30 November 2013

HARAP MAAF YE KENGKAWAN

Baru hari nih akak dapat pegang komputer setelah balik bercuti dari krabi..dengan macam macam hal.. sedang bercuti my uncle past away.. (al fatihah) dengan redah banjir kat Trang Thailand nak pulang ke Malaysia.. dengan hujan renyai sepanjang we all kat krabi (hujan non stop tau)

Dengan nak renovate rumah nak cari quotation dan tukang renovate.. fuh!!! Dengan kawan akak bff dok asyik ajak  akak gi maldive (ko chop duit ke nok!!!!) baju akak pun tak keluar dari beg lagi.. packing akak rajin bab nak keluarkan balik mau makan seminggu or dua minggu or tahun depan? akak pesan kat laki akak nak pakai baju sila pakai baju dari dalam beg yek.. jangan selongkar almari..

This week akak will babysit my anak saudara dua orang (boys) sementara cuti sekolah dan mak ayah dorang bekerja.. so sesiapa yang komen or email akak tak sempat balas or laju macam dulu.. tapi akak try jugak balas kengkadang uols tanya peristiwa yang dah makan tahun.. akak nak cari balik info or apa apa yang berkenaan agak tak cukup masa yek.. tapi akak balas nyer.. cuma agak lambat sikit.. kalau dah 2 bulan tak terima reply sila email balik mana tau akak terlepas pandang kan (akak bajet akak glamer kakakakakak)..

Nak tahu cerita krabi??? nanti kan soon... harap sabar menanti.. akak sangat busy...

19 November 2013

TERUJA BERVACATION

Yeaa.. hari  yang di tunggu sudah tiba..esok bermula satu journey yang panjang ke utara malaysia.. akak tak plan pun nak ke sana.. tetiba bff akak yang banyak jelita dan banyak songenh suggest jom ke mandi laut.. hahahaha siap racun akak kata bawak kereta dari penang 4 jam.. taik dia 4 jam.. dia tak kira akak dari kl.. dari KL-Tepen-Hadyai-Krabi...

Memula hajatnya nak beli periuk kat Hadyai tapi dia kata alang alang moh lajak ke Krabi by Car.. cis.. alang alang apa akk tgk 355km dari hadyai ke Krabi.. lajak sangat lah tu... hilang kisah periuk hahahah

dua minggu lepas je planning semua nih.. bermula episode horror akak semenjak itu.. nak bilik murah tapi cantik dan ada pool.. nak ada towel bentuk swan anak gajak ketam badak? tiga malam akak sleepless taw.. setelah dapat bilik booking bagai.. kisah makan lak kat sana.. hampir hampir akak nak packing peti ais angkut sekali ke krabi..

Okey lah uols selamat bercuti.. nanti akak update perjalanan by car ke krabi yek..kalau akak rajin..alaaa uols mesti dah sampai laama dah kan.. akak baru terhegeh hegeh nak ke krabi..

Byee!!!!

01 November 2013

KASI CHANCE LAH!!!

Semenjak akak ada mainan baru nih.. jemput anak ke sekolah pun akak record..

Syabas rajin kan.. biasalah bende baru.. memang rajin.. tgk lah dah tiga empat bulan nanti.. memang jadi tempat biak spider lah..

Setiap hari perjalanan sehala ke sekolah Alli di Titiwangsa adalah kira kira 25 minit dengan naik moto.. naik kereta laju sikit tapi tang jem kat traffic light lebih kurang sama je masa kalau naik motor.. lagipun alli suka naik moto compare to kereta sebab dia kata boleh singgah banyak tempat.. amboi kemainnn kecik kecik sudah pandai singgah banyak tempat yek..

setelah akak lajukan dan perlahankan movement nih dapatlah satu video dalam 6 minit . Kalau uols rasa nak tgk kegigihan akak edit video nih silakan..sementara masih rajin ngeh ngeh ngeh



29 October 2013

MY PERSONAL VIDEO

Hoyeh.. dah beli GoPro kan..kena lah main main.. godek godek sikit baru lah Addy tak jeling.. nanti dia tak mo beli mainan baru akak lagi.. (i need more accesories and Mc Book bleh?) okey cubaan pertama akak shot & edit video semalam.. selepas belek belek..jadilah satu video yang akak rasa awesome.. tapi lepas akak upload akak tgk lagi ramai ada video yang sangat awesome.. kendian terus rasa akak punya video ala ala budak tadika buat..

Okey next step akak dah dapat idea dan akak rasa akak boleh improves lagi.. dorang edit pakai imac.. boleh laaa.. akak pakai PC window lama yang resolution screen pun macam kanta cembung..

okey enjoy the short video and jangan lupa tukar setting utube anda kepada HD baru nampak cantik :)


Amcam???? sila jangan request video akak berenang.. kang akak teruja akak buat kang!! pastu uols lah mimpi ngeri sepanjang malam sampai tahun depan :)

27 October 2013

GO PRO HERO3

Hai! Hai! Hai!.. bagaimana dengan hari anda.. Hari nih sangat best..sebab akak dapat satu lagi gift dari intan payung buah hati akak.. sapa lagi the one and only husband terchenta akak.. (kipas full blast dah nih)

disebab kan akak nih tersangat suka adventure dan activities  underwater (ye lah sangat!!!!) Addy telah memberi hadiah (kongsi sebenarnya) Camera Go Pro HERO3.. walaupun Hero 3+ baru launch awal bulan October baru nih tapi akak tetap memilih HERO 3 Black Edition nih.. kenapa??

Sebab HERO 3+ casing dia sangat nipis dan mudah pecah/retak.. seller tu bagi tau.. sebab kat obersea dah ramai pakai.. dan akak tengok memang HERO 3+ punya casing memang sangat nipis..nampak bezanya.. dan kelebihan HERO 3 nih boleh diving underwater sehingga 60 feet dan HERO3+ hanya 40 feet.. akak kan duyung laut dalam mesti nak dive lagi dalam.. walaupun hakikat akak hanya terapung di permukaan air je.. lemak tebal uols.. lemak kan lebih ringan dari air.. tatau?? sekarang udah tahu kan.. heheheh kelebihan HERO3+ adalah dia lebih wide angle dari HERO3

Camera nih memang dicipta untuk adventure.. dan quality dia sangat superb walaupun dia hanya sebesar kota mancis.. Harga pasaran ialah RM1500 tapi akak dapat RM1450 serta akak tambah Chest Strap dan Monopod serta SD Card Class 10 32GB dengan total belanja hangus RM1755.. harga bagi sebuah adventure memang sangat mahal... tapi demi kenangan akak paksa Addy beli jugak heheh.. lepas nih akak paksa Addy amik video akak pulak.. jangan dia nangis guling guling cukup!!!



Accessories dia sangat banyak rambang mata hokey.. segala mounting dia ada.. nak letak kat helmet, beskal, surfing board... accessories kalau yang Go Pro original memang agak mahal lah.. tapi hok 3rd party punya agak murah dan kualiti tetap sama.. tapi accesories dia tak perlu beli sekali gus boleh beli kendian sebab dia bagi pun banyak gak mounting nak letak kat atap kete? motor? kat mana akak beli? kat Sunway fb name Paradise HD Studio.. recommended seller..


Now i am happy wife.. berangan nak diving dengan paus dan duyung.. shark tamau..

Okey enjoy the video apa yang GoPro boleh buat dan uols mesti teruja...


Tak sabar nak jadi duyung or DUGUNG????


09 October 2013

ASCOTT RESIDENT KUALA LUMPUR

ini kisah hotel.. dah lama dah citer nih.. terperam dalam draft sebab akak ada buat video tapi akak tak compile lagi so malas lah akak nak publish review pasal Ascott resident Kuala Lumpur.. Kawan akak Ina telah bermurah hati menghadiahkan penginapan selama 2 hari 1 malam di Ascott Kuala Lumpur.. sebelah Kuala Lumpur Convention Centre.. jalan kaki je ke Twin Tower Petronas.. Kebetulan masa menginap kat sini lagi beberapa hari je nak menyambut syawal maka we all amik peluang shopping sikit kat KLCC.. chewahh rumah kat Gombak je pun.. 

Ina bagi 3 bilik penginapan Studio Premier.. 

Bilik nya memang cantik dan besar.. serba serbi lengkap.. since akak yang pertama sekali sampai.. akak amik bilik paling tinggi kat tingkat 8, Kim dan eileen kat tingkat 5,, Ain kat tingkat 2 kot.. akak dah lupa.. bulan puasa masa tu memang otak akak asyik teringat nak makan je..


Katil yang super comfy Super King size.. baru lah merasa dapat tidor bebas dengan anak akak.. sikit pun tak sempit walaupun saiz akak laki bini saiz baby jumbo hehehehhe


Ruang tamu yang practical dengan keluasannya dan bersebelahan dengan ruang dapur yang simple tapi lengkap segala galanya..


 Kelengakapan dalam almari dengan bathrobe yang berkualiti tinggi.. dan iron pun ada.. ada dua biji wardrobe macam nih

Dapur sangat bersih dan lengkap

Dapur dia memang akak suka sangat.. tak besar sangat tapi sangat sesuai kalau berdua kat dapur.. malangnya akak tak boleh tiru design nih kat umah akak sebab dapur umah  akak tersangat lah kecil .. kalau tidak mau akak paksa sambil guling guling laki akak suh buat macam nih

Peti ais dua pintu.. siap sediakan sabun basuh pinggan

Sudu Garfu bagai

Cawan dan gelas 

Periuk belangan berkualiti tinggi..sangat berat okey.. 

Pinggan mangkuk

Oven dan Microwave Elextrolux. jatuh cinta akak ngan produk nih

Sabun basuh pinggan dan Span basuh pinggan pun dia sediakan

Bath Tub

Add caption

Shower.. toiletries dia guna L'occitane .. pun aka jatuh cinta dengan harumannya.. tapi apakan daya syampoo dia 200ml dah RM80 sebotol

Kolam renang kat tingkat 22


Since kami stay kat tingkat yang berbeza.. dan nak naik lift kena pakai access card masing masing dah tak dibenarkan pergi ke tingkat selain bilik kita.. cuma tinggkat 22 nih open for all guest so meeting point kami kalau nak pergi ke bilik rakan lain ialah kat tingkat 22 nih.. kena berjemput bagai hehehehe

Bilik akak dan bilik kim sama je.. tapi bilik Zaireen sebab dia dapat lambat kami tak tengok lha.. sekali sebab bilik Studio Premier dah habis kot dia dapat One Bedroom Studio.. lagi besar.. huhuhuhuhu.. so sini lah pot kami nak berbuka puasa sebab dia ada meja makan heheehe


Luas kan ruang tamu dia.. TV ada dua satu dalam bilik dan satu lagi kat ruang tamu.. semua saiz 40 inch ke atas.. meja makan boleh makan 6 orang

Ruang tamu One Bedroom

 Petang tu kami bertungkus lumus memasak di dapur nih.. sedap giler ain masak Ikan Siakap Sweet sour.. akak bawak rendang ayam.. dan Ain masa sayur lemak labu.. daging dendeng.. perghhhhh.. nasib baik mintak periuk nasi dua biji.. boleh lah masak banyak sikit.. Eileen??? dia masak buah buahan.. beli kat cold storage kakakakaka


sambil masak sambil tu mulut semua becok.. anak anak dah sibuk nak makan.. macam lah dema puasa.. tapi anak Eileen dan anak Ain, Damia puasa.. Alli je tak puasa..Selesai makan balik lah ke bilik masing masing



Anak akak still nak nasi ayam.. order lah room service.. Addy lah hmm tumpang sekaki nak order chip dan bread tu..

dan waktu sahur akak panas kan lauk semalam sayuir labu dan daging dendeng ain bekalkan dan akak goreng sardin roll... dan dapur induction Electrolux tu sangatlah best dan memukau kalbu.. uwaaaaaaaa..


 Matahari terbit di Kuala Lumpur.. sangat indah..senyap dan sunyi.. aman je rasa


Berakhirlah percutian kami kali nih.. terima kasih kepada Ina yang sudi bagi peluang kami stay kat sini dan anak akak tak mo balik .. bukan dia je.. akak sekali rasa nak duduk sini sebulan. huhhuh

Akak siap amik video sebagai rujukan yang nak stay kat sini.. harga akak tak tahu sebab akak tak bayar.. akak dapat free.. sila contact no telephone kat voucher atas tu yek...




08 October 2013

BAINUNALUMNI FC - SENIOR VS JUNIOR (TRAINING)

When: 6th October 2013
Time: 8.00am - 10.00am
Venue: Padang Sekolah SMK Aminuddin Baki Kg Pandan

Game kali nih adalah sesi latihan bagi persediaan menentang pasukan veteran dari Johor yang akan datang ke Kuala Lumpur pada 19hb October 2013. Wah Team BainunAlumni FC dah maju setapak lagi..selalu lawan geng dari taman perumahan dan kompeni sekarang dah lawan antara negeri..syabas.. !!! Sesi latihan ini juga bagi membuat pilihan pemain yang masih mampu mengejar dan berdrama di atas padang:) walaupun melawan pasukan Veteran dari Johor, kami tetap menyelitkan kalibat muda bagi memantapkan pasukan kami yang telah sekian lama mengumpul lemak tepu.. 

Berikut adalah laroran perlawanan daripada Manager Pasukan kami iaitu Mohd Hanafi. atau lebih di kenali sebagai HANA.. kekekekekek





"Game Report : BainunAlumni FC Senior team 5-5 team Junior BainunAlumni FC. The most anticipated game of the year!!! Senior team bermula garang dan mengejutkan team Junior dengan jaringan pertama oleh Kapten Hasbullah Hassan pada minit-minit awal permainan. Tersentak lagi kelekaan team Junior kita dengan jaringan ke 2 oleh Striker Navyman Odone. Bagaikan baru tersedar dari lena team Junior bingkas merapatkan kedudukan dan mendahului permainan dengan selesa 4-2 sehinggalah cubaan jarak jauh dan diiktiraf gol terchantek oleh Midfielder Syahril Mazlan pada hujung separuh masa ke 2. Di separuh masa ke 3 team Junior berjaya menambah koleksi gol mereka ke mata 5-3 dan penuh berkeyakinan dapat mengakhiri perlawanan dengan penuh bergaya, namun team Senior takpe mengenal erti putus asa dan semangat 'Bainunian Game On' meledakkan 2 gol lagi oleh Pemain Terbaik pagi ini Striker Kerambit Bin Kerambot utk menyamakan kedudukan hingga ke hujung perlawanan yang berkesudahan dengan 5-5. Perlawanan yang penuh tactical game plan oleh Manager Moha Kamaruntuk team Senior versus speed, agility dan fitness tahap dewa pemain muda yang diterapkan oleh Manager Gonz Raul untuk team Junior. Semua players dan penonton akhirnya pulang gembira, ikatan ukhwah juga semakin erat dari pelbagai lapisan batch tak kira tahun dan usia kerana at the end .... "We are BAINUNIAN" 


Baju pasukan Merah for Junior dan Putih for Senior

Akak bawak roti jala dan Azye bawak beehun goreng


Makanan tuk suporters katanya.. 

Acara yang di tunggu oleh Dengkot.. 

Tak puas makan Beehun makan kasut plak

Sponsored by Abih Pikior Sdn Bhd

Di sponsored by TOne Agency

Manager dan kepten Briefing

Player briefing

Sarung kasut baru tak tahan minggu lepas kena bakor.. 

Team Junior bersama Ahkak Besar.. kekekek

Team Junior bersama Manager Besar

Team Senior 35 dan ke atas

Game onn

Gonz (hafiz) our junior manager

Penah seh.. cuci mata time.. tapi silap nih pasukan tua..




Yess nih pasukan muda.. hehehehe


Tapi akak lebih minat kat bende dua tayar nih.. Kepten Hasrul nyer BMW.. merasa akak jadi pembonceng.. 


Doc Faizal dan Kept Hasrul.. datang bagi sokongan dengan moto besar..
Enjoy video specially bagi sesiapa yang tidak hadir.. jom next event on 19 October nanti.. fun sangat...