23 July 2012

PULAU TIOMAN-PART 5

Ketika akak syok melayan ikan di laut.. kan akak cakap Ori dan Rini nak ajak jenjalan menggunakan KAKI ke Kampung Tekek dari Paya Beach Resort.. akak pandang dema atas bawah..kiri kana.. depan belakang.. ada ke nak ajak akak... dia tahu tak akak punya stamina tahap mana.. Panjat broga yang 45 minit tu pun dah tak henti2 mintak nyawa.. ini kan yang akak baca review kat blog lain2 tentang kesukaran menapak ke sana.. kalau ajak akak naik boat ke Tekek akak laju lah..

Perjalan ke Tekek kalau naik boat RM70 tuk dua hala.. tapi kalau jalan kaki memang FREE.. baik akak layan mata dalam bilik.. so lepas breakfast dalam kul 9.30am dorang berdua pun gerak lah.. akak ngan Jimah memang berehat selepas makan di dalam bilik.. Edan??? ntahhh suka benor terperap dalam bilik sambil tgk citer korea.. PUTIH tak jugak :)

dalam beberapa minit lepas tu lebih kurang dalam 45 minit dorang sms akak kata nasib baik akak tak pergi ikut dorang sebab jalan curam.. dengan batu2.. hutan belukar.. semak samun.. pasir pantai.. akak baca sambil tersenyum dan mendakap telefon bimbit sambil baring dengan enak...fuh legaaaa..

Dorang kena jalan dalam hutan dan curam pastu baru sampai ke Berjaya resort.. nasib baik mereka sempat kejar bas berjaya ke Pekan Tekek kalau tidak lagi 3 jam lah mereka menapak kaki ke Tekek...

Dorang memang asyik bergambar jer..
Dorang pergi Marina kat Pekan Tekek gak.. tapi tak sempat terserempak dengan akak sebab dorang ada kat sini kul 1.30 petang..

Kelawar sekarang tak duduk dalam gua.. dia bergayut kat atas pokok tepi pantai.. kenapa kah? nak ber sunbathing kah?

Perjalanan balik dorang memakan masa 3 jam dari Tekek ke Paya.. kalau akak jadi dorang akak sewa jer boat balik ke Paya...siap citer hampir sesat lah dalam hutan.. nasib baik selamat sampai...
Setiap kawasan chalet dorang singgah nak bergambar... apa lagi dorang mampu buat kan.. walau penat terpaksa senyum..:)


Tempat pembiakan penyu pun dorang singgah..

Akhirnya dorang sampai kat Paya kul 4.30petang.. sama time akak ngan Jimah balik dari snorkeling menaiki boat.. kekkeekk giler dorang berjalan kaki hampir 6 jam.. dahsyat.. korang nak buat tak macam dorang nih..? kalau akak mau air bergelen2 akak pikul nak berjungle trekking tu.

We all nak check katil edan berlekuk tak  sebab tak bangun2 dari katil mamat tu..:)

2 comments:

Rinee Rinot said...

walaupun xde tripod.. itu bukan halangan tuk kitorg posing bersama huhu

Yus said...

jenuh tau aku nak cerahkan gambar korang..cantik tak?? hehehe