01 October 2012

WHEN TEACHERS MEET PARENTS

Hari perjumpaan antara Teacher dan Parent kat Little Caliph Khalifah Ilmu Sri Gombak.. .awal lagi akak dan Addy dah bangun tapi nak pergi tu tehegeh hegeh Alli nih.. dia ingat school day tu yang dia lemau sangat... Masa akak sampai dalam kul 10 pagi tu agak ramai jugak parent lain so kena tunggu turn laa.. Alli pulak dah tahu kat sekolah tak payah belajar kemain seronok dia buat macam playground dalam nih ngan kawan2 dia.. Ramai Teacher Alli tanya apa kena dengan dagu dia.. So akak cakap Alli nak jadi Pandelela.. main terjun tiruk yang tidak berjaya dalam Swimming pool..

Seronok jugak akak tengok gelagat kanak2 tadika nih.. ada yang pendiam.. ada yang aktif.. ada yang dengar kata.. ada yang malu2 sebab IbuBapa jumpa cikgu masing masing kan.. haaaaa baru terserlah perangai anak masing2.. ada yang suka tidor dalam kelas.. Alli pulak suuuuuka main dalam kelas.. tak boleh duduk diam..

Mula mula akak diberi tengok list kertas peperiksaan Alli dari awal tahun dan akhir tahun.. Alhamdulliah ada banyak peningkatan.. sekarang dia dah boleh kenal huruf dan number.. dan boleh tulis nama sendiri... masa teacher Alli tunjuk jawapan dia dalam exam tu akak siap tanya betul ke dia buat sendiri.. teacher kata student buat sendiri dan akak agak impress lah sebab kat rumah semua dia kata dia tatau.. malas pulak tu.. kalau akak bagi kerja mula2 je rajin lepas tu malas balik. macam mana lah cikgu Alli sabar betul mengajar anak akak yek..Lama jugak sembang ngan teacher.. Akak tak harap banyak pun just dia boleh membaca masa nak masuk sekolah rendah nanti.. tak perlu pandai sangat sebab akak nak Alli have fun masa tadika nih .. yer laa masa akak kecik2 tadika dulu mana akak ada strees nak belajar beria kan.. biar dia have fun in learning..

Dari segi perangai Alli dah much more better dari awal penggal dulu.. kalau dulu dia suka sangat bermain tak duduk satu tempat.main slide atas lantai.. join kelas lain menari dan menyanyi.. tapi sekarang teacher kata dia tetap aktif tapi boleh duduk kat tempat dia sambil belajar.. Communication dia dalam english jugak bagus dan akak pun perasan sebab Alli selalu jugak communicate ngan akak dalam English kat rumah.. dan vocabulary dia pun makin banyak..

Membaca pulak sesuatu yang dia agak lemah.. dalam 8 set buku yang teacher bagi dia baru habis buku no 5.. ada student dah abih buku 8 pun.. huwaaaa.. Alli nih memang malas membaca sebab tu dia agak lemah.. takper next year ada satu tahun lagi tadikanyer..


Dan seperti biasa.. aktiviti bergambar bersama teachers Alli yang sangat cute dan penyabar.. Thank you teacher sebab sangat penyabar ngan Alli.. akak tahu sangat anak akak tu.. kalau akak pun dia boleh buat darah akak mengelegak kalau bab berlajar nih.. sebab tu akak depends 100% kepada teacher dalam mendidik Alli tentang pelajaran.. Harap2 Alli menjadi anak yang solleh... Insya-Allah..

Muka budak yang buat macam tak bersalah jerrr.... sikit pun tak takut ngan teacher.. bukan macam akak masa kecik.. kalau nampak teacher dari jauh dah sembunyi balik tiang.. dulu dulu tiang tu besar dari akak..sekarang akak tak mo cakap laaa. hahahahhaahha

No comments: