31 December 2012

HOTWHEEL SUPER RACEWAY CHALLENGE

Pada sabtu 29-12-2012 berlangsung race hotwheels pertama alli register.. punyalah exciter PAPA Alli.. malam dah pukul 12 pun tak tidor sibuk kilatkan kete dan spray memacam kat tayar supaya bagi laju.. dah sabtu nak race kan.. punyalah alli boleh masuk banyak race sebab dia ada 8 resit tuk participate.. giler tak Papa Alli dok beli hotwheels jer...

Event berlangsung kat Giant.. Papa alli bercadang nak masuk race pukul 12 tengah hari walaupun dia ada 3 session.. hadiah dia agak lumayan dan bernilai ratusan ringgit jugak..

Pagi2 kul 10 alli dah start prektise kat trek.. senang je letak kereta pastu tekan dia akan slide kat dalam trek tu kemudian kat bawah tu ada timer keter mana yang dapat no 1 sampai 6

Setelah puas hati Alli Papa alli telah memilih dua bijik kereta.. tak masuk sampai 8 kereta sebab standby kalau nak masuk lagi competition nih waktu petang dan malam nanti

Okey first start.. saringan.. Alli sangat nervous okey!!!!

Pastu kete dia tak menang.. so saringan lagi 5 kereta nak pilih 3 top cars..

Alli dah mula muka badmood sebab kete dia kalah...
Dah start gigit jari.. still tak ada nasib.. kesian lak dia..

PAstu hanya kereta top 3 sahaja yang bertanding merebut 3 hadiah pertama dan kedua serta ketiga.. Alli sangat sedih....
Menangis okey.. tapi Papa alli pun sangat frust.. peluk alli ketat ketat.. sedih sangat.. so Papa alli decide nak beli jenis kereta yang jadi champion tadi dengan mission lebih giler.. nak masuk race tuk pukul 4 nanti... gilerrr.. dia nak masuk kan 6 kereta dia..

okey first saringan nih semua kereta Alli.. so 3 kereta terpantas dia akan masuk tuk bersaingan dengan kereta orang lain yang top 3 saringan kedua.. dahsyat tak Papa Alli All out.. sebab dia tak nak Alli frust lagi... sayang nyer Papa alli kan.. so Alli ingat pengorbanan Papa yek!!!

So dah dapat 3 kereta terpantas alli.. suka lah tu sebab dapat masuk final

Peluang 50:50 sebab satu trek ada 6 biji kereta dan 3 daripada tu kepunyaan Alli.. kalau tak dapat no 1 at least boleh sangkut no 3 kan...btw kereta Alli warna hijau tu yang paling laju..

Start....
Okey saringan lagi sekali
Alli dah tunjuk muka happy sebab kereta dia banyak kali menang...

Okey finishhhhh.....

Alli championnnn!!!!!!

dan tempat kedua pun Alli!!!!!!.. satu lagi kereta alli dapat tempat ke empat.. dah dapat dua hadiah tu memang muka dia lain sangat.. terloncat loncat. pastu akak cakap... kalau Alli malas belajar nanti sekolah tak bagi hadiah.. best kan kalau dapat hadiah... happy sangat dia

terus pasang kat bilik dia.. satu lagi kat balcony.. tak muat nak sambung...


Punyalah banyak hotwheels alli kan akak sampai muncung gak lah ngan Addy sebab dorang berdua memang selalu tuju tempat hotwheels kalau ke shopping mall dan punya lama kat situ pilih kereta. so akak kena ada girls jugak peneman akak nak cari dress dan kasut dan make up dan house decoration.. sure bestttt...

No comments: