15 December 2012

HAPPY 5TH BIRTHDAY ALLI

15 December 2012 genap umur Alli 5 tahun.. yeaaa dah besar dah.. sebenarnya akak tak plan nak buat majlis harijadi for Alli sebab we all dah plan vacation tuk dia.. ye lah kalau buat party kena buat kat tempat yang selesa.. rumah akak kecik jer. .mana muat.. akak tak mahu lah bersesak sesak dalam rumah tak selesa.. dewan pun dah fully booked kalau december nih. maklumlah musim orang kawen.. akak nih kalau buat majlis tak leh buat sikit2 at least kena jemput 100 orang.. sedara mara pun dah dekat 40 orang hahahaha.. Family we all memang besar dan rapat.. so memang kena plan betul betul

Tapi kebetulan 15 December 2012 jatuh pada hari sabtu.. so pada Jumaat tu tetiba Addy kata moh kita buat makan2 family jer..so kalam kabut lah akak whatt app kat family group kata pada hari sabtu ada makan lunch sempena birthday Alli.. banyak lah request nak makan kul 10 pagi laa.. iskk biasalah family kan.. masing2 ada hal lain sebelah petang..

Akak beli barang nak masak kat jusco jer dan segala goodies tuk anak sedara semua kat jusco Au2.. senang setempat. dah masa pun limited.. ada hati nak g tengok wayang gak huhuhu.. mana sempat weh.. kat umah nak kena kemas esok pagi pagi nak masak dah.. kena buat kerja cepat2.. maklumlah last minutes..

Selepas Alli tidor baru leh susun goodies bag nih.. Alli pun macam tau je birthday dia esoknyer.. siap tanya mama tak buat cake ker? penat wehhh..
Tengah malam memanjat dinding gantung deco yang simple nih..
Jenuh jugak Addy meniup belon.. akak memang tak lah nak tiup belon nih.. kalau suruh akak panjat boleh sajer..Antara menu masakan lunch esok adalah ala kampung je..

Ayam goreng berempah
Sayur goreng belacan empat sekawan
Request dari my aunt nak jering...
Ikan siakap masak banana leaf
Sup fish ball fav Alli
Heheheh akak silap beli ikan.. makcik akak tak makan ikan siakap. dia makan ikan kembung jer.. akak pi beli ikan selar kuning.. kekekekke akak mana kenal ikan kembung uols..sama jee rupa dia..

Sambal belacan dan sambal tempoyak home made.. tempoyak tu manis lagi sebab akak buat dari durian baru..

Akak tarik meja akak kasi panjang melintang rumah

Pagi2 Alli dah bangun menunggu guest.. dia ingat akak jemput kawan sekolah dia.. sebenarnya akak jemput anak saudara dan bapa saudara dan nenek saudara je.. heheheh- Best tak hadiah birthday dari Mama?

Rak mainan Alli dan Addi nih awal2 lagi dah kena gam dengan duct tape.. maklumlah ramai mata kanak2 yang memandang kat sini.. kena be careful

Alli menunggu semua datang sambil main Ipad Hadiah dari Mama (sib baik sorang je anak, kalau ramai mau jual tanah mama nih)-mama bagi tapi duit papa okey !!!! ngeee

Kan by 12.00 dah penuh rumah.. tu pun ada lagi adik akak nyer family tak sampai lagi..

Yeaa acara potong cake.. akak beli kek aiskrim dari baskin robin je..sebab semua orang suka makan aiskrim..

Semua budak dan yang tak berapa budak memang aim for cone ice cream kat topping cake tu..

Yeaa hadiah dari Papa..suprisedddd.. kemain happy muka alli
Cousin bekerja sama membuka hadiah..semua sangat excited..

Finally Aaila aka Cik Bunga.aka cik Bam Bam pun sampai dengan montelnyer.. semua orang berkerumun dengan Cik bunga nih.. the boys memang tak layan laa. tapi cik bungan sangat behave okey..baru 7 bulan tapi kuss semangat...

Kalau tak makan dia minum.. now i know mana dia dapat bentuk badan yang montok tu..

And hadiah alli terus menjadi pujaan cousin dia.. selepas puas bermain dorang pergi terjun kat pool dan kemudian naik balik dan main mainan nih sampailah Ipan menangis nak bawak balik bende nih.. hahaha.. nampaknya Ayah dan Ibu kena put aside duit bonus beli benda nih kan...kata bonus 9 bulan.. banyak tuuu..


No comments: