26 December 2012

ALLI AND HIS MAK DAN ABAH

sampai dua kali Alli tiup lilin tahun nih.. maklumlah ramai yang sayang.. kali nih bekas Babysitter Alli yang Alli panggil Mak dan Abah..masa alli kecil akak bekerja dan cuti dalam pantang akak cuma tak sampai sebulan so Alli di jaga oleh babysitter nih sejak masih halus lagi.. dan yang bestnyer rezeki akak di temukan dengan Kak Ha nih secara tidak sengaja memandangkan dia baru amik VSS dan tak ada apa buat kat rumah dan dia sudi jaga Alli.. Hanya Alli satu satunya kanak2/baby yang dia jaga.. memang tatang bagai minyak yang penuh.. lebih dari akak cara penjagaan nyer..dengan bersih dan kemas. sampai masa akak hantar Alli ke rumah Kak Ha nih dia belum mandi dan makan sampai amik balik tak kisah pukul berapa pun.. ada juga mencecah 10 malam baru amik.. Kak Ha memang tak kisah dan lagi suka Alli lama2 kat rumah dia..sebab anak dia semua dah besar..


Bersama cucu kak Ha yang pulang bercuti masa cuti penggal persekolahan..

Alli memang rapat dengan cucu cucu kak Ha kerana selalu Kak Ha mintak kebenaran nak bawak alli berjalan dan bermalam merata2 tempat di Malaysia.. sebab akak yakin dengan Kak Ha dan Abg Lan sebab meraka sangat berhati hati menjaga budak.. maka akak benarkan.. sebab tu Alli sangat rapat ngan Mak dan Abah dia nih dan juga cucu kak Ha.. pantang akak marah mulalah nak balik umah "MAK".. geram jugak rasanya dengan Alli nih..

Mira yang paling kanan memang membesar dengan Alli.. selang umur setahun je.. memandangkan anak sulung kak Ha tinggal dengan Kak Ha dan bekerja sebagai nurse di Hospital kajang bahagian Paed maka Mira tinggal dengan Kak Ha.. mak dia selalu kerja shift malam.. nih lah kawan baik alli Girl yang paling Alli suka..

Yang paling akak heran.. Alli dengan mereka semua nih memang tak bergaduh.. berpeluk je manjang..



Duduk pun tertib je makan.. Kak Ha yang duduk atas kerusi tu.. dia baru balik dari Haji tahun nih..


Rasa bersalah pulak sebab lama tak bawak Alli melawat Kak Ha di Ampang.. dedulu kak Ha pernah cakap rajin2 bawak alli balik ampang sebab dorang rindu..dia jaga macam anak sendiri... sejak akak duduk gombak nih boleh kira berapa kali je akak bawak Alli ke Ampang..

Note: Alli memang sangat di sayangi sebab mempunyai keluarga besar

Mama dan Papa- Me and Addy
Ayah dan Ibu - Adik Lelaki dan adik ipar akak
Mak dan Abah- Babysitter alli..

tak termasuk nenek angkat dan atok angkat alli.. harap harap tak lupa kasih sayang mereka...

No comments: