18 July 2012

PULAU TIOMAN - PART 2

lebih kurang dalam sejam setengah perjalanan menaiki Ferri laju kami sampai di Jeti Paya which is dalam 100 meter ke hotel kami.. mujur jalan dia tak berpasir.. rasa lega sikit nak seret kaki nih.. perut pun dah lapar.. iskk apa lah..asyik makan jer.. masa sampai mersing dah breakfast.. tunggu Ferri sampai dah melantak.. sampai pulau nak makan lagi ? huh.. no wonder kami sihat bagai juara...

Waktu Check in dalam pukul 2 petang.. kami sampai kat chalet nih dalam kul 12.00 gituew.. kalau ada bilik kosong sure kami dah masuk tapi sebab orang check out hari Ahad kan so banyak bilik nak kena kemas.. sementara menunggu bilik we all lepak kat restaurant/reception area sambil lelap kat mata sekejap.. memang nagtuk sangat dan penat sebab menunggu berbagai bagai jenis kenderaan.. owh harap maklum coverage telefon kat sini memang tak boleh pakai.. baik celcom atau maxis.. Digi terus mati... nak berfb memang tak boleh unless uols mintak password wifi dan bayar Rm40 sepanjang kita menginap.. laju ke tidak akak tatau.sebab akak tak try pun..

Lepas Check in dan mandi serta susun barang dalam bilik we all pun keluar menikmati pemandangan dan mencari area makan malam nih... kan asyik makan jeee.. dan seperti biasa memang xtvt bergambar jer lah..apa lagi yang boleh buat. tapi kawasan Paya Beach resort nih memang tenang dan aman damai jer.. buat rasa lapar...

Tapi akak dah jangka Pulau Tioman nih pantai dan laut dia tak secantik Pulau Redang dan Pulau Perhentian.. kalau air surut waktu pagi dan petang memang nampak batu2 jer kat depan Resort nih.. dan pasir dia warna brown bukan putih macam pulau kat belah Pantai Timur tu..

Kawasan makan waktu malam di Resort.
waktu makan kami tak makan kat resort tu.. bukan apa sebab bersepah akak tengok beer kat area tempat makan nih.. so we all cari restoran melayu anak tempatan la.. kat Paya Beach Resort memang majority orang singapore yang duduk so raaaaaamai Chinese...

Pemandangan lanskap yang cantik :)

Kawasan kolam renang untuk guest
Ingat nak terjun ke kolam renang tapi malas lah pulak nak basahkan baju.. apa kelas gi pulau terjun Pool.. tak kampung lah macam tu... we all lepak je kat area sini malam2.. sejuk dan nyaman sungguh...
Korang tak yah lah nak bawak berbekal2 makanan dari Main Land.. kat sini memang kedai free duty ada beberapa bijik.. bagi akak harga dia reasonable lah.. Meggi in cup harga dia RM2, mineral water sejuk besar harga dia RM3.. owh rokok sangat murah tau sekartun RM67.. kalau beli sekotak jer RM7... cekelat pun murah tapi tak semurah langkawi.. kat sini liquor memang murah sangat..patutlah akak tengok melayu cina mat salleh dok tonggang benda tu jer.. member akak kata ada satu botol tu dia tengok kat KL RM300 (dia pernah kerja carefour) kat sini dalam RM80 jer.. we all memang tak sentuh liquor tu.. tapi tengok botol je cantik cantik..

Spa bayaran RM128 untuk satu jam. Kat Pulau Tioman cuma dua resort yang ada SPA iaitu Berjaya Tioman dan Paya Beach Resort..

Xtvt bergambar lagi kat depan Resort, Edan, Jimah, Ori, Rini dan Akak cute hahahaha
3 anak dara dan sorang Makcik.. HUhhhhh!!!!!

Bermain dengan Sunset

Sunset di Tioman

para fotographer amatur akak rasa berkumpul kat atas pelantar nak amik gambar sunset.. we all macam bagus jer amik camera compact pegi kat gigi pantai haa picit tekan tekan.. keluar gambar sunset..apa susah nak usung kamera besar ngan tripod bagai.. kan kan kan

Okey nanti akak sambung lagi Part 3 yek.. Lapar donggggg..

2 comments:

shah_rule said...

salam, mengenali sorang lagi travel blogger.. hehe sharing is caring

Yus said...

tq tq tq shahrule..

salam kenal juga,

u lagi best.. siap ke new Zealand lagi.. buat orang teruja nak ke sana taw.. :)