25 September 2012

ZENITH HOTEL KUANTAN

Lama sungguh nak update cerita kan.. hari raya sibuk sangat dengan macam2 aktiviti yang macam amazing race gayanya. So pada hari Malaysia iaitu 16 September akak dan family buat acara bervacation main terjah.. We all pakat nak g cherating.. nak main pantai.. tapi hotel sekitar cherating semua full house.. masing2 penuh dengan orang bercuti kot.. so akak cari option kat bahagian bandar Kuantan.. memandangkan Kuantan dan bandar Cherating tak lah jauh mana.. lebih kurang 30 minit..Nasib baik Zenith Hotel yang terletak betul betul di sebelah East Coast Mall ada kosong.. lagi pun hotel nih hotel baru dan betul2 tengah bandar Kuantan dan tempat makan..ngeeeeeee..

THE ZENITH HOTEL Kuantan
Jalan Putra Square 6,
Putra Square,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5659595
www.thezenithhotel.com

sampai je kat bandar Kuantan kita tak kan miss dengan dua baangunan yang paling tinggi di kuantan setakat ini lah.. satu pusat konvensyen dan satu lagi hotel Zenith.. betul2 bersebelah dengan East Coast Mall
Pemandangan di depan Hotel.. Parking kat hotel nih free of charge.. dan tak lah sesak macam kebanyakan parking hotel kat KL sampai kalau nak cari parking depan Lobby Lift punya lah susah..kat sini senang2 je parking dekat lift lobby kat basement parking...
Ruang legar hotel
Tempat menunggu or lepak? kat hotel
Kaunter Check In dan Check out.. walaupun tak ramai staff akak rasa smooth je transaction.. walaupun agak sibuk jugak akak tengok front desk tu..
dah dapat kunci bilik anak akak berlari nak naik ke bilik hotel.. nak naik ke bilik hotel kena pekai access card kat dalam lift. so akak suggest kena amik dua key card yek.. yer laa.. kalau husband akak keluar akak tak mo keluar at least kat bilik akak still ada aircond..dia dia boleh turun naik lift suka hati
Akak memang request bilik dua katil single.. sebab pertama single bed dia adalah saiz super single dan sebab kedua.. akak suka berselimut dan anak dan suami akak tak suka pakai selimut..so senang katil sorang satu.. dan akak punya katil sentiasa kemas.. kekekekek

Bilik mandi
Bilik yang agak luas dan kemas.. Ini adalah bilik standard yek..everything was fine in this hotel.. tapiiiiiiii... akak tak suka bantal dia.. sebab bantal dia pakai duck feather.. duck feather nih dia tak ada sifat menganjal..letak kepala macam tu dia meleper je laaa... errr korang faham ke tak? anyway sebab kat rumah akak semua bantal kekabu yang MIL akak buat sangat besar dan gebu.. so bantal lain2 walau kat hotel 5 bintang memang tak boleh lawan keselesaan bantal kekabu kat rumah akak.. next time akak maybe consider to bring my own pillow.. :)) macam kampung kannnn.. Tilam memang superbbb
Ada LCD screen Tv dan cable Internet kalau bawak Laptop untuk berintenet
Coffee Making facilities
View dari bilik akak..
Ruang bilik dari Tingkap.. Katil dia besar kannn tu super single
Sinki bilik air
Ada ruang Bath Tub..
Ada Shower Rose.. akak suka mandi kat shower Rose sebab air sangat laju.. rasa memang sedap je mandi..
Peti ais yang cute.. pakai lampu LED lagi kelas ko
Seperti biasa activity  renang memang wajib..walaupun kat rumah akak ada swimming pool.. budak nih bukan kira..semua dia macam excited sangat.. Swimming pool terletak di tingkat 4 sama level dengan Play room tuk kanak2. Gym, snooker. dan games room.. memang tingkat 4 nih fav spot Alli lah..

Semalam dah giliran Papa dia teman di Swimming so hari nih turn akak pulak.. kalau ikutkan akak masa nak turun lagi best dok kat bilik berendam dalam tub..

Kat area kolam renang memang banyak kerusi dan meja di susun sebagai tempat berehat. regulation kat sini memang kena pakai pakaian renang.. masa akak nak masuk sini dia tanya ada pakai pakaian renang tak.. akak memang pakai siap2 dan cover dengan baju lain kat luar.. tapi masa akak mandi ramai je orang yang tak pakai pakaian renang.. macam terjun sungai gitew.. :))
Kolam dia berkonsep infiniti pool.. sambil berenang boleh tengok bangunan east coast mall.. apa nak tgk sangat kan bangunan kat Kuantan mana ada yang tinggi2 sangat...

Overall akak memang puas hati dengan facilities hotel nih dan berharap hotel ini akak kekal menjadi yang terbaik di Kuantan.. :))
So tiba masa untuk melangsaikan bill dengan penuh senyuman.. :))) next destination cuti2 terjah??

No comments: