12 November 2012

CUTI SEKOLAH ? HOREYYY!!!!!!!

Kenapa akak beria suka gembira sebab cuti sekolah yek..? akak bukan student.. Bukan jugak  guru..

Lagipun cuti sekolah dan bukan cuti sekolah tak ada beza bagi kami sekeluarga sebab suami akak sentiasa ada di rumah 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.. (ini lah nasib orang yang memang takde office kerja dari rumah je) akak memang housewife 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (ini lah nasib seorang wanita yang tak ada kerja office ) anak akak isnin sampai Jumaat sekolah tadika di Little Caliph Sri Gombak dari pukul 8.30 pagi sampai 1.00petang..(tapi selalu ponteng)

Kenapa akak gembira sangat?? haa sebenarnya cuti sekolah nih Little Caliph Sri gombak akan mengadakan Kelas Intensive membaca dengan yuran sebanyak RM350 bermula dari 12hb November 2012 sampai 28 Dec 2012.. kelas bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.. Whatttt?? anak akak satu hari berada di sekolah.. YAhooooo!!! (akak siap lompat bintang nih)

tak pernah anak akak bersekolah sampai petang nih.. Kejam tak akak? budak lain syok cuti sekolah.. akak hantar dia g sekolah tambahan.. padahal baru 5 tahun.. sebenarnya suami akak yang nak enroll Alli program cuti sekolah nih.. dia kata sebab Alli banyak main.. tahun depan dah 6 tahun.. (isk bukan darjah 6) nanti nak masuk sekolah rendah ituew (hok idaman hati) kena ada interview.. sangat berharap Alli dapat masuk darjah 1 di sekolah yang sangat kami idamkan..

Yuran tahun depan sebanyak RM1100 baru bayar separuh.. swimming class RM500 belum bayar lagi.. kalau anak akak tak cemerlang tatau laa.. akak suruh dia masuk sekolah memasak nanti..

Owh tahun depan Little Caliph Sri Gombak akan membuka kelas sessi petang.. dari pukul 1.30 sampai kul 5.30 petang.. akak memang dah booking masuk kelas petang kerana Alli selalu malas bangun pagi..asyik akak kena buat latihan suara dengan high Pitch sampai semua jirang dengar suara akak yang lemak merdu nih..dengar kata Teacher Fara.. student 6 tahun tak ramai enroll kelas petang tak sampai 8 orang kot.. lagi BAGUS.. biar anak akak tak ada main2 macam sekarang.. :)

Tak sabar akak nak packing makanan dan barang2 dia nih.. maklumlah dari pagi sampai petang kat sekolah.. botol susu dan bantal busuk nak bagi sekali tak?


2 comments:

Kuazue Mohd said...

kah2x...bijak2..

Izzan Yong Rosdin said...

salam perkenalan.. sy plan nk masuk kan anak ke LC thun depan.. nie yg tengah baca blog ttp pengalaman anak2 yg pernah belajar di LC. Tq for sharing
jemput singgah ke blog saya follow sekali yer :)

http://izzanyrosdin.blogspot.com/