam tak di rancang lah.. sebab gara2 groupon ada buat discount Lodge kat Paya Beach Resort murah uols satu malam RM120 empat katil, ekon dan siap ngan buffet breakfast.. apa lagi geng2 yang memang minah coupon nih tak sabar2 nak redeem coupon sebelum bulan puasa nih..


Trip kali nih seramai 5 orang je.. Akak, Jimah, Rini, Ori dan Edan kerana kami pergi pada Hari ahad dan balik pada hari Selasa.. hari berkerja dan ramai geng akak dah mula kerja kat tempat baru so cuti dorang tersangat lah tidak mengizinkan...

Berkobar kobar nih naik bas kat Terminal Tasik Selatan.. last sekali akak naik bas tahun 1997 sekarang baru naik balik fuh.. tu pun nak pilih bas cuma ada dua jenis jer terus ke Mersing.. Satu Tranasional dan satu lagi S&S International.. tapi geng akak kata Transnasional tak best sebab bas dia buruk walaupun tiket dia murah je RM30.00 sehala, rela beli Tiket S&S International VVIP bas RM37.90.. tapi all the way sepanjang perjalan bunyi ngok ngek ngok ngek absorber dia.. tapi Jimah all the way sleep like a baby.. walaupun akak duduk sebelah Jimah tak rasa sempit uols.. apakah akak dah kurus :) ???

Bertolah dari BTS pukul 10.30malam dan sampai kat stesen bas Mersing pukul 3.30 pagi tau.. wah tak sangka dah sampai.. tu pun rasa macam tak mo turun bas lagi sebab ingat jauh lagi.. sampai kena halau ngan drebar bas lah suruh turun.. hahahah dah nak buat camner we all nih boleh tido ngan lena walau kat medan perang hahahah.. Since gelap gelita lagi kami menapak ke Jeti Mersing lebih kurang dalam 15 minit je sampai.. tak jauh lah.. tapi Jeti pun tak bukak lagi so kami singgah kat Kedai mamak 24 jam.. Nasib baik ada Edan sebagai bodyguard. tak ada lah rasa takut sangat sebab kami ada lah gadis yang sangat lemah lembik

Akak minum sajer sebab Ori siap bawak bekal sandwich tapi dema makan roti canai berselera sungguh.. jimah masih mamai.. yer lah sekarang dah ada orang tolong angkat beg.. kat MERSING ko angkat beg ko sendiri yek nok....

Dalam kul 5 pagi we all menapak ke Jeti pulak.. mana lah tau ada orang bukak counter awal.. tapi sebenarnya nak cari port lepak nak tidor lagi.. we all sampai paling awal.. lepas tu ada lah beberapa couple mat salleh sampai..so meriah sikit.. pastu ada pakcik yang sangat peramah sebab we all pun mulut macam burung berkicau pagi dok melayan pakcik tu sambil dia jual tiket.. Tiket pergi dan balik ialah RM70 bagi dewasa dan kanak2 4 tahun dan ke atas adalah 40 kalau tak silap...

JImah seperti biasa dia jumpa bangku panjang terus lena... tu pun dia kata perut dia tak berapa sedap asyik nak ke toilet jer.. kami beli tiket paling awal pada hari tu pukul 9.pagi.. penat weh kami asyik menunggu jer.. nak tgk keadaan sekeliling pun tak ada apa.. so kami tunggu je lah kat sini

Dah kul 10 pun tak gerak lagi ferri sebab paras air tak pasang lagi.. dalam kul 10.30 baru gerak.. punya lah ramai orang tunggu semua nak ke pulau.. kala akak tak beli Marine tix pun tak per.. sebab dia bukan check pun.. tapi RM5 jer pun sorang.. sebenarnya tak sabar nak ke Pulau Check in dan tidor je nih..

Orang ramai dia bukak dua gate.. so dia akan pekik lah kat sini nak ke area mana.. macam akak sebab stay kat Paya beach resort so check point dia dialah Paya.. station yang ke dua selepas Genting.. lepas tu baru stop kat Paya.. pastu stop kat Tekek pastu baru stop kat Salang.. ada satu boat lagi dia pergi ke Juara iaitu sebelah Laut China Selatan.. dorang kata pantai kat situ cantik. ..

check in jer bilik semua puas hati dengan harga yang di bayar.. Kemas. ekon pun sejuk.. water heater pun berfungsi dengan baik.. sabun dan syampu dia sediakan. towel 4 helai cuma bantal je tak best.. sebab edan tidor satu bilik sorang so dia ada banyak bantal.. boleh lah mintak kat dia.. sebab we all punya bilik paling murah tak ada kettle. akak mintak pinjam dari reception dan dorang bagi.. leh belasah megi kalau lapar malam2 kan..owh katil tu tak leh nak rapatkan tau sebab dia dah paku kaki dia siap2.. so memang tak leh rapat lah katil tu..

Sinki di bilik air.. bilik air pun bersih jer.. nasib baik lah.. sebab akak kurang gemar kalau duk hotel toilet berlumut nih...

Air dia laju je.. tapi memula tak reti control sejuk panas.apa lagi mejerit2 lah dalam tandas sebab kena air panas.. lepas tu dah terrer memang rasa tak mo keluar dari bilik air... syok woo mandi lama2.. kalau rasa nak cepat sila tumpang bilik air Edan kat sebelah bilik jer..

Ini lah rupa Lodge tempat tinggal we all.. we all dapat tingkat bawah yang ada sidai tuala putih berderet... okey lah kalau budget macam we all nih... tu pun edan nak upgrade bilik Standard Rm220 semalam tapi nasib baik full house..

Kat area sini tempat makan.. memang kawasan Paya Beach Resort nih bersih dan tenang je.. katanya kalau kat Tioman ranking the Best islah Berjaya Tioman.. Second baru Paya Beach Resort.. tapi kalau kat pulau nih kita bukan nak duduk bilik sangat.. banyak masa ke Pantai dan snorkeling or jungle trekking dan lain2 xtvt kan.. okeylah nanti akak sambung part 2 pulak yek..

1 comment:

amzarsyahmi said...

mmg bestlaaa citer awak.... tk sbr smbungannye...