31 December 2012

HOTWHEEL SUPER RACEWAY CHALLENGE

Pada sabtu 29-12-2012 berlangsung race hotwheels pertama alli register.. punyalah exciter PAPA Alli.. malam dah pukul 12 pun tak tidor sibuk kilatkan kete dan spray memacam kat tayar supaya bagi laju.. dah sabtu nak race kan.. punyalah alli boleh masuk banyak race sebab dia ada 8 resit tuk participate.. giler tak Papa Alli dok beli hotwheels jer...

Event berlangsung kat Giant.. Papa alli bercadang nak masuk race pukul 12 tengah hari walaupun dia ada 3 session.. hadiah dia agak lumayan dan bernilai ratusan ringgit jugak..

Pagi2 kul 10 alli dah start prektise kat trek.. senang je letak kereta pastu tekan dia akan slide kat dalam trek tu kemudian kat bawah tu ada timer keter mana yang dapat no 1 sampai 6

Setelah puas hati Alli Papa alli telah memilih dua bijik kereta.. tak masuk sampai 8 kereta sebab standby kalau nak masuk lagi competition nih waktu petang dan malam nanti

Okey first start.. saringan.. Alli sangat nervous okey!!!!

Pastu kete dia tak menang.. so saringan lagi 5 kereta nak pilih 3 top cars..

Alli dah mula muka badmood sebab kete dia kalah...
Dah start gigit jari.. still tak ada nasib.. kesian lak dia..

PAstu hanya kereta top 3 sahaja yang bertanding merebut 3 hadiah pertama dan kedua serta ketiga.. Alli sangat sedih....
Menangis okey.. tapi Papa alli pun sangat frust.. peluk alli ketat ketat.. sedih sangat.. so Papa alli decide nak beli jenis kereta yang jadi champion tadi dengan mission lebih giler.. nak masuk race tuk pukul 4 nanti... gilerrr.. dia nak masuk kan 6 kereta dia..

okey first saringan nih semua kereta Alli.. so 3 kereta terpantas dia akan masuk tuk bersaingan dengan kereta orang lain yang top 3 saringan kedua.. dahsyat tak Papa Alli All out.. sebab dia tak nak Alli frust lagi... sayang nyer Papa alli kan.. so Alli ingat pengorbanan Papa yek!!!

So dah dapat 3 kereta terpantas alli.. suka lah tu sebab dapat masuk final

Peluang 50:50 sebab satu trek ada 6 biji kereta dan 3 daripada tu kepunyaan Alli.. kalau tak dapat no 1 at least boleh sangkut no 3 kan...btw kereta Alli warna hijau tu yang paling laju..

Start....
Okey saringan lagi sekali
Alli dah tunjuk muka happy sebab kereta dia banyak kali menang...

Okey finishhhhh.....

Alli championnnn!!!!!!

dan tempat kedua pun Alli!!!!!!.. satu lagi kereta alli dapat tempat ke empat.. dah dapat dua hadiah tu memang muka dia lain sangat.. terloncat loncat. pastu akak cakap... kalau Alli malas belajar nanti sekolah tak bagi hadiah.. best kan kalau dapat hadiah... happy sangat dia

terus pasang kat bilik dia.. satu lagi kat balcony.. tak muat nak sambung...


Punyalah banyak hotwheels alli kan akak sampai muncung gak lah ngan Addy sebab dorang berdua memang selalu tuju tempat hotwheels kalau ke shopping mall dan punya lama kat situ pilih kereta. so akak kena ada girls jugak peneman akak nak cari dress dan kasut dan make up dan house decoration.. sure bestttt...

26 December 2012

ALLI AND HIS MAK DAN ABAH

sampai dua kali Alli tiup lilin tahun nih.. maklumlah ramai yang sayang.. kali nih bekas Babysitter Alli yang Alli panggil Mak dan Abah..masa alli kecil akak bekerja dan cuti dalam pantang akak cuma tak sampai sebulan so Alli di jaga oleh babysitter nih sejak masih halus lagi.. dan yang bestnyer rezeki akak di temukan dengan Kak Ha nih secara tidak sengaja memandangkan dia baru amik VSS dan tak ada apa buat kat rumah dan dia sudi jaga Alli.. Hanya Alli satu satunya kanak2/baby yang dia jaga.. memang tatang bagai minyak yang penuh.. lebih dari akak cara penjagaan nyer..dengan bersih dan kemas. sampai masa akak hantar Alli ke rumah Kak Ha nih dia belum mandi dan makan sampai amik balik tak kisah pukul berapa pun.. ada juga mencecah 10 malam baru amik.. Kak Ha memang tak kisah dan lagi suka Alli lama2 kat rumah dia..sebab anak dia semua dah besar..


Bersama cucu kak Ha yang pulang bercuti masa cuti penggal persekolahan..

Alli memang rapat dengan cucu cucu kak Ha kerana selalu Kak Ha mintak kebenaran nak bawak alli berjalan dan bermalam merata2 tempat di Malaysia.. sebab akak yakin dengan Kak Ha dan Abg Lan sebab meraka sangat berhati hati menjaga budak.. maka akak benarkan.. sebab tu Alli sangat rapat ngan Mak dan Abah dia nih dan juga cucu kak Ha.. pantang akak marah mulalah nak balik umah "MAK".. geram jugak rasanya dengan Alli nih..

Mira yang paling kanan memang membesar dengan Alli.. selang umur setahun je.. memandangkan anak sulung kak Ha tinggal dengan Kak Ha dan bekerja sebagai nurse di Hospital kajang bahagian Paed maka Mira tinggal dengan Kak Ha.. mak dia selalu kerja shift malam.. nih lah kawan baik alli Girl yang paling Alli suka..

Yang paling akak heran.. Alli dengan mereka semua nih memang tak bergaduh.. berpeluk je manjang..



Duduk pun tertib je makan.. Kak Ha yang duduk atas kerusi tu.. dia baru balik dari Haji tahun nih..


Rasa bersalah pulak sebab lama tak bawak Alli melawat Kak Ha di Ampang.. dedulu kak Ha pernah cakap rajin2 bawak alli balik ampang sebab dorang rindu..dia jaga macam anak sendiri... sejak akak duduk gombak nih boleh kira berapa kali je akak bawak Alli ke Ampang..

Note: Alli memang sangat di sayangi sebab mempunyai keluarga besar

Mama dan Papa- Me and Addy
Ayah dan Ibu - Adik Lelaki dan adik ipar akak
Mak dan Abah- Babysitter alli..

tak termasuk nenek angkat dan atok angkat alli.. harap harap tak lupa kasih sayang mereka...

25 December 2012

TEST SAMSUNG EX2F

Aktiviti kekeluargaan akak memang simple.. selalu lepak kat tasik titiwangsa.. bukan tuk senaman pun.. just duduk di bawah bulan dan bintang.. simple kan.. nak happy dan gembira no needs luxury things. just did what you feel happy..

Sebenarnya nak tunjuk or nak test camera baru akak nih.. maklumlah tak pergi holiday mana2 pun nak capture gambar gambar yang cantik.. camera dah ada.. hoyehhhhhh!!!

Since Samsung EX2f nih tak payah pakai flash walaupun waktu malam dan cahaya yang sikit so we all decide ke Titiwangsa yang memang cahaya dia di waktu malam memang suram suram je.. mission kali nih tak mo guna flash dan guna function SMART jer.. so tak payah lah nak adjust aperture ke.. shutter control ker.. just picir picit kan..


Anak akak kalau berjalan mesti dia bawak at least sebijik kereta hot wheel dia.. hok nih dia baru dapat masa birthday dia gift from Wan Chu.. akak suka sangat effect bokeh nih.. bila seting for macro dia nyer bokeh memang akak puas hati :)


walaupun cahaya kurang dan tak ada cahaya kat lampu tu pun api dia punya gambar memang cantik dan clear.. just enough kalau ada sikit light je pun.. tu yang buat akak sayang sangat ngan camera nih walaupun laki akak kata harga dia leh dapat body DSLR yang tuk beginner tu :)


walapun dorang main games tak reti duduk diam still dapat capture gambar pegun dorang.. tak ada lag macam ada gambar hantu melintas :)


Awan di waktu malam pun nampak sangat kan..  memang akak bagi rating yang bagus la.. consider akak tak pandai guna camera dan setting bagai dan edit kat komputer memang tak laaa.. akak suka tgk gambar yang cantik tapi akak tak suka nak pening kepala setting dan edit bagai.. tgk gambar orang lain cukup...

dan satu gambar yang akak rasa sangat tak best sebab terlalu clear walaupun tak ada flash
V


V


V


V


V


V
GAMBAR akak tanpa secalit  makeup dan belum mandi petang berlemuh satu muka.. nampak sangat kan condition kulit muka..tu yang buat akak risau nak bergambar pakai samsung EX2f kalau muka tak semenggah/grooming nih...

Tapi consider okey since akak pakai Tabita Skincare dah dua set since June 2012 (6 months) maka tak perlu risau nak keluar rumah walaupun tak sempat sapu bedak (kadang kadang tak mandi pagi nak pergi pasar)

Okey enough pasal tabita sebab kawan akak ke Jakarta 4 hari lepas gi amik stock baru... nak order sila cepat yek :) harga memang murah taw..

24 December 2012

KENAPA AKU PERLU KURUS?

Akak suka dengan saiz badan akak.. akak tak ada masalah dengan pilihan baju plus size.. suami akak tak ada komplen pasal bentuk badan.. dah 13 tahun kawen pun.. Akak pernah berbadan langsing.. kalau tak percaya meh tgk gambar akak dulu dulu..

Akak berbaju orange masa zaman sekolah

Akak di hadapan duduk kanan sekali

Akak berbaju kelabu
Masa itu berat akak tak lebih dari 45kgs.. dan rasa macam papan lapis sangat.. tapi makan memang kuat.. walaupun duduk hostel ada kawan kawan yang tak berselera makan nasi kawah dan home sick makanan rumah.. akak laju je.. selalu akak tukang habiskan nasi kawan kawan yang tak habis..

The reason akak kena kurus sebab akak akan mencuba buat sekian kali untuk menimang cahaya mata.. kali nih akak akan all out.. sesiapa yang tahu pasal PCOS mesti mengetahui symptom PCOS.. which is obesity dan hormon yang tidak stabil dan sukar untuk conceived.. selain memakan pil hormon yang akak pernah lalui 7 tahun lepas sehingga besar gedabak badan akak nih ialah dengan trying very hard to loose weight.. if we (PCOS patient) loose weight besar kemungkinan untuk menimang cahaya mata akak berlaku dengan semula jadi.. so i have to try very very hard.. sebab tahun depan umur akak dah 37 tahun.. tak banyak masa yang tinggal..

Hopefully by next year akak akan dapat menghilangkan around 20kg of my weight baru lah akak boleh menarik nafas lega.. bukan kerana nak cantik di mata orang.. tapi demi kesihatan dan penyambung zuriat keturunan suami kesayangan akak tu.. 

Harap harap kali nih akak akan berjaya.. doa kan akak yek kengkawan semua.. semoga doa kalian di makbulkan Allah Insya-Allah....

22 December 2012

AKU BERAZAM....

Ramai kata akak kurus dalam gambar upin ipin nih.. apa yang anda tidak tahu

1. Akak bersembunyi separuh badan di sebalik upinipin  tersebut
2. Patung Upin Ipin tu bersaiz terlalu besar hingga nampak akak makin kecik
3. Angle gambar agak tinggi dari paras akak berdiri

Dengan ini akak berazam tidak mahu bersembunyi di balik tiang, patung, batu, gunung, bukit, kereta, lori, bas dan atau apa apa objek bagi menyembunyikan lelemak akak..Oleh itu akak sekarang berusaha keras menjauhi segala sumber karbohidrat sehingga akak kena bercerai talak tiga ngan NASI yang memang BFF akak..supaya akak tak perlu perisai bila bergambar...

Baru satu hari je pun.. pong pang  macam dah tak sentuh nasi dekat setahun.. huhuhuhuhu

21 December 2012

PERSEDIAAN KE BALI

Nampaknya perjalanan ke Bali hampir menjadi kenyataan -Insya-Allah- jangan tak jadi weh.. tix Air Asia dah booking dan hotel pun dah bayar kan.. kalau tak jadi frust lah kan.. lagi pun penat dah akak bersengkang mata dan tenaga nak cari quotation dan itinerary perjalanan.. walaupun nampak agak pack kan..

Kami berjaya membeli tix tuk dua orang ske Bali pada bulan satu 2013 ni.. best sungguh.. dan setelah membuat meeting antara ahli group kali nih maka terhasil lah itinerary yang sangat padat dan macam mampu nak pergi semua. takpe.. ini perancangan sahaja.. kalau sempat pergi kita terjah.. dan percutian kali nih adalah bersifat SANGAT BAJET yek.. tak ada hotel mewah mewah.. kalau nak bermewah mewah next time akak pergi  ngan suami terchenta akak.. :) Walaupun bajet tapi kami juga mementingkan keselesaan dan keselamatan.. nak lagi murah ada.. tapi sendiri pikir lah yek.. kami nih semua perempuan..


Di sebabkan akak dan jimah sampai sehari lebih awal dari Rini maka kos kami dari segi penginapan dan perjalan lagi mahal.. lagi pun kami pergi tempat tempat yang lagi banyak dari Rini, Ori dan A'an...


Kalau tgk peta Bali nih macam kecik jer.. tapi bagi yang pernah pergi mesti kata perjalanan dia memang jem dengan pelancong dan rakyat tempatan sepanjang tahun kecuali hari nyepi.. (kena check betul2 yek) kalau kena hari nyepi maknanya uols kena berkurung dalam hotel je lah.. but im looking for it nak rasa pulak keadaan sunyi sepi kan...


Hasil dari 5 quotation yang akak hantar berdasarkan itinerary yang akak buat.. hanya tiga nih akak rasa memang menawarkan harga yang very competitive.. dan layanan dorang terhadap email akak memang bagus sekali.. akak very recommend kalau uols berhajat nak cari supir di Bali.. tapi of course lah akak nak yang paling murah which is yang akak petak kan dengan kaler merah.. tapi masing2 mempunyai review yang sangat bagus dari pengunjung.. rajin rajin lah browse pasal mereka yek..nanti kalau dah pergi pasti akak share kan pengalaman akak yek..

Kalau ikutkan akak nak packing barang sekarang nih.. tak sabar nyer walaupun lagi sebulan nak pergi hehehehhe :)

20 December 2012

SELF SERVICE LAUNDRY

Posting akak kali nih agak jakun.. tapi akak rasa memang SANGAT jakun okey.. kat Malaysia nih Self Laundry machine memang agak baru.. satu hari masa akak berjalan kat area Setapak tu berhadapan dengan entrance Columbia Hospital Setapak ada deret kedai kan.. kat situ ada satu row bahagian shop lot bahagian belakang jalan utama ada Self Service Laundry.. Gigih akak ke sana dari gombak semata mata nak try this new thing heheheheh.. (Yus sila jangan tunjuk Jakun sangat pls)

Being a housewife akak ada banyak masa untuk ke sini bebila masa walaupun kedai nih bukak 24hrs dah tak ada penunggu mesin pun.. nak bagi akak kurang nampak bodoh akak pergi kul 10 pagi sebab tak ada orang pun time pagi pagi.. orang g kerja or masih tidor kot..kalau student sure masih kat kelas..

Kalut akak pilih mesin..sampai dua okey.. semua baju, towel, cadar, selimut akak kasi basuh.. okey Adressnya adalah di bawah :)

Address : G-45 PV 128 Jln Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
sampai je akak terus sorting siap macam kat rumah.. baju ada calor dan baju light colour, off white dan mild wash.. tamak ko sampai 2 mesin 14kg akak amik.

Sebenarnya akak tak perasan ada for 9kg which is kecil lagi dan murah lagi.. terus nampak hok besar terus.. iskk takpe lesson lernt..

Tu ha kat hujung ada dua mesin 9kg.. lain kali kena pakai glasses besar sikit.. huhuhuhuhu

Okey ini dryer mesin..ada 4 biji je.. cukup lah.. sekali masuh RM4.50 tuk 23 minit.. select lah temperature High, Medium or Low.. akak terus tibai hok High je.. Tips kalau nak tgk kain uols dah kering ke belum sila bukak penutup pelahan lahan sampai dia berhenti spinning sebelum tamat tempoh dan select which kain yang dah kering masuk dalam bakul dan lipat.. kalau rasa perlu lagi masuk kan RM1 lagi tuk 5 minit extra.. bagi akak kalau kering semua jeans dan towel yang tebal tu 40 minit cukup..

Hok atas nih washing instruction.. memula load baju kat dalam washing machine, pastu tuang fabric softener dan detergent kat ruang atas mesin kat bahagian yg telah di tetapkan..kemudian pilih suhu yang di kehendaki bagi cucian kotor sangat pilih lah hot water, warm dan cold.. of course harga berbeza.. lagi panas air tu lagi mahal lah yek.. pastu tekan start dan tunggu dia berbunyi tanda dah siap..

Kalau lupa bawak sabun boleh je beli detergent , softener dan dryer punya pewangi. kalau dahaga ada jual air.. kalau nak berinternet ada wifi free siap ngan password semua mesin nih menggunakan duit RM0.50 baru yek.. tak ada duit RM0.50 baru? tak ada masalah nampak tak kat slot tepi beli sabun tu.. masuk duit kertas Rm10 dia keluar lah duit emas RM0.50 tu.. tukar lah sebanyak mana uols nak..


Note: Ada satu hari tu akak pergi waktu malam dalam kul 12 malam yek.. punyalah ramai orang.. nak tunggu dryer lagi lama.. nak tunggu mesin pun kena atur basket.. laku sungguh.. kali ketiga akak pergi..akak basuh siap2 kat rumah pastu akak kering kan kat sini jer.. satu mesin besar tu RM4.50 je.. senang kerja akak terus lipat... sampai kul 3 pagi taw.. gigih tak akak? hehehehehe



19 December 2012

PESTA DURIAN

Wahhh.. tetiba kan tengah tengah malam akak teringin nak makan durian umpama perempuan mengidam.. nak malam tu jugak walaupun jam menunjukan pukul 12 malam.. apa kes??? Laki akak pun satu menggalakan sangat akak melantak malam2 sunyi bening nih kan.. so we all pergi ke arah greenwood.. ye lah kat tepi jalan tu akak tengok kemain besar baner dia pesta durian makan sampai kenyang RM10.. sukar dipercayai.. sampai dua banner dia gantung..,.. MEMANG TAK LEH PERCAYA.. kalau uols percaya uols mengong macam akak nih..

Akak suka cari tempat makan durian nih yang kopek terus makan.. malas nak angkut balik rumah..maklumlah dia punya bau dan nak kena bukak kat rumah..kalau tak elok camner yek? selalu sangat terbeli durian tak elok nih.. sebab we all laki bini bukan pandai pilih durian.. jenis durian pun tatau..

Banner macam ye ye je kan.. macam too good to be true.. mengongggg.. sampai sini ada section durian 3 biji sepuluh ringgit.. ada section D24 ada section musang king.. tapi yang paling best akak tanya.. hok RM10 makan sampai kenyang mana? dia kata dah abis.. huh.. kasi turun lah itu banner.. ini dah salah info nih.. pastu akak tengok kat section RM10 tiga biji.. bulat2 comel je.. akak tanya nak hok RM10 tu dia leh kata tu tak jual dah.. for DISPLAY only!! cis cibeng tul lah.. dasar Indon kalau meniaga..NIPOO jeee..

Nak tak nak kena pilih hok D24 which is RM7 per kg dan musang King akak tak berani nak tanya.. bukan we all nak makan beria pun..just nak colek2 rasa jer..

Dia pilihkan hok nih agak besar gak lah.. Lebih kurang kena dalam RM16..sekali masa makan semua mangkah.. keras dia nyer isi.. huh. akak sambil buat muka kata mentah lagi.. so dorang tukar laa.. tapi tukar hok dua biji kecik2.. rasa dia??? hmmmmm tawar dan nak masam je rasa dia.. memang akak tak puas hati.. tak payah lah gi sini..

Nasib baik aku tak order musang king.. nanti buat bernanah je hati kang..