04 October 2012

MY NEW CANDY STORE-KIN PEUN TRADING

Pernah dengar tak pepatah english "One's Man Trash is Another Man's Treasure"..haa kena sangat lah ngan akak nih.. masuk junk store nih  macam akak masuk ke Candy Factory store.. Kisahnya akak memang lama dah mencari barang barang hotel 5 star nih.. akak nak cari bed linen tu haa.. akak suka yang jalur2 putih dengan thread count yang sangat quality.. nak beli kat kedai hok baru2 tu memang menangis merintih wallet laki akak tu..

So akak jumpa satu kedai nih dekat area-area Tesco Selayang tu.. sesiapa yang nak bagi sewa rumah fully furnish boleh jugak beli barang kat sini.. yer lah nak bagi sewa kat orang kalau barang2 baru dan mahal kalau orang reti jaga tak apa.. buatnyer orang tu memang jenis duduk dalam hutan tak reti nak hargai memang sedih uols..akak dah merasa.. huhuhuhu


Nama kedai nih KinPeun Trading.. dia dah lama beroperasi..dengan  kedai tiga tingkat banyak barang2 perabot yang boleh didapati dengan harga yang murah..  ye lah hotel-hotel 4, 5 star nih memang selalu kena upgrade barang barang dorang kan bagi memenuhi kriteria dan rating hotel mereka so barang2 tersebut akak di jual secara pukal kepada peniaga seperti ini lah.. kalau hotel2 besar nih masih guna barang sama sampai 10 tahun mau customer lari cari hotel lain...

perabot nih dorang dapat dari segenap hotel di Asia dan Malaysia dan katanya setiap bulan akan ada satu kontena yang masuk.. so kalau nak barang2 yang masih cantik rajin rajin lah datang jenguk kedai nih or call sahaja kedai tu..selalu mesti barnag yang cantik memang ada orang cepat je book..

Macam set entertainment nih dorang dapat dari satu hotel di Hong Kong.. memang berat weh.. kena 6 orang lelaki yang mengangkat nyer.. menarik tak.. tapi harga dia mahal lah.. RM1500 kot.. tapi kalau beli kat luar tak dapat harga tu sebab kayu dia memang sangat kualiti.. dan kuat..

Ini set tuk letak TV..
Kusyen tuk sofa.. kena pilih yang masih elok la.. bukan tak elok semuanya.. nak cari yang masih bersih dan nampak masih baru.. kalau suka boleh tempat sarung kusyen nih kat kedai lain kan.. uols tempah kan je dengan kain sofa dari eliza, macy or Ikea.. senang kannn
Ada sesetengan set datang dengan radio, DVD player dan Tape recorder.. jenama sony.. sebab tu harga dia agak mahal sikit kot..


Macam sofa nih dia letak RM600 kalau tak silap akak.. tapi memang berat dan kusyen dia memang elok sangat lagi.. kena tengok sendiri baru boleh judge barang2 dorang..

Antara Wing Chair yang ada kat kedai nih.. banyakk sangat tau..Lamp shade pun banyak...

Maklumlah kedai nih ada aircond memang dorang nih layan je akak yang dah rupa masuk candy store.. nih pun ada kawan ajak teman cuci mata hari sabtu nih.. akak on sahaja..

Masih cantik kan.. kerusi nih di buat dari kayu Jati tau.. so berat dia jangan main main.. kalau akak angkat memang lenguh laaa.. akak kan mak akak kata kederat Itik...

Boleh buat kerusi makan
Kerusi lagi
dah kerusi lagi..
antara side table dan console table.. perasan tak sofa warna kelabu kat belakang tu.. akak lupa nak tanya harga.. tapi memaang cantik..sesuai letak kat rumah apartment sebab saiz dia yang rendah..
Cermin dan bed side table
writing table atau boleh buat console table
Kat sini pun ada berbagai2 bentuk, saiz dan jenis lukisan yang di jual dengan harga yang berpatutan.. sesetengan orang nak beli frame dia je pun.. tapi kalau nak beli gambar2 tersebut gantung kat bilik pun okey jer..
Antara jenis jenis meja
Kerusi nih berharga RM250 dan stool tu berharga RM80.. kalau beli more than RM1000 dapat diskaun.. akak lupa berapa.. tapi tengok dulu kualiti baru boleh kata mahal atau murah..

Okey kepada semua selamat datang ke Candy store kaum wanita :))) or lebih tepat MAKCIK MAKCIK macam akak nih huhuhuhuhuhu

2 comments:

Mohamad Azham Shah Bin Johari said...

kalau kita dah beli dgn diorang, pengangkutan disediakan ke?

Yus said...

@mohd azham... pengangkutan sendiri.. tapi dorang ada contact lori kalau nak delivery... ada charge lah kan.. tapi kalau g sana nak beli barang banyak tak ada transport lagi boleh simpan kat situ dulu