19 April 2012

PARENTS TEACHER MEETING

pada 14hb lepas ada perjumpaan guru dan ibubapa di Little Caliph Sri Gombak... masa nih lah cikgu Alli akan beritahu progress dan perkembangan Alli di sekolah

Okey akak cuak tau..sebab akak memang tahu anak akak nih banyak alasan kalau nak belajar.. penat lah.. ngantuk laa.. lapar laa.. akak ingat kalau kat sekolah dia boleh lah.. rupa rupanya adoiiii.. dia lebih jadi macam yang berhormat atau wakil rakyat kat sekolah dia..

Kalau time belajar memang dia punya kerja tak pernah siap.. dan buku mewarna dia memang tak habis kaler pun.. rambut kaler merah.. muka kaler hijau.. tapi kalau time berhibur atau menyanyi memang dia yang paling suka....kelas sebelah ada nyanyi2 dia sbuk nak tengok. satu lagi perangai dia.. kalau teacher tegur dia.. dia akan merajuk dan duduk bawah meja..sama perangai dia buat kat rumah.. manja lebih kot..

Tapi dari segi berkawan dia memang amik berat dan berkawan dengan semua orang termasuk budak umur 6 tahun.. memang pandai berkawan nih..


Berdasarkan penerangan cikgu..Alli sangat aktif macam tatau penat.. tak ada lah tidor kat sekolah.. lagi satu sifat amik tahu dia..kalau kawan kat belakang sekali kelas ada masalah..dia sure tahu dan dia akan pergi ke meja orang tu tanya macam macam,,, sejibik rupa wakil rakyat...

Akak tanya cikgu murid lain ada yang dah pandai menulis ker? dan cikgu kata ada.. tapi akak cakap ngan cikgu maybe alli nih lambat sikt sebab dia lahir bulan dua belas..kalau ikut umur dia baru 4 tahun 4 bulan...

Tapi dalam tu akak dok cuak gak.. dah lah pelat tak hilang-hilang. akak pergi kedai buku nak bagi dia latihan kat rumah.. setiap pukul 9 malam memang tak ada TV, Computer, Games allowed during this hour...
Hari pertama cukup dengan huruf A... siap beli chop lagi sebab cikgu dia kata Alli suka kalau dapat chop..
Alhamdulillah.. Alli nak belajar.. tapi penuh dengan air mata akak dan Alli lah..akak memang kurang sabar.. respect betul lah sesiapa yang sanggup jadi cikgu nih.. dengan anak akak pun jenuh akak tangan tangan kan..apa lagi anak orang nanti...

Hari kedua... huruf B

Hari ketiga huruf C.. ada improvement cara pegang pencil
Setiap kali pukul 9 dia ingatkan akak nak belajar.. dia memang suka belajar tapi kena duduk sebelah dia dan perhatikan dia buat..sebab dia suka pujian... masa buat huruf C nih laju dia menulis.. maybe senang kot...

Huruf D
Tulisan dia makin cantik dan makin kurang salah.. dia dah pandai control pensel tu.. akak bagi dua cop dan tiga bintang.. tak sudah2 dia cium pipi kita say thank you..

lepas belajar menulis..satu hari satu lukisan dia kena warna.. dia memang minat.. dan makin cantik dia kaler.. akak bagi dia guna crayon.. sebab kalau pakai pensel kaler dia kata lambat habis.. crayon kan besar2 mata dia...akak beli yang quality baik punya dan tak kasi bawak sekolah nanti banyak idea dia nak menconteng pulak.. sebab crayon nih kaler dia terang dan senang lekat..

Hari pertama dia kaler agak comot sikit...

Hari kedua ada improvement sikit.. akak ajar dia teknik kaler jangan bagi comot...
Dah boleh mewarna dengan agak baik.. lepas mewarna mesti nak chop... bagi jer lah

Bulan 5 nih teacher kata ada assessment..macam exam lah.. kena gigih akak nak mengajar Alli nih.. nak jugak dia sama pandai dengan anak orang lain...makin banyak lah drama air mata ibu dan anak lepas nih...


18 April 2012

NAK BALIK KAMPUNG

Haaa esok dah Khamis??? alamak terlalu banyak masa akak habiskan streaming online citer korea yang buat akak melekat kena paku kat kerusi nih sampai satu apa kerja rumah akak tak buat.. basuh baju pun selang dua hari.. lepas sidai nak melipat akak longgok dulu dalam bilik satu lagi.. pemalas sungguh.. ini semua pasal edan montel yang bagi link citer korea tu lah..

Sekarang akak hanya mampu tengok segala damage yang telah berlaku kat rumah akak.. habuk tak berelap.. sarung sofa dah hitam.. sampai tadi laki akak sebelum pergi kerja dah cabut semua sarung tu dan rendam dalam bilik air.. maksudnya nak tak nak akak kena lah juga membasuh kejap lagi..malam nih dia kerja night shift so sengsorang lah akak buat kerja nih...

Esok dah nak balik kampung.. Addy start off day hari Khamis sampai Ahad.. alang2 tu Alli ponteng sekolah lah hari Jumaat nih...fuh akak kena away dari komputer nih.. banyak kerja nak buat.

1) Basuh baju dan sarung sofa.. tukar cadar katil sekali
2) sambil tu lipat baju yang menimbun dan packing baju
3) lap segala habuk dalam rumah
4) sapu sampah dan buang habuk kat kipas
5) mop satu rumah
6) cuci bilik air
7) masak air supaya ada stock air putih dan air sejuk
8) bersihkan peti air dan buang sayur yang tak bermasak dan layu
9) kemas dapur dan pinggan magkuk

Perghhh mampukan akak nak siapkan malam nih.. mau tak tidor malam.. tak per akak punya salah..akak kena tanggung.. adoiii... sementara nak start kerja akak berangan lah dulu kerja akak dah siap.. akak g blog walking dulu naaaa... citer korea kena hold dulu..



Note1: as pukul 8 malam masih berada di depan PC download siries CSI dan How I Met Your Mother.. (bila nak start buat kerja pun tatau)

OFFER LETTER SUDAH DAPAT

Offer letter sudah dapat... semua term sama macam previous Addy kerja kat kompeni nih dulu, cuma sekarang kalau nak resign walau dalam probation period ialah 2 bulan.. fuh.. akak senyum part tengok jumlah gaji jer uols.. (dalam kepala siap berangan macam macam nak beli dan tempat-tempat nak jalan)
 

sekarang tiap tiap malam bantal peluk akak nih ada kat sebelah yek lah.. tak de lah akak tidor sengsorang macam selalu kalau dia shift malam... dah lama tak balik kampung nih.. so minggu nih boleh balik sebab off day jatuh pada hari Khamis sampai Ahad.. anak akak ponteng lah sekolah hari Jumaat tu...

16 April 2012

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Kidzania.. kidzania...dah bawak anak uols kat sini ker? lokasi terletak di sebelah Ikea yek.. Kidzania nih bukak pada hujung February 2012.. baru lagi kiranya... Seronok? kalau uols berumur 15 tahun ke bawah memang seronok.. dan kalau berumur macam akak nih... (malu nak ngaku excited gak) hahahaa.. zaman akak kecik dulu mana ada macam nih.. main guli jer.. tak pun main rounders.. kengkadang main  batu seremban tepi longkang maktu petang..

kaunter beli tiket
tiket bagi kanak kanak (4-17 tahun)  adalah RM55  dan bagi kanak2 berumur 8 tahun kebawah di kehendaki di temani oleh ibubapa.. dan bayaran tuk dewasa (bawah 60) RM35..untuk senior citizen RM30.. jangan risau kalau anak uols nak main kat dalam nih..dunia dalam kidzania memang selamat... in fact uols kena biar mereka berdikari dengan daya cretiviti masing masing..

Setiap pengunjung di beri gelang keselamatan dan akan di scan ketika melalukan aktiviti dan selepas melakukan aktiviti.. owh lupa nak khabor kalau uols tak ada anak tak leh masuk sini yek.. sila pinjam anak sesape.. kekek operation hour (isnin-Jumaat) dari pukul 10 pagi hingga 5 petang dan sabtu dan ahad ada dua session iaitu dari kul 9 pagi hingga 3 petang dan session 4 petang sampai 9 malam.. hujung minggu memang sangat ramai lah umat..

passport dan 50 kidzo sebagai wang saku anak anak
Hasil rundingan bijak pandai akak dan elyn telah sepakat memontengkan anak masing masing dari sekolah kerana nak masa lebih lama dan tak ramai orang pada hari biasa iaitu hari isnin.. tapi jangkaan akak meleset uols... ramai ibubapa lain yang pontengkan anak dema jugak huwaaaaa..

anak2 anda akan diberi 50kidzo sebagai pemulaan untuk simpan dalam bank atau digunapakai ketika di dalam dunia kidzania.. matawang kidzo adalah berharga di dalam kidzania untuk membeli barang2 yek... ini melatih anak anak berbelanja dengan berhemah.. nak duit banyak kena kerja dalam kidzania..

penerangan oleh petugas kaunter pos malaysia
Kerja pertama anak akak dan anak elyn buat ialah bekerja sebagai Posmen.. anak akak suka lah tapi dia tak pandai baca alamat.. kena harapkan Amalin lah baca alamat..


Aleya dah nak ngangis sebab tak tahu arahan sebab komunikasi dalam nih dalam bahasa Ingeris dan kalau anak kita tak paham baru dia explain dalam bahasa malaysia.. memula je Aleya cuak.. lepas Amalin dan Ibu tunjuk jalan dia dah okey.. Alli seperti biasa suka tolak barang.. gaji tak banyak uols 8 kidzo jer..
Selepas selesai menyerahkan dokumen di tiga tempat di sekitar Kidzania baru anak2 uols dibayar gaji.. kalau tidak habis tugas tak leh dapat gaji taw.. Dalam dia meronda dalam kidzania pos surat dia nampak pulak stesen bomba.. lepas buat task jadi posmen nak jadi bomba pulak..

Bertur jugak nak jadi bomba ni... tu lah akak kata ramai yang pontengkan sekolah anak dema.. bayar mahal weh Rm55 sorang..mesti kena main puas puas..
Bersiap sedia tuk dengar taklimat... lepas nih ada lah siren hotel terbakar.. kena naik kereta bomba dan bergerak pusing dalam kidzania...
Dah ready nak menjalan kan tugas... excited betul nak kerja bomba yek.. gaji 10kidzo jer.. kalau jadi doktor pakar or dentis dan pilot dapat lah gaji besor sikit.. tapi anak akak tak minat jadi doktor..hmmmm

Rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba lumba... ini lah kerja dorang memadam kebakaran kat hotel.. anggota polis pulak mengawal orang ramai dari menghampiri tempat kebakaran.. memang dunia dorang pun dalam nih..

Banyak lagi kerja anak akak dah buat tapi akak tak ada capture gambar.. sedar sedar dah tengah hari.. perut pun lapor.. so akak suruh dema g jadi chef.. ada chef buat sushi, sandwich , merrybrown buat burger.. akak suruh dorang jadi chef merryborws sebab lepas tu dema boleh makan burger dorang buat tu..jimat belanja makan.. kos nak jadi chef nih kena bayar 15 kidzo guna wang penat lelah dema bekerja tadi yek..
Masa briefing.... semangat betul akak tengok dema nih

Tak ada lah teruk teruk kena kedapur.. daging burger staff merrybrowns dah masakkan..dema cuma letak bahan bahan dalam roti tu jer.. macam anak akak senang sangat.. sayur dan sos dia tak mo. nak daging dan mayo sahaja...

Alli memerhati Aleya buat..dia cuma letak mayo jer.. pastu bungkus sendiri.. ada staff dia tolong buatkan kalau kecik macam alli yang tatau apa apa lagi..

Lepas tu ada gax xtvt membeli belah kat pasaraya.. dorang bagi list tuk customer beli barang.. cashir akan san barang..since alli tak pandai membaca lagi tugas dia jadi tukang susun barang dalam kedai..

Tetap dia happy sebab boleh tolak trolli kecik.. dia memang suka part shopping dan tolak trolli nih..

Owh alli ada jugak jadi pump attendant... suka dia sebab semua saiz miniture.. nak bawak kereta tak boleh lagi sebab dia kena maik lesen dan bagi berumur 8 tahun ke atas jer.. bawah umur tak leh amik lesen..

Lepas tu macam2 lagi xtvt dia buat..kerja lap tingkap.. construction..art class.. hok pompuan jadi beautician hair dresser dan macam  macam lagi lah..lepas buat sesuatu kerja dapat duit terus bagi mama.. alahai seronok mama tunggu depan "office" dia.. mama tak leh masuk "office" dia time dia kerja.. dia kena buat sendiri... penat sangat kerja dalam kul 2.30 dia tidor kat riba mama.. hahahahaha waktu tidor dia daaaaa...

lepas sejam dia tidor akak gerak kan dia rugi weh..bayar mahal2 dalam nih nak tidor.. akak nak suruh dia buat kerja yang terakhir jadi pilot..

muka moody sebab baru bangun tidor..lepas tu dia takut flite nih terbang tinggal mama sorang.. kekeke dalam nih memang adult tak leh masuk semua kanak2 dalam flite Air Asia nih..dari pilot hingga stewardess dan steward.. dia .. dia buat betul2 macam flite air asia... akak nak jadi stewardess dema tak bagi .. iskkkk.. akak nak buat kerja free jer..heheheh

penat lah akak menaip.. uols pegi lah sendiri baru boleh tahu syok ke tidak... akak memang kena pergi lagi sebab banyak lagi xtvt tak buat... daaaaa....

15 April 2012

MACAM MACAM ALLI

budak nih dah pandai macam... shopping memang x mo kalah.. dah pandai pilih barang sendiri.. rega pun dah kalah kasut mama dia... macam dia pulak nak masuk office baru... lain kali x boleh ajak dia shopping.. baju pun dah pandai pilih yang berkenan kat mata dia..

13 April 2012

SIRIH PULANG KE GANGGANG?

Ini berkenaan orang rumah akak..eh silap .. akak lah orang rumah... my other half org putih kata... Addy kan dulu bekerja di Cyberjaya tahun lepas.. lepas tu di pindah ke pharmaceutical company di Petaling Jaya kerana 1) satu better offer dan  2)satu lagi sebab previous company dah di beli oleh Xerox dan mereka banyak buang orang kira kira 80 orang juga yang akak tahu lah.. tapi pada masa tu Addy tak kena buang tapi dia takut lah pulak sebab lambat laun nanti terkontang kanting dia nak cari kerja..

Setelah setahun kerja di Company sekarang nih.. dia dapat offer dari Company lama dia untuk masuk balik ke Cyberjaya.. Addy tak ada lah bercadang nak tukar office sebab baru setahun kerja kat Company baru nih.. lagipun mampu ke Company lama dulu nak match the Pay yang company sekarang bagi?

Tapi hakikatnya Addy amat letih nak kerja kat kompeni sekarang nih.. walaupun 4 hari bekerja dan 4 hari bercuti tapi dia tak ada life.. maklumlah dia bukan cuti macam orang lain sabtu dan Ahad.. depend on rotation...selalunya off day dia jatuh pada selasa sampai Jumaat.. dan kerja dia memang dua belas jam.. kira 2 hari shift pagi dari 7 pagi sampai 7 malam dan dua hari lagi shift malam dari 7 malam sampai 7 pagi.. memang sakit badan uols...nak nak time kerja malam.. bergilir nak cover UK dan US region

Kalau member ada majlis or event semua buat sabtu dan ahad.. for sure dia tak leh join.. lagipun anak akak start sekolah.. nak jalan2 tak kan nak kena ponteng selalu... kalau sepupu or saudara buat kenduri kawen akak sorang je boleh hadir.. dia kena kerja.. so rasa tak best kat situ... sikit2 dia rasa lonely sebab dia tak leh kongsi hobby or join event ngan bini dia nih..
kebetulan HRA Requiter dari company lama call nak offer kerja kat Addy.. gaji yang dia offer tinggi sikit jer lah dari gaji sekarang.. taaaaaaaapi yang Addy tak suka dan tolak offer tu sebab work from home.. maksudnya dia on standby dan tak payah g office.. balik macam dulu lah.. tak kira pukul berapa orang panggil meeting walaupun kul 3 pagi kena on computer juga.. walau dari rumah pun mengganggu leasure time tidor gak.. masa tak tetap...lagi satu dia working on shift maksudnya satu bulan dia kerja waktu malam dan satu bulan kerja waktu siang.. dia tak suka.. dia nak kerja normal hour dan nak datang office....kat rumah dia kata tak boleh buat kerja sebab anak dia suka kacau..

Beberapa mingu kemudian.. Director office lama personally sms addy kenapa Addy tolak offer... Addy tak balas sebab dia dah state reason dia kat HRA recruiter.. Addy kata kalau Director dia serius nak offer Addy kerja sana dia akan call..

Dua hari lepas Director tu dua kali call.. Addy tak angkat..kali ketiga akak suruh Addy angkat.. mana tau ada negotiation ker... memang betul... Malaysian Director tu tanya What Addy want for them to hire Addy...So Addy request nak kerja 9am to 5am he agreed.. dan salary yang berpadanan dengan expertise Addy (sambil dah calculate kalau 3 tahun tak ada increment) and guest what..he agreed without negotiation.. kalau akak tamak mintak lagi tinggi lagi... tapi cukuplah rezeki banyak tu.. tu pun income tax sebulan pun dah cecah 2k

So Monday nih 16 April akan keluar offer letter, dan Addy akan tender resignation on Tuesday... Good Luck Addy...

Sekarang baru Addy kata Work life Balance.. ada masa tuk kerja dan ada masa tuk family dan diri sendiri.. so next month setiap sabtu dan ahad boleh join apa2 event yang kawan kawan anjurkan kan.. yeah babehhhh...

12 April 2012

ON AIR AGAIN?

makin sibuk kerja akak sebagai "PA" bos akak nih... selalu sangat masuk TV kena keep up to date nih.. kawan kawan akak yang terlepas tengok Tuan Mohsein on air, nih gambar dia masa masuk Selamat Pagi Malaysia pada hari Selasa lepas... bengkak bengkak mata yek sebab bangun pagi sangat nak kena grooming kan...


Selepas ini banyak lagi Tuan kita nih on air yek... hopefully bertambah success dalam kerjaya dan mana tahu tak lama lagi naik jadi KP.. Good Luck and i always support u...

SHOPPING ONLINE

Korang selalu tak beli barang barang online...?Akak suka gak tapi mostly akak beli makanan jer.. tapi kalau benda yang ratus2 nih akak akan cari yang dapat recommendation dari kawan2 or akak memang kenal si penjual tu...

Cheese Powder hari tu akak beli ngan Era Mukmin dan memang bagus service dia.. hari ini order esok sampai... walaupun EM nih stay kat kuantan...dua kali akak order ngan dia dan dedua tak ada masalah.. setiap kali lepas pos barang dia sms track nombor dari pos laju.. harga dia pun murah...

 Tapi since akak nak beli benda lain jugak kali nih akak try order dari website bawah nih... korang tahu sampai sekarang setelah 7 hari akak bank in duit tak ada reply..akak email tanya tak berjawab.. padahal masa akak email yang pertama mintak no account dan calculate harga order akak kemain cepat dia reply... akak sms tak berbalas... dua kali pulak tu.. akak call tak berangkat... aikkkk... tak kan jumlah kecik pun nak kelentong..belum meniaga barang harga ribu ratus ratus dik... akak tengok kat blog dia tak ada pulak ruangan komen..kalau idak memang akak komen kat situ...

kalau ikutkan boleh jer akak nak COD.. area The Mines.. tapi akak malas nak gerak keluar..alang2 akak bayar je kos pos laju RM9.. still tak ada khabar berita... kalau owner penjual nih bernama Yati baca blog nih..sila balas email dan sms.. yek.. kalau nak berniaga buat cara nak meniaga dik.. jangan senyap jer.. adoiiiiii kan akak dan meroyan kat blog.. Nama company berdaftar Articulate Venture... siap ada company tu... orang lain tak ada company boleh je meniaga online molek molek


nih akak jumpa dia jual bende yang sama

kat sini akak order.. berapa banyak website lah dia ada.. ada lagi website lain.. kalau korang google jumpa lah.. betul ke idak dia nih?

Ada sesiapa pernah deal dengan penjual nih tak.. sila lah komen... or sesiapa ada jual selain cheese powder sila drop a comment yek.. akak nak beli brown sauce je pun...

**Update akak email dia tanya bila nak deliver barang dan nak buat business ke tidak ..dia boleh balas balik  "do you read the term & condition.. If not please do so..." cheh dia ingat dia hebat sangat.. aku rasa semua term condition dia aku dah ikut dah.. termasuk masa penghantaran 36jam (hari bekerja) selepas bayaran di terima.. amboii dia hantar dari London ker? aku MARAH sangat nih..

anyway akak ada satu lagi blog jual cheese kalau korang nak cuba.. try lah kat sini yek.. akak tak pernah order dari dia tapi akak tengok dia punya blog siap berkartun kartun dia hantar kat customer.. cam tu lah cara berniaga..bukan bukak banyak sangat blog jual bende yang sama outcome ntah apa2..

10 April 2012

THE DAY-FUTSAL TOURNAMENT 2012

Gambar gambar credit kepada saudara Fadzli Zakaria,shu Hakimi dan Shahrul Farhan

 Inter-Batch Futsal Tournament Bainun Alumni 2012 telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan dari berbagai lapisan Batch dari super senior hingga lah batch SPM 2010.. haa tengok berapa banyak jurang umur.. beza 25 tahun pun taw...

Lokasi games kali nih bertempat di Ampang Sport Planet pada 8hb April 2012.. keseluruhan memang agak memuaskan.. kalau kekurangan dari oganiser nih adatlah..dah bukan senang nak handle semua dari serata negeri...

Games sepatutnya start pukul 9 pagi tapi maklumlah masalah logistik dan kawan kawan yang tak tahu tempat kejadian.. heheh maka lambat lah sikit bermulanya...

anak akak dan anak Eileen yang ramai nak buat menantu memang mesra.. dari rumah lagi dema berdua dok ngok ngek ntah apa2.. ada je benda dorang berdua ni nak main kan..

Bainun Ex-Star

Ni adalah team akak..kirangan gabungan dari batch SPM 90 hingga 94 kot.. tapi memang semua team nih bekas2 Star masa kat Bainun dulu.. ada 2 or 3 orang tu bekas player perak.. tapi 20 tahun lepas la.. sekarang skill tu ada lagi tapi staminat semput.. heheh.. laki akak bukak player yek.. dia bergambar jer sekali..


Yang berjesey biru nih adalah super senior umur semua dah 40 tahun uols.. gigih main sampai injured kaki tangan badan semua.. maklumlah tulang dah reputzzz..

 Haa baju hitam kuning nih super super senior.. First Batch Bainun.. dah pakcik pakcik dema nih..


ehem.. yang ituew dulu ex Bf akak taw.. player perak gak hehehehhehe.. sekarang kawan jer uolsss..

Mohsein main gak.. sempat sumbat gol pastu terus bergema court panggil replacement.. dia kata tak cukup napas nak tarik hahahahah.. tapi gol dia cantik sungguh.. bangga lah dia yek dapat sumbat dua gol...
Finally we all masuk final uols.. lawan ngan Ex Bainun SPM tahun 2010.. muda belia sangat lagi .. umur dema baru 19 tahun nak lawan ngan senior yang umur near 40 memang laaaa kami jadi lauk.. tapi berjaya jugak mengekang kemaraan mereka dari teruk kami kena sumbat gol sebab kami ada player terbaik iaitu goal keeper.. anyway bebudak SPM 2010 rilek je stamina.. hok kami nih udah jalan terkengkang kengkang dah semua..

Congrate uolsss.. lain kali kasi cargas... walaupun kita team underdog tapi berjaya ke Final.. syabasss...

08 April 2012

PLAYGROUND ZAMAN SEKARANG

Budak budak sekarang punya playground tak macam kita dulu.. giler hebat..akak pun teruja nak main sama... akak dah beli tikets tuk hari isnin 9hb April 2012.. 4 kanak2 dan 3 dewasa.. kawan akak Eileen pun sama memontengkan anak dia pada hari tersebut.. kalau nak pergi hari minggu memang tersangat ramai orang akak pun malas nak bersesak sesak..

Bukan tak boleh beli online tapi akak dah freeze kan Credit Card akak sebab wallet akak hilang kan so akak pergi sini beli pun tak per..lagipun sebelah Ikea tu yang akak suka.. boleh akak beli barang2 idaman akak lagi..akak rasa Ikea adalah taman permaianan akak yang paling best.. tak dapat beli barang tengok barang pun jadi...
Kauter tiket pun macam nak naik kapal terobang.. excited akak..Tiket dewasa Rm35 dan tiket kanak-kanak RM55.. kanak2 bawak 8 tahun kena diteman oleh ibu atau bapa yek.. makan luar tidak dibenarkan di bawa masuk sama sekali..

P/S: ibu bapa tidak dibenarkan bermain dengan permainan kanak2 dalam nih tapi kawan akak eileen tu beria nak jadi stewardess kelas Business pulak tu... akak akan usahakan dia berada dalam kawalan akak dengan ketat nanti.. nanti akak akan jadi polis dan sumbat dia dalam jail.. hahahahahah

07 April 2012

IRON CHEF KAEDAHNYERR....

periuk belanga yang akak order dari Jimah dah sampai..akak order dari UK uols..kebetulan akak dia nak balik dari UK for good... makan masa sebulan nak sampai naik kontena.. actually dah sampai lebih kurang 3 minggu lepas..tapi akak sajer lewat2 kan nak ngambik dari dia sebab akak tak ada space nak letak bende nih..maklumlah dapur akak kecik.. tak kan akak nak letak dalam lemari baju..

Setelah akak clearkan beberapa bahagian dalam dapur akak dan akak beli cabinet baru tuk pinggan mangkuk akak baru akak collect dari Jimah..sepanjang masa lah jimah dok bawak periuk akak nih dalam kereta dia..hahahahah kesian ko yek jimah..


Anyway akak amik Tefal Expert.. akak tak tahu akak nak masak apa guna periuk nih.. tapi akak dah try lah guna pan dia dan memang best... buat masa sekarang akak decide nak jadi Iron Chef sebab akak nak masak air kosong je dalam tu hahahahahah nantilah kalau akak dah renovate dapur baru akak ada semangat nak masak beria.. dan akak buat party Periuk yek..

Sementara nih duduk lah dalam kotak dulu jangan sampai jadi sarang lipas sudah....Okey akak nak berangan masak 5 main course jap... alih2 akak masak meggi jer uols....

06 April 2012

WALLET HILANG LAGI

Perkara yang palin tak best kalau ilang wallet.. adoiii dah kali kedua pulak nih.. yang paling tak best semua wallet hilang selepas keluarakan duit dari bank..kalau keluar RM50 hengget tu tak per.. nih baru keluar duit RM500.. selalu akak tak keluar duit banyak2 tapi sebab akak nak beli tiket ke Kidzania dan nak beli sikit barang dapur...

Pagi2 selepas hantar anak akak ke sekolah akak terus buat polis report.. pergi ke balai polis gombak sekali sistem angka giliran rosak pastu kena main agak jer lepas nih aku ke orang tu.. orang pun ramai dengan airond tak ada.. so akak decide g balai polis sentul lagi pun tak jauh pun.. Nasib baik tak ramai orang dan akak dapat layanan istimewa kat sana.. Alhamdulillah..selesai satu perkara sekarang nak buat segala lesen, IC, loyaty card (wajib weh nak kumpul point) bayangkan satu2 agensi kerajaan nih akak kena tawaf

Ingat nak bua kat Maju Junction sebab kira macam one stop centre.. ada JPN ada JPJ ada shopping complex hahahha.. tapi JPN dah tutup lah pulak... adoiiiii... pastu akak tengok kat area rumah akak ada satu JPN kat JPN Batu Caves.. akak agak sure dah ramai orang sebab dah lambat buang masa ke Maju Junction tadi.. nasib baik masa akak sampai kena tunggu dalam 20 orang je dan sangat cepat je sampai giliran akak... dah dapat IC sementara.. laki akak pulak nak buat IC baru sebab yang lama dah rosak teruk.. kualiti tak de yek MyCard kita nih..

Lepas dapat IC nanti baru akak nak tawaf bank buat semua credit card..memang susah kalau hilang wallet nih..lepas nih segala macam bende tu akak nak tinggal kat rumah jer.. bawak photostate.. tapi gambar IC akak buruk benor macam bulan mengambang..BULAT jer.. huhuhuhuh

03 April 2012

ALFATEHAH BUAT PAKCIK TERSAYANG

Malam 31 Mac 2012 akak di kejutkan dengan pemergian pakcik kesayangan akak secara mengejut akibat sesak nafas ketika berkonvoi dari Lumut ke Terengganu dengan big bike.. sungguh tak sangka kerana arwah merupakan seorang yang sihat tubuh badan dan active dalam sukan angkat berat dan masih cergas.. Arwah pergi ketika berumur 49 tahun.. dengan meninggalkan 4 orang anak dan seorang balu..

Pada tahun baru lepas baru akak melawat keluarga arwah di lumut dan sempat bergurau senda.. Arwah merupakan seorang yang sangat mudah didekati dan dari pemerhatian akak amat di senangi oleh anggota bawahan beliau

Arwah dikebumikan di Bentung Pahang dengan penuh adat istiadat dan penghormatan terakhir dari Anggota Pangkalan TLDM Lumut... Terima kasih kepada semua yang menguruskan jenazah dan pegawai polis yang menjaga lalu lintas.. Pemergian beliau amat terasa dan semoga Arwah tergolong di kalangan orang yang Solleh. Al-Fatehah.....

Istiadat perbarisan terakhir

Jenazah diusung kedalam kenderaan Jenazah

Ketika di Tanah Perkuburan

Terima kasih kepada semua anggota polis yang memberi laluan kepada kami bagi memudahkan perjalanan
 Artikel pemergian Allahyarham Kept Ahmad Shukri Bin Haji Mohd Yunus boleh di lihat di sini





Gambar terakhir akak dengan Arwah Pakchu akak ketika melawat Arwah di Lumut pada 01/01/2012...