06 December 2012

FERRARI LEGO SHELL PROMOTION

Uols ada suami yang macam kanak? Akak adaaaaa.. (sila baca dengan penuh nada bangga.. Masa Shell buat promotion Lego Ferrari tu siapa yang paling teruja nak beli merchandise tu? dalam family akak laki akak yang paling terkinja kinja dan seronok bila minyak kete abih..

Patut laa dia suka sangat bawak akak pusing pusing bandar waktu malam.. supaya minyak cepat abih.. boleh tuang RM40 dan boleh beli menan lego kat shell gas station nih.. dan buat akak tepuk dahi.. kete akak tak pakai Shell.. pakai esso je.. terus mamat nih berubah hati pakai minyak shell.. cepat benar ko berubah fikiran yek daling. dah curangggg !!! Pandai shell buat marketing yek.. kalah marketing boiboi boy kat Petronas...

Cer tenung.. cer tenung siapa yang paling tekun mengulangkaji Ferrari lego nih.. anak akak dia suruh pasang tayar jer.. konon nak bagi up sikit nama berkerja sama.. owh kalau tuang minyak dapat free kete lego nih suka gak hati akak.. tapi kena beli yek RM12.90 sebijik.. dannnnn.....

dia ada 6 bijik kereta.. darab lah sendiri yek.. tak habis kat situ jer.. dia ada orang lego tiga ekor yang kalau tuang minyak V-Power je boleh beli.. sangguppppp.. demi lego.. spender bini dah banyak tak leh pakai tak per.. hold dulu.. janji lego dia dapat sampai complete set...

Bukti yang dia beria nak bende nih.. sanggup bawak akak minum petang kat setapak jauh sikit semata mata nak bagi minyak habis dan boleh beli lego lagi.. akak cakap sabar lah dulu ... pasang lego nih kat rumah.. dia nak jugak walaupun anak akak tengah tidor atas riba dia..

dan malam tu ditakdirkan nasib dia.. bangla yang jaga kounter shell tu bagi beli banyak2 sekali walaupun tuang RM40 je.. apa lagi dia hangkut lah sekali banyak dan yang dah ada pun dia beli jugak sebab katanya nak simpan wat kenangan dalam plastik.. kad cinta akak dulu tak nak dia frame buat kenangan gantung kat dinding kann..

Siap beli display set sekali.. ini sudah lebih,,,uols tahu berapa harga display set nih? RM60 hokeyyy

nampak tiga orang lego kat depan  dan alatan bengkel tu.. kena isi V-Power baru dapat beli taw
Haa kereta dah simpan dalam garaj dia.. kiralah total dia habiskan duit supaya complete set nih? RM150.30 yek.. tak termasuk minyak yang telah di bazirkan supaya dia boleh isi minyak banyak kali setiap RM40=1 Lego..

Dah complete baru nak ajak  beli spender akak kat Giant hypermarket yang harga RM12.90 tuk 3 herai.. kira berapa banyak spender akak boleh beli kalau akak gadai lego Ferrari dia nih :)


No comments: