31 January 2012

BILA CUTI DIPAYUNG

Korang tahu tak makna payung.. ? heheheh maknanya di tanggung sepenuhnya lah.. al kisah akak ngan kawan akak yang sebaya masa sekolah (tapi dia nampak lagi TUA) opsssss.. bercadangan nak bercuti bermandi manda dan macam-macam lagi lah cuti sekolah bulan tiga nanti... Kawan akak nih suh akak booking kan bilik maklumlah kalau nak bergembira tak bleh sorang2 nanti jeles pulak kann..

Nak bagi meriah sikit akak ajak kawan2 yang agak available nak join sekali.. masa first round invite ada yang kata tak leh pergi sebab laki kena kerja.. lepas tu masuk lak kawan akak yang sorang lagi.. sekali dia kata tak per aku bayar duit hotel .. korang nak berapa bilik???? TERUS kawan akak yang tak available menyanyi riang lagu khatijah ibrahim dan menyatakan persetujuan nak join walau tanpa suami di sisi.. haaaaaaa gituew ko.. semangat nih...

Akak dengan ala2 malu2 kucing terima jer lah.. dah cukup dah kaum kerabat akak ajak..dari selatan sampai utara... lepas tu boleh kawan akak yang nak payung hotel nih kata banyak tu jer.. ajaklah abg yang hitam manis tu sekali.. wahhh akak segera angkat phone kaco dia tengah study nak exam tu.. apa lagi menari hindu lah dia kat penang nak ikut jugak.. dah nama PAYUNG.. memang ramai yang nak ikut.. tapi akak memang suka ramai2..sebab lagi meriah ...

So semalam akak dah terima reservation booking number.. dah confirm 6 bilik uols..cepatnyer dia bayar yek..sungguh efficient.. akak bagi tau jer bilik berapa nak tak sampai 30 minit semua dah settle bayar.. esok akak nak call dan check kalau boleh nak request bilik ngadap pool or beach... alang2 cuti berpayung biar hebat kan kan kan kan...

Note: Errr.. publish rate tuk satu bilik semalaman adalah RM400.. lepas dapat diskaun berapa lah kawan akak kena bayar yek... !!!!

19 January 2012

VISIT LUMUT

Okey kan dah tertangguh citer pasal akak gi Lumut pada tahun baru 2012.. alkisah akak sambut new year di sana sempena mengimbau kenangan di Lumut masa akak kecik kecik dulu.. Kebetulan Uncle akak masih berkhidmat kat Lumut... since Uncle akak pangkat besar kat sana so akak buat base Lumut tu macam kawasan rumah akak jer.. senang je keluar masuk..lagi best kalau keluar naik kereta dia.. siap tabik hormat lagi.. tapi abg abg navy sungguh cute lahhh

First lawatan akak ialah ke Hangar Heli TLDM.. akak punya jakun sebab akak nampak super link.. tapi super link tu akak leh main terjun2 dan naik jer.. tak gerak lah pulak tak merasa akak nak terbang ke udara naik superlink.. Uncle akak ada Heli Fennec (macam nih ke eje dia).. memang ada khas heli yang dia punya so memang sakan lah we all bedal.. Uncle akak kalau nak pergi KL dia naik heli turun sungai besi.. dia kata best kerja kat unit udara.. kalau bosan duduk kat base leh terbang2 naik heli.. akak pun suka kerja macam tu..

Asal akak nak bergambar jer mesti semua nak menempel sama.. err biasalah akak takder camera.. pakai camera adik akak.. tapi macam akak punya jer...

Lepas bosan selangkar heli we all selongkar kapal perang lak.. kami naik KD Kelantan.. Kapten Kapal tak ada so uncle akak suruh salah seorang pegawai yang muda belia bawak akak dan family tour dalam kapal. macam2 we all test.. nasib baik pegawai tu layan baik jer dan sabar dengan karenah keluarga akak yang huru hara nih..
Addy memang suka sangat lah dalam nih..semua benda dia test.. dan macam2 dia tahu.. uncle akak rajin layan Addy nih sebab dia memang berminat dengan military nih..

Alli memang susah nak duduk diam kalau bergambar

Konon2 akak nak posed macam Titanic Kate Winslet.. tapi tak jadi lah pulak sebab cutting lari hahahahaha

Dengan keluarga baru akak.. adik ipar akak pun seronok posing dengan meriam atas kapal.. nasib baik peluru tak load..

Ni lah pegawai yang cute saaaaaaaangat assist we all dalam kapal.. tunjuk je mana we all nak pergi.. dia bawak.. dah lah panas terik kat luar.. sampai dalam bilik mandi dan tempat tidor pun we jengah..sejuk je dalam kapal tu..

Setelah puas ronda-ronda we all pergi ke mes pegawai dalam kapal,, siap ada hidang air lagi.. pastu dalam bilik mes nih ada karaoke set dan xbox lagi... syokk wooo..

Sebelum keluar kapal.. dorang kena tabik uncle akak.. memang procedure macam tu so akak amik kesempatan nak buat acara tabik sekali tapi adik akak sempat jugak nak menyelit..iskkk tak kasi chance langsung..

Melawat rumah akak masa akak sampai tingkatan 4.. rindu pulak dengan suasana tenang dan aman kat sini..

Model block kah tu? Dah banyak perubahan.. kebanyakan rumah dorang tengah renovate supaya lebih selesa dan nampak baru.. maklumlah rumah lama.. tapi banyak sungguh kenangan dan pengalaman di sini

Sekolah rendah akak yang berjaya mendidik akak sehingga mendapat 5A dan mendapat tawaran ke Asrama Penuh di Ipoh..

Owh kebetulan adik lelaki akak punya birthday 1 January.. so we all celebrate sekali makan ikan bakar.. adik pompuan akak belanja sebab dia dah dapat vitamin B.. adik lelaki akak pun lebat jugak Vitamin B.. akak jugak yang kurang Vitamin.. huhuhuhu
Ini lah uncle akak yang tersangat sporting tu.. rumah dia betul2 atas bukit dan memandangkan dia tinggal di banglo atas tu dengan ada 7 bilik so we all stay kat rumah uncle akak nih selama dua malam.. Terasa nak pergi lagi.. tapi akak nak tunggu kapal selam belayar ke Lumut lah.. (tak boleh panggil menyelam sebab katanya tak menyelam pun kapal tu).. until next time.. thank you very much..

18 January 2012

SPORTY WEDNESDAY

hari nih hari Rabu.. Alli pergi ke kindy school pakai baju sukan..


akak hantar alli lambat sikit dalam 5minit lewat so akak tunggu dia sekejap sebab macam best je tgk dorang buat xtvt kat luar.. tetiba akak rasa respect kat cikgu2 alli nak handle punya ramai kanak2 yang tentunya memerlukan kesabaran yang tinggi.. mana tak nyer cikgu betulkan barisan yang kiri yang kanan dah senget dan huru hara.. betulkan barisan kanan, kiri pulak dah hilang haluan.. heheheh akak surrender awal2..


Alli pulak macam x kasi mama dia nih dok ngintai sekejap2 bagi isyarat suh balik.. maka akak beransur pulang lah...


ada swimming class bulan feb tuk alli fee dia rm500 tuk 12 session.. akak nak pikir dulu sebab bukan sebarang org boleh handle alli nih.. dia terlebih berani terjun kat kolam yang dalam walau tanpa floater... Papa alli suh gak dia enroll nanti akak pikir dulu.. susah gak kalau anak terlebih berani nih..


Published with Blogger-droid v2.0.2

NASI LEMAK TELUR...

Akak suka makan nasi lemak.. kalau pagi2 akak prefer makan nasi dari makan roti atau kuih.. Perangai akak nih akak tak suka beli nasi lemak kat satu tempat jer.. akak akan round semua gerai kat area rumah akak lepas tu akak bagi markah.. gilerr kan.. akak nak cari nasi lemak yang best kena lah cuba satu satu.. gigih tak akak nih..

Okey sebenarnya akak nak citer pasal nasi lemak tambah telur.. selalu kes akak jadi macam nih

Akak: Makcik berapa harga nasi lemak biasa (nasi+sambal+kacang+telur rebus separuh dan timun)
Makcik Jual Nasi Lemak (MJNL): RM1.20
Akak: Telur Mata berapa?
MJNL: lapan puluh sen ..

Owh dalam kepala otak akak nih congak kalau nasi lemak biasa tambah telur mata dah jadi dua hengget.. okey lah tu..

Akak: Okey makcik saya nak nasi lemak telur mata satu...bungkus yek....

Balik rumah dengan semangat terus bancuh air teh o panas.. sekali selongkar bungkusan nasi lemak tu ehh mana telur rebus aku.. owhhh kalau dia bagi telur mata dia tak bagi telur rebus.. harga sama lak.. takper esok try tektik lain pulak..

esoknya di kedai yang sama akak mintak nasi lemak biasa.. pastu baru dia nak bungkus nasi tu akak terus kata nanti dulu makcik saya nak tambah telur mata satu... Berapa yek semua? makcik tu kata Dua hengget .. hahahahahahahh sekarang dalam nasi lemak akak ada satu telur rebus dan satu telur mata.. tapi harga sama.. bijak kaaaaaaaannnnnnnn...

Okey uols.. selamat makan nasi lemak telur mata....daaaaa

09 January 2012

GREAT JOB

hari nih alli berlari ke pintu rumah since papa dia jemput.. akak tunggu kat rumah je.. rupa rupanya nak bagi tau teacher bagi sticker great job... apalah yang dia telah buat yek.. lepas tu macam2 dia citer teacher suh dia lukis lah... pastu terus nak mandi complete set brush teeth,syampoo..


owh dia citer kat school dia berak pastu dia basuh sendiri guna tangan kiri... amboiii amboiiii.. kalau kat umah semua main jerit mama jeee...


great job alli.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.2

05 January 2012

FIRST DAY PRESCHOOL

akhirnya hari yang ditunggu pun tiba... Papa alli berusaha balik kerja kul 6pagi sampai rumah.. alli pulak kul 6.30 pagi dah bangun semangat nih..


lepas mandi dia tetiba tak nak g school.. cuak gak akak.. dia malu or takut kot.. maklumlah akak selalu kata kalau nakal teacher marah.. tapi pujuk2 nak jugak dia pakai baju skolah.. pastu kata tak cantiklah.. pastu gatal lah.. nak pakai t shirt je... adoii


seawal kul 7 suku dah keluar rumah nak breakfast.. lalu sekolah dia.. pastu ada lah teacher tunggu kat pagar dan ada budak2 dah sampai dgn ibu bapa menunggu.. dia boleh kata mama ramai org kat school.. jom kita balik lah tak muat dah school... amboiiii alasan sangat


masa nak ajak g breakfast dia malu nak turun kete pakai baju sekolah.. nak tinggu dalam kete sampai papa dia kena dukung baru nak keluar makan...


dalam kul 8 sampai kat sekolah.. dia terus pakai beg jalan pelahan2 salam ngan teacher terus masuk kat porch sekolah bukak kasut sendiri dan simpan kat rak.. mama dan papa tak dibenarkan masuk kat porch pun... terharu gak tgk dia dah pandai bukak kasut sendiri.. mama dan sedih.. tunggu sampai 8.30 dan alli x nampak batang hidung dah.. ada gak dalam 5 org budak nangis... biasalah kecik lagi.. harap2 alli okey.. x sabar nak amik dia kul 12 nih nak tahu citer dia..


Published with Blogger-droid v2.0.2

04 January 2012

LITTLE CALIPH PRESCHOOL SRI GOMBAK

Esok hari pertama alli akan bersekolah tadika.. suspend gak akak nih.. maklumlah umur 5 tahun baru nak masuk sekolah.. orang lain umur 4 tahun dah start membaca..


pada mulanya akak nak register kat CIC sri gombak tapi penuh lah pulak.. yuran dia pun agak mahal dan nak register anak pulak rasanya macam susah.. nak jumpa guru dia pun nak kena buat appointment.. or dalam website dia ada tulis tak boleh sembarangan nak naik ke kelas budak2 tu.. sebelum akak register anak nak jugak tgk environment kan...kalau berkenan baru antar..


so lepas akak balik dari port dickson hari tu terus akak g ronda area seri gombak dan akak nampak satu preschool yang agak meyakinkan kerana medium islamic and english.. walaupun tempoh pendaftaran dia dah tamat akak call jugak dan teacher farah yang lemah lembut angkat telefon.. dan akak terus berjumpa face to face dan bertanya serba sedikit dan akak berpuas hati... dan alli nampak suka dengan tadika ini.. setelah membayar yuran tahunan rm1k dengan rasminya alli akan bersekolah di lilttle caliph pada esok hari.. semoga alli menjadi anak yang terang hati mendengar ajaran guru..


note: beg sekolah hadiah hari jadi dari tanty dan uncle.. dalam tu letak jugak botol susu dan extra pants kot kot kalau terkucil.. teacher kata suh standby bawak susu walaupun alli kata dia malu ngan friends..


Published with Blogger-droid v2.0.2

01 January 2012

HAPPY NEW YEAR

Hokey hari ini akak baru balik siri jalan2 hujung tahun bersama family.. banyak posting yang akak nak update later2 yek..

first.. Selamat Hari Ulang Tahun kepada adik lelaki akak yang ke 34 tahun.. yess uolsss dia lahir pada tahun baru dan we all celebrate dengan makan2 ikan bakar di tepi pantai di lumut.. tapi adik pompuan akak belanja..sebab depa dapat double bonus.. akak dapat double chin.. hehehe

second.. akak terhutang satu posting pasal pengalaman bercuti dengan family babysitter akak di Port Dickson dan akak akan update bila akak dah copy semua gambar..

third... percutian family akak ke Lumut di Base TLDM sempena mengimbau zaman kanak2 akak di sana.. sangat happening hokey sebab uncle akak masih bertugas sebagai abg Navy kat sana.. we all dapat naik heli, naik kapal sambil diiringi abg2 navy bagi explanation.. since uncle akak pangkat besor maka segala urusan kat sana begitu mudah dan gembira.. tak de saper nak marah kalau we all buat kapal tu macam kapal we all.. sib baik tak berjalan kapal tu.. heheheheh

note: satu pertanyaan cepu mas dari laki akak: berapa yek gaji anggota (bintara kanan-sarjan) kat sini.. pastu akak cakap lah dalam lebih kurang RM2,XXX.. pastu tetiba laki akak kata.. iskk kalau gaji i banyak tu tak mampu lah nak beli bedak dan kaler2 kat muka u yek...awak sapu lah pakai tepung je...

pastu akak jawab.. (berani menjawab nih) i tak kisah pakai tepung gandum sapu kat muka i as long jiran sebelah pun pakai tepung gak.. bley????

HAPPY NEW YEAR UOLS....