27 September 2012

MALANG TIDAK BERBAU

Penat akak blogwalking sambil berangan kat blog blog travel yang lain rasa macam tak best lak blog akak citer pasal travel nih.. maklumlah dorang jalan jalan pergi oversea.. cantik sungguh.. ada winter, summer, fall, autumn.. tapi akak masih laa kat negeri Malaysia tanah tumpah darahku ini.. takper ada duit lebih nanti akak pergi.. gayanyer macam cukup dah budget tu.. everything pasal alli semua dah settle.. tunggu time yang sesuai jer..

Anyway citer pasal Alli nih.. Iskk kemain nakal.. dah lama tak update pasal anak akak intan payung gunung berlian nih..tu lah orang lama dah kata Malang tidak berbau.. Kisah Alli nih recently dia sangat suka mandi pool.. almost everyday dia ajak turun kat pool bawaH umah akak nih.. kemain tak nak mandi kat kolam kecik nak mandi kat kolam dalam. dia akan terjun tenggelam pastu timbul balik.. macam tu lah dia buat berkali-kali..dah puas akak dan Papa dia larang tapi dia mana dengar kata..
Nak di jadikan cerita.. satu petang dia ajak teman dia mandi kat pool sebab Papa dia malas nak layan dah.. hari-hari nak mandi pool.. so akak layankan je lah.. lagipun dah beberapa hari akak tak tengok matahari..asyik berkurung kat dalam rumah je..

Seperti biasa dia suka main terjun-terjun.. banyak kali akak larang tapi dia buat derk jerr... siap suruh amik gambar dia terjun lagi..akak layan je laaa..

Macam2 gaya dia terjun..kedepan..kebelakang.. tapi kali nih dia try aksi kebelakang. nak jadi Pandelela kot...

Tiba-tiba dia landing tak kena tempat.. masa nih lah hasil terjunan yang tidak bernasib baik.. maka jadilah seperti di bawah...

Haaa terkoyak dagu dia kena kat tebing kolam tu.. memula dia tak nangis..akak ingat tak ada apa2 sampai dengar dia kata sakit.. akak ingat berdarah kat dalam mulut.. rupa-rupanya kat dagu.. dia masih rilek lagi..akak cuba control calm.. akak tekup dagu dia ngan towel.. dia suruh amik gambar nak tgk kat mana dia injured.. sekali lepas dia tengok gambar..meraunggg lah dia.. terus jadi drama queen..


Akak call husband akak.. husband akak suruh bawak naik nak tgk.. akak nak dukung Alli dia tak nak..sempat lagi kata nanti Mama sakit pinggang.. haaa tahu pun dah berat.. consider jugak anak akak nih...sampai kat rumah terus husband akak kata kena bawak pergi clinik.. lagi lah meraung dia.. takut kena jahit.. Nasib baik doktor kata tak payah jahit.. pakai gam je sebab tak lah teruk sangat..susah jugak nak suruh dia tenang kan diri.. nak riba atas mama jee...


Lepas settle semua.. dia boleh tunjuk jari looser tu.. adoiiii.. doktor kata jangan lasak2 sampai 3 hari datang balik bukak semua plaster tu.. tapi dia boleh senyap sekejap jer.. kat rumah riuh balik.. padahal masa kat clinic nak bercakap pun guna bahasa isyarat.. heheheh

So lepas satu hari dah boleh bukak plaster luar.. dan plaster yang kat kulit dia tu boleh bukak dalam 3 hari kat clinic.. tapi dia macam tak rasa sakit dah.. tak tahu lah berapa lama dia nak serik.. tapi kalau akak ajak pergi ke pool nak lagi tu.. :)

No comments: