15 October 2012

BILA GADIS LEMAK MENULIS

Hari nih akak dapat jalan2 kat Ikea.. syoknyerrr.. sebab akak kan suka jalan waktu orang takde.. yang lagi best laki akak jadi drebar hari nih  dan tukang angkat barang.... huhuhu double hapiness..

Sebelum korang tanya. yer laki akak kerja dari rumah dan anywhere yang boleh di jadikan tempat kerja.. heheheh (asal ada line internet cukup).. dalam tengah hari selepas brunch.. amboi brunch gitew..maklumlah we all bangun lambat anak akak pon ponteng sekolah kaedahnyer...we all gerak ke area the curve.. ingat nak beli display cabinet tuk mainan anak akak tu.. dah bersepah.. akak tak larat asyik akak meroyan nak buang je...

Sampai kat Ikea terasa lapar.. dan dan je kan lapar.. masa kat rumah akak dah berazam akak tak mo makan nasi nak diet konon.. hambikk ko akak bedal jugak nasi  goreng chicken wings kat food court ikea.. anak akak dan laki akak seperti biasa meat balls laa.. lepas tu ada pulak jiran meja akak couple yang sangat sweet hulurkan kat akak chicken wings dia yang dia order banyak dan tak mampuuu nak makan.. hahahah anak akak memang bulat mata dia tgk chicken wings.. dengan tak malu terus amik.. hahaha..

pastu jalan kat the curve.. wah ada sale pakaian sukan.. up to 70% terus akak insaf dan  berazam nak ber pilates laa.. nak berlari laaaa.. nak bersenam laaa...pilih punya pilih..selongkar punya selongkar akak mencari saiz XL (akak suka pakai baju longar longar taw.. matilah beralasan lagi).. sebelah akak ada satu couple muda nih dok pilih jugak baju sukan.. dia cari saiz S uols.. pastu dia g try.. dia keluar balik siap komplen kat boyfriend dia lagi.. tak muat laaaa.. kena amik saiz XS.. hamik ko ..dia nak cari saiz kecil lagiii.. akak pun confident g try saiz XL.. keluar je fitting room akak bagi baju tu kat laki akak.. tak muat laaaaaaaa.. kena amik DOUBLE XL.. tetiba akak rasa macam tak de mood.. sebab mana ada t-shirt saiz Double XL kat situ.. dorang nih patutnya kena buat banyak baju sukan saiz besar2 sebab orang badan BESAR je yang perlukan sangat baju tersebut tuk senamam.. sebab tak ada baju saiz besarlah we all tak boleh beriadah dan makin besar.. akak nak salahkan kilang pakaian sukan lah....

Tapi akak tatau nak bergembira atau bersedih sebab anak akak kata perut Mama besar sebab ada Baby... kat semua orang dia cakap macam tu.. harap2 dorang percaya laaa sebab kalau tgk perut akak Al-Vuncit tu dorang beranggapan akak bukan gemuk tapi akak tengah mengadung uols..

2 comments:

Kuazue Mohd said...

goods haku suka..kilang tak kuar baju besar sal tu kita makin membesarkan...

Yus said...

khennnn.. so aku nak berehat kat rumah je sampai aku tak leh keluar pintu rumah sebab besar sangat hahah