26 September 2012

TELUK CEMPEDAK

Kalau dan pergi ke Kuantan tak kan tak singgah dorang punya famous pantai tu Teluk Chempedak.. memang happening betul kat area nih.. lagi pulak malam tu ada sambutan hari Malaysia..memang berduyun orang kat sini..ada yang dengan family, ada yang dengan tunang, ada yang dengan aweks. ada yang macam frust bercinta layan perasaan sorang sorang.. akak sampai kat Teluk Chempedak nih dalam kul 5 petang memang orang tengah ramai.. cuma fikir nak jalan2 jer pun...

Kat sini ada Mc Donalds, Burger King memang laku sungguh dorang business kat sini..ramai je orang.. akak suka makan aiskrim je kat tepi pantai..
Kan ramai orang kat tepi pantai.. tapi pasir kat tepi pantai dia sangat luas. nak sampai kan ke gigi pantai nak main ombak pun mengah jugak berjalan atas pasir.. akak memang tak ada plan nak mandi manda kat sini pun.. just nak tengok pemandangan kat tepi pantai.. yer lah cadang nak g cherating hari nih tapi sibuk buat lawatan ke East Coast Mall so plan tu tunda ke esok hari laa..

Angin sangat kuat.. akak pakai seluar belang2 tu dan macam clown yang main belon kat tepi pantai jer..
Alli yang baru bangun tido.. of course lah dia memang kaki drama mintak kena dukung jer.. air laut dan pasir pantai langsung tak mo jejak kaki.. takut or geli? tapi ombak memang kuat dan baru je kat tepi pantai air dah dalam..
Mamat tu memang enjoy main pantai.. rasa macam nak join je.. kat sini ada bilik air dan tandas yang selesa tuk membilas dan mandi selepas berkelah.. bayaran RM1 untuk mandi dan 50 sen tuk beli sabun.. kan best kalau dorang buat service sewa towel hehehehe..

dah lama sikit Alli dah rasa macam selesa nak main pasir.. tu pun sebab ada sorang budak baya dia tengah main air.. basak lenjun dia..nasib baik memang akak bawak baju spare alli.. akak memang sentiasa bersedia dengan budak kecik sorang nih..

seronoknyer kalau akak ada rumah tepi pantai kan.. akak memang sangat suka dengan suasana pantai.. tapi ye laaa.. kalau rumah kat tepi pantai mesti mahal dan maintenance pun tinggi.. kang tetiba hakisan lak.. huhuhuhu
Kami berdua just duduk tepi pantai sambil tengok anak bujang akak tu main air.. Alli tak berani terjun dalam laut tu.. just kat gigi pantai kasi basah seluar jer...

Hari pun dah nak beransur senja..perut pun dah lapar.. so jom naik ke darat bilas badan dan cari tempat makan...
Selamat tinggal teluk chempedak... nanti kalau ada rezeki akak datang  balik yek..:)))

No comments: