19 October 2012

DIA BUAT SARKIS...

Pernah tengok sarkis?akak hari hari tengok sarkis kat rumah.. sampai akak sakit jiwa tau.. apa taknyer kerusi kat umah akak warna putih.. anak bertuah akak nih suka memanjat sambil terjun.. dia kata dia jadi spiderman.. whatever laaa.. yang pasti akak kena sental sarung sofa tu selang dua minggu.. kalau tidak memang kaler kelabu lah sarung sofa akak tu..

dek kerana akak bosan tak kemana -mana hujung minggu.. sekarang ni memang akak tak kan keluar ke mana2 shopping mall pada hujung minggu.. satu sebab susah nak cari parking.. dan lagi satu akak tak suka bersesak sesak dengan orang ramai kat dalam tu.. lebih baik akak keluar berjalan2 pada hari biasa.. untungnya jadi suri rumah kannn..


Masa akak jalan kat the curve.. bukan banguna the curve tu tapi It centre dia kot akak pun tatau nama dia.. akak nampak sarkis bungee jumping nih.. anak akak sangat teruja.. akak pun tatau kenapa dia berani sangat nak try.. akak pun setuju supaya lepas nih dia akan lena tido lepas penat melompat lompat macam katak tu kan..

Check dia punya requirement okey boleh naik.. bayar Rm12 dia tak cakap berapa lama pun.. agaknyer sebab orang tak ada memang tak ada limit kot.. akak ingat anak akak akan lompat setempat biasa2 aja.. tapiii dia buat pusingan 360 darjah uols.. kus semangat akak.. lagi akak suruh stop lagi galak dia buat.. adalah dalam 25 minit dia main bende nih.. jenuh akak suruh dia berhenti sebab dia nih ada athma..
Tengok gaya dia.. korang berani tak? iskkk akak rasa akak pun cuak gak nak buat.. tapi on other side akak rasa nak try tapiiii.. yer ada tapi di situ.. berat max 65kg sajer uols yang layak.. (akak terlebih 1kg jer) tu yang tak leh naik.. :)

Lepas tu tak henti henti akak tanya dia.. are u okey? akak tanya dia ada sakit kat mana2 tak.. dia kata tak ada.. dia nak buat lagi next week .. adoiii memang nak jadi ahli sarkis kampung dusun alli nih..


No comments: