21 October 2012

RESEPI MEE UDANG MAK JAH

Lama dah akak tak share resepi kannn.. hari nih akak nak kongsi resepi yang mudah tuk masak2 hujung minggu..sebab nak masak mee udang nih sungguh mudah lagi cepat kita boleh jalan2 ukur shopping mall kan...

BAHAN-BAHAN

Udang saiz XXL
(akak tak dapat cari kat pasaraya Giant..semua udang kecik uols )
Sos Cili (akak guna Kimball)
Serbuk Sup (akak guna jenama Mak Siti)
Serbuk Cili( terpulang kepada tahap kepedasan masing masing)
Bawang putih
Tepung Jagung (untuk memekatkan kuah)
Mee kuning
Taugeh
Daun Sup/Kobis/daung bawang/cili merah/cili hijau/bawang goreng
(dihiris nipis sebagai hiasan)
Garam dan Gula secukup rasa



CARA-CARANYA:

1-Udang dikupas kulit /dibuang kepala dia (kulit udang dan kepala jangan dibuang) sila rebus dan tapis untuk diambil airnya..
2- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah ditumbuk dalam beberapa ulas dalam periuk/kuali
3-Bancuh serbuk cili dan serbuk sup dalam air panas dan masukan dalam periuk/kuali
4-Setelah sebati dan terbit minyak masukkan air rebusan kulit udang tadi dan kacau sehingga mendidih
5-Masukan sedikit sos cili
6-Perasakan dengan Garam dan Gula secukupnya
7-Masukan tepung jagung yang telah di bancuh jika ingin memekatkan kuah
8-Masukan Udang (jangan terlalu lama nanti udang akan mengecut)

Mee yang telah dicelur sebentar diletak kan di dalam pinggan dan dihias dengan  daun sup/ daun bawang/cili merah/cili hijau/taugeh/kobis dan bawang goreng. Kemudian tuangkan kuah mee udanng. Sedia untuk dimakan ketika panas..

lepas makan cepat bersiap ke shopping mall uols.. mudah kannnnn..


4 comments:

azizahamin said...

terjumpa!

Yus said...

Opssss Kak Zah kah? Hahahahahahahahah

romy said said...

Hari tu pernah try, menjadi! Hari ni terasa nk buat lagi lah, tq yus for sharing! 

Yus said...

thanks romy for trying.. kekekekek sebab rasanya kat kedai mak jah pun macam simple je kuah dia.. tak ada banyak perencah tu yang senang kann