25 June 2012

TABITA SKINCARE

Akak takut lagi nak click blog akak nih.. maklumlah lama tak update akak pun seram apa yang munculkat blog nih kan... ada penunggu ker? btw akak nak share something lah kat geng yang kat luar sana.. akak ada pakai satu produk skincare tau.. so far dah 2 weeks guna akak memang tersangat puas hati...

nama produk tu TABITA.. kawan akak jual.. kalau nak order leh pergi blog sale dia yek.. baru jer dia start menjual.. so far we all memang pakai dan ramai yang notice perubahan struktur kulit muka we all.. tak caya.. jap yek akak publish gambar masa hari pertama pakai sampai sekarang...

Harga dia memang sedikit mahal tapi skincare nih boleh bertahan hingga 4 bulan sebab dia pakai sedikit jer.. dah tak ada lah mengelupas yang amat dahsyat macam sesetengah skincare yang lain..  tapi syarat nak berkesan jangan pakai makeup sekurang2 nyer sebulan yer uols.. baru lah effective.. memang dia berminyak2 sikit tapi pada permulaan jer.. lepas dah pakai dalam 2 week nih dah kurang minyak2 dia tu.. akak boleh keluar rumah tanpa makeup.. kalau tidak tak berani uols... macam tak complete jer muka nih...

11-06-2012
 Jangan betulkan screen computer anda yek.. memang muka akak banyak jeragat dan kaler pun kusam jer.. masa nih baru sehari pakai skincare TABITA nih.. tapi akak terpaksa publish jugak kulit muka akak nih tuk record akak.. sebelum nih banyak produk dah akak pakai dan terbaru ESTEE LAUDER.sebelum tu CITRA AYU, NOVELLE VISSAGE, . tapi tak berkesan nak hilangkan jeragat nih.. terutama hok bahagian jeragat besar bawah mata belah kanan tu.. nampak kannn.. makin hari makin besar uols.. pakai concealer pun tak jalan.. akak siap pakai KRYOLAN STICK nak cover pigmentasi tu..
25-06-2012
Okes ini gambar hari nih tanpa make up jugak.. kan dah hilang dan pudar jeragat bawah mata kanan akak tu.. nih baru pakai 13 hari.. imagine akak dah pakai 2 bulan as they said akan nampak perubahan ketara selepas dua bulan pakai produk nih.. akak pakai sampai leher yek.. akak nak jadi orang bukan kuda belang...

Uols boleh google pasal produk TABITA nih dan tengok testimoni orang lain yang dah pakai lama.. dan kawan akak ada berberapa stok besar punya dia jual RM400 jer.. dan kebanyakan orang jual near RM500.. kalau set regular pun orang jual RM380-450.. tapi member akak jual set Exclusive.. kalau nak orer boleh gi blog dia dan order by sms...http://mytabita2u.blogspot.com/ .. segera yek sebab stock sangat limited..

Cepat cepat.. sempat lagi nak jelita sebelum raya nih :)

16 June 2012

HOBBY BARU...GROUPON


Dulu akak tak ada masa nak beli koupon semua nih.. tapi sekarang akak dok tunggu tunggu offer baru dari dorang.. kalau offer yang gateaway to siap berangan tengah pack baju lagi.. nazak dah akak nih..

Baru baru nih akak nampak ada offer karaoke room for 3 hrs dengan deal yang sangat murah uols.. apa lagi.. akak kan memang terkenal suka menyanyi walaupun ketika telinga akak bayangkan suara akak keluar ala ala kelly clarkson tapi sebenarnya suara yang keluar adalah angsa yang tengah menjerit.. :(

Tapi dah murah akak sauk jer.. duit tadak dalam account akak  transfer dari account laki akak.. sampai laki akak gelar akak adalah bibik yang tahu password mebeng2u dia.. hahahaha


okey offer satu lagi adalah gateaway ke Pulau Tioman.. since akak tak pernah pergi ke Pulau Tioman.. (akak dah pergi redang dan perhentian dan both islands are very beautiful) akak pun grab lah offer nih.. dah lah stay 4 orang sebilik ngan breakfast for 4.. akak segera gegar geng meja bulat akak for this event.. guest whatttt.. akak dah boleh packing baju dah nih sebab bilik we all dah confirm for 2 days..

Akak dah terima hakikat awal awal bahawa Pulau Tioman nih tak seindah pulau2 yang akak dah pergi di Pantai Timur tapi nak jugak tengok sendiri.. dan kali nih akak pergi bujang jer sebab laki akak nih mana minat sand, beach and sun....seperti biasa akak keluar duit dari account dia... (dan akak keluar lebih sebab akak baru order beg coach dari kawan akak - Coach ada buat sale uols)


nantikan akak buat episode lagi part by part ke Pulau Tioman...

Adalah dinasihat kan laki akak menukar password mebeng sebab akak tengah sakit tenat bershopping online :)

15 June 2012

JEREBU DATANG LAGI !!!

patutlah lately nih cuaca tersangat bahang.. waktu malam pun mencurah2 peluh akak nih.. dulu kawasan umah akak nih memang sejuk damai je waktu siang atau malam. maklumlah rumah burung merpati nih kawasan atas bukit gak..

Kalau waktu siang tu memang tak boleh nak memasak kalau bukak tingkap dapur... sekarang yilekkkk.. angin ntah lari kemana..

Nih gambar akak amik dari balcony umah akak di Tingkat 17.. nampak kabur jer.. so sekarang nih kena tutup pintu rumah, tingkap semua bagi mengurangkan risiko batuk dan selsema.. Air masak pun sampai berbotol habis satu hari.. tapi hok sejuklaaa.. hok suci murni suhu bilik di atas para dorang buat nohennnn jer :)

Lagi lah mood akak nak berblogging ke lauttt.. Opss sebut pasal laut akak  nak ke pulau lagi yahoooooo

 Petikan dari ipohmalay.blogspot.com

"Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan."

 Tak abih mereka menyusahkan jiran mereka dengan pembakaran berskala luas di kawasan terbuka...

12 June 2012

CAK!!!

Alamak lama tak update... akak takut akak keluar balik yek.. hahahahahahahahah


P/S: ada kaitan tak sindrom malas nih sebab akak asyik mengulit muka akak yang hampir jelita bak retis sebab akak baru pakai TABITHA.. :)