03 October 2012

HAI PENG KOPITIAM DAN AZIZ SATAR OTAK-OTAK

Kalau singgah di Kuantan sure akak akan lajak sampai ke kemaman tuk singgah kat dua tempat makan yang best ni..  apa lagi salah satunya Hai Peng Kopitiam.. kedai dia kecik je kat bandar kemaman.. tapi orang datang tak putus2 nak menikmati roti bakar slice dan roti bun bakar..

Orang tanya akak apa yang special tempat nih.. akak pun tatau tapi akak suka makan roti bakar slice dia.. dahlah tebal lemak je rasa kaya dan butter dia.. dan akak akan order milo+kopi sejuk kat sini sebab akak tak minum kopi  100 percent.. tak minat..


Suasana dalam kedai yang kecik dan telah di tampah ruangan makan kat luar.. masa tengah makan tetiba hujan ribut turun dengan angin yang kuat.. apa lagi anak akak nih kan penakut.. habis orang yang makan kat luar kena berlari masuk kat dalam kedai.. dan segera pekerja terus tutup shuttle door sebab air hujan masuk dalam kedai.. dalam kira 5 minit baru reda dan shuttle door pun dorang bukak balik.. mana anak akak tak nangis.. dia mana biasa angin kuat2 nih..

Kedai kopi nih memang maju sangat.. ada je bas rombongan yang stop by dan kebanyakan dari Singapore..apa lagi dorang memang tak ada ruang nak makan lah kalau turun satu bas sekali.. beli je lah kopi dalam paket or take away makan dalam bas..kalau duduk dalam nih memang muhibah satu malaysia..apa taknyer meja makan pun kongsi dengan orang.. so ada lah chinese yang semeja ngan akak tanya apa special kat sini..maybe first time.. akak suruh dorang try roti bakar.. nak suruh try nasi dagang dan nasi lemak dorang dah  habis..tu pun sedap weh kalau korang sempat merasa..


Makan waktu sejuk2 kat luar dengan air kopi memang heavennnn..


Yessss..akak nyer roti sudah sampai.. makan dulu yek...

Okey lagi satu tempat wajib akak singgah ialah warung Aziz Satar.. kalau waktu lunch banyak lauk2 dia.. akak pernah makan ketam masak lemak yang sangat besar dan fresh dan harga dia pun tak lah cekik darah.. seperti biasa memang ramai jugak orang.. since akak baru minum petang kat Hai Peng.. aka ingat nak take away satar dan otak2.. tapi otak2 dah habis dan dorang kata tak buat dah petang2 tu sebab nak marinate otak2 tu pun dekat 3 jam..

saper yang tak tahu otak2 adalah seekor ikan yang di balut dalam daun bersama rempah dan di bakar.. berbeza dengan otak2 johor yang warna merah tu sebab dia dah proses .. akak lebih suka otak2 terengganu..

satar pulak adalah isi ikan sahaja dan ramuan lain yang dibentuk menjadi bentuk tiga segi dalam daun pisang dan di bakar.. akak memang suka satar kat sini..pedas, manis semua cukup..

Tengok kemain ramai orang dalam kedai walaupun dah pukul 5 petang.. akak yang beratur nih panjang gak..




Owh first time akak nak merasa Pais nih.. sebelum nih akak tak pernah rasa.. Pais udang ada dalam 3-4 ekor udang bersama rempah yang manis2 dan pedas sikit di balut dalam daun pisang dan di bakar.. since akak tanya penjual tu apa pais..dia pun bukak satu bagi akak rasa.. waaaaah memang sangat sedap.. apa lagi akak pun borong pais udang dan pais ikan dan satar nih nak makan tepi pantai  nanti.. sambil makan mulut akak tak henti2 cakap sedap. padahal dah belasah roti kat Hai Peng tadi huhuhuhu.. Bagi akak Pais Udang memang terbaikkkk...


Harga-harga makanan yang enak kat sini yek kawan kawan.. iskk rasa nak buat revisit lagi lah nih.. adoiiii kenapalah kemaman dari Kuala Lumpur sangat jauh yek...

Akak beli jugak keropok lekor kat sini sebab dia uli dan terus bakar kat situ..rasa sangat menarik dan fresh.. beli dua ringgit je pun.. rupa2 nya alli sangat gemar keropok lekor tu.. dah dua ringgit tu tak cukup kami sekeluarga..

Okey yek uols.. kalau ke kemaman jangan lupa singgah tempat2 tersebut yek..akak nak bagi direction tak tau sebab semua GPS yang tunjuk arah.. tapi Warung Aziz Satar nih dekat dengan monica bay...:)

2 comments:

Crimson Charm said...

sesaja jer nak komen. Akak suka baca blog awak nih. Keep it up. BTW akak penah email awak tanya psl info about your TA ke China...masa tu I believe you kat Tioman tgh cuti.

Yus said...

Thank you for comment.. at least ada jugak orang baca blog saya kan..:)))

Owh akak ke yang email tu.. saya dah balas ke belum.. lupa laaa.. ramai sangat yang email almost everyday :)

do come again:)