23 November 2012

ANOTHER GATHERING SOON WITH SUPER FRIENDS

Satu lagi projek antara akak dan kawan kawan BAINUNIANS AND FAMILY  kali nih..tapi tahun 2013 uols.. since tahun nih homestay nih dah penuh kena booking .. takpe laa kami memang sabar menanti tarikh tersebut.. walaupun dalam hati siap melompat bintang cepat lah tarikh tu sampai.. akak lebih tak sabar dari anak lelaki akak camner?

Memamg dah lama planned nak buat gathering ngan kawan kawan Bainunians nih. dah kami berbincang tentang perkara nih selepas balik dari gathering kat Gold Coast Morib hari tu.. tapi malangnyer Homestay nih tutup for renovation sampai bukak balik Bulan October 2012. masa dah bukak order berduyun orang lain booking so tak dapat lah tarikh yang diidam tuk bulan 12. jadi kami planned tuk tahun 2013..

Rumah Dua yang mempunyai dua bilik
Akak open kat wall fb akak yang ahli seramai 58 sajer.. yes uols kawan FB akak memang 58 orang je giler anti sosial kan.. ramai sambutan uols..konsepnyer kalau berminat sila reply comment dan hasilnya ada yang malu malu tapi mau.. ada yang pantang diajak macam akak nih.. semua keputusan tarikh kat tangan akak so akak terus pilih satu tarikh dan dema setuju je.. tapi yang bayar orang lain..

Apa lagi ada orang PAYUNG penginapan uols.. lagi lah menderu orang memberi kata putus.. tak sampai 5 jam akak bukak invitation kat wall akak rasa nak pengsan buat headcount.. bukan apa.. bilik kat sini ada 6 sahaja tuk 3 buah rumah.. tapi besar dan selesa laa.. ramai nak join even kali nih. akak suka.. kalau boleh akak nak open to public tapi apakan daya.. saper cepat dia dapat kan.. kalau teragak2 memang tak dapat lah join.. nanti nak tido kat mana kan uols...

Yang bestnya dia ada private swimming pool yang tak kira pukul berapa uols nak berendam pun tak per.. tak ada restriction. kul 3 pagi kalau korang tak sejuk boleh je berkubang..

Kawasan yang damai dan tenang dari pandangan mata orang luar


Pemandangan interior rumah satu yang mempunyai satu bilik

Rumah tiga yang mempunyai 3 bilik. kalau uols berminat boleh je buat reservation utk family day, reunion, gathering office mate.. untuk MUSLIM sahaja yek..

Mana tempatnya ? Di Umbai, Melaka Uols dan boleh check it out blog limastiga.blogspot.com. dan gambar gambar nih credit to Limastiga.. nanti akak dah pergi sana baru akak amik gambar dari camera akak yek


Note: Seramai 12 keluarga yang telah setuju untuk menyertai event kali nih dan penyertaan telah ditutup atas factor bilik penginapan yang tidak mencukupi.. Tak sabar sungguh nak tunggu tiba tarikh tersebut... :)



No comments: