07 December 2012

SRI ACAPPELLA SERVICE APT SHAH ALAM


 Baru baru nih BFF akak dok datang KL sebab ikut laki dia g kursus or seminar.. since dia dapat allocation accomodation dia tak mo duduk kat rumah merpati akak.. maklumlah dia dah ada Rumah baru.. Serius akak tak pernah tahu pun kat Sri Acappella Service Apartment nih ada buat rental tuk guest.. harga dia pun aaamat berbaloi.. area Shah Alam dan facilities dia pun okey..

kalau uols nak info lebih lanjut sila tanya cik google atau call this number yek 603-5518 2188 for reservation.. harga dia memang murah..
Bilik suite..
Mula mula amik bilik suite je.. ye lah tak tau pulak ada bilik satu bedroom, 2 bedroom dan 3 bedroom bagai kan.. since office husband dia dah booking terima jer lah.. masuk masuk memang cantik dan kemas bilik dia.. tapi memang limited lah space nak gerak dengan anak keliling katil kann.. harga dia pun murah je RM170++ rasanya tuk satu malam... masa we all g lunch tanya lah jugak apa yang ada kat sini. so dorang bagi tau kalau nak upgrade bilik boleh sebab ada satu bilik satu bedroom available tuk dorang.. Apa lagi terus setuju lah kawan akak nih.. so kami pindah bilik

Ruang Bilik Tidor
Bilik memang sangat besar..dengan rate RM230 memang sangat berbaloi.. serba serbi barang ikea dan sangat lengkap okey.. best lah jadi tempat berkubang selama 4 hari kannn

Bilik Air yang sangat seksi.. cermin pintu see thru okey !!!!


Nasib baik jamban dia ada pintu.. kalau tidak tak seksi dah taw.. hiksss

Ruang balcony kat dalam bilik tidor.. tapi tak boleh bukak dan lock.. takut guest terjun kot

Kawasan ruang tamu.. pun sangat selesa dan ada kemudahan astro jugak yek.. yang paling best setiap ruang dalam Apartment nih dilengkapi aircond dan kipas.. memang sejuk beku dalam nih senbab semua pasang full blast.. termasuk masa memasak kat dapur.. kelas kaaan.. akak siap masak nasi ayam kat sini.. best ramai ramai berkampung.. tapi akak tak tidor sini..sebab anak akak sekolah kann


Ruang dapur yang selesa dan lengkap dengan peralatan memasak.. peti ais pun besar.. memang korang bawak bahan bahan memasak je.. kalau nak beli bahan mentah Giant Shah Alam dekat je.. takpun keliling apartment nih ada je tempat makan.. macam Tupai Tupai tu depan apartment nih je.. tapi tak sedap dah mahal.. huhuhuhu.. dan best nyer kat dapur di pasang Aircond.. seronok memasak tak berpeluh pun..

Kat sini lah tempat yang paling happy tuk kanak2.. swimming pool sepanjang 25m dan lebih kurang 1.5 meter dalam.. untuk kanak2 pun ada..

Kolam renang kanak kanak

Jakuzi area rasanya..

Penerjun tiruk Shu Lela.. (pelapis Pandeilela)

Kawasan apartment nih memang sunyi dan macam tak ada orang je.. damai sangat.. ni pun we all sajer yang berkubang kat pool nih.. memang sunyi dan bersih..sesuai tuk sesiapa yang nak berkunjung di Kuala Lumpur dan mmerlukan ruang tuk tinggal serba lengkap tanpa kempis poket..

1 comment:

ketikketok said...

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS