02 October 2012

PANTAI TELUK MAK NIK @ MONICA BAY

Sebab akak tersangat suka dengan pantai dan sangat kecewa dengan air laut di Pantai Cherating akak menjelajah sehingga ke Kemaman.. sebenarnya kat kemaman ada port makan yang best hahahaha..selepas singgah di kedai makan favorite kat kemaman kami singgah kat Pantai Mok Nik atau juga dikenali sebagai Monica Bay.. kebetulan waktu lepas hujan agak sejuk la suasana di tepi pantai.. lagipun angin yang kuat sangat best tau..

Seperti biasa anak bujang nih tak mo kaki kena pasir.. kena berdukung sampai kat tepi pantai
Nasib baik ada Papa yang tersangat rajin melayan.. kalau harap kan akak huh.. nak bawak badan sendiri pun asyik tenggelam kaki dalam pasir..
Kat sini ada penduduk yang memancing ikan.. dapat gak dorang ikan besar2 jugak.. Ombak memang sangat kuat tak di galakan mandi.. tapi Alli mandi gak lah.. dan nasib baik akak still bawak air tuk bilas badan dia...

seronok anak akak kalau orang tulis nama dia kat pantai.. dia pun nak tulis tapi tulisan dia memang tak cantik.. tapi boleh baca lah.. budak baru nak masuk 5 tahun huhuhuh

Jangan tak tahu.. kat Pantai Mok nik nih adalah satu destinasi penyu naik bertelur.. kebanyakan penyu Agar atau Green Turtle.. penyu belimbing satu ketika dulu memang tempat naik nyer di sekitar Terengganu Terutamanya Rantau Abang.. tapi sekarang memang susah nak nampak penyu belimbing yang naik.. dah merajuk atau memang dah mengalami kepupusan...?
Disebabkan Penyu naik di Pantai ketika suhu sejuk iaitu di waktu malam dan tidak ada gangguan dari orang ramai.. maksudnya keadaan pantai kena bebas dari orang dok melepak dan cahaya lampu.. sebab itu Pantai Mok Nik di tutup di waktu malam supaya akan ada penyu naik bertelur dan telur2 itu akan di kutip oleh pemandu pelancung yang dibenarkan supaya dapat di tetas di pusat pembiakan penyu. akak tak ada maklumat lanjut bagaimana nak menyaksikan penyu bertelur kalau berminat boleh hubungi pusat penetasa penyu di Terengganu yek... memang penyu adalah haiwan yang sangat terancam.. kalau dapat tgk real life alangkah bagusnya..

Selepas telur penyu menetas dan agak besar untuk dilepaskan.. mereka akan dilepaskan di waktu malam.. dah anak penyu tersebut akan merangkak rangkak mengikut cahaya bulan.. dan dalam 20 tahun lagi penyu tersebut akan pulang kembali ke tempat kelahiran untuk bertelur..walaupun penyu2 tersebut telah merantau beribu-ribu kilometer.. amazing kan?? hopefully kalau kita lepaskan kelaut penyu dalam 100 ekor adalah 50 ekor balik semula ke darat kan..

Sebab tak dapat tengok penyu akak pun buat lah bentuk penyu dari pasir.. anak akak subuk nak main pasir jugak.. dia nak buat race car.. hahahahahaha.. tapi mata dia asyik pandang Sculpture penyu akak jer.. adalah idea dalam otak dia..

Setelah sculpture penyu akak siap dia mula lah kata nak tolong.. memula je tolong....lepas tu mulalah dia buat aksi Ultraman
Haaaa nih lah aksi ultraman dia.. senang hati pijak penyu akak:((( iskkk memang jeles kalau hok orang lebih cantik dari hak dia..

No comments: