09 January 2013

LITTLE CALIPHS SRI GOMBAK

Okey anak akak dah masuk 6 tahun dan dia mula berdaftar dengan Little Caliph tahun ke dua pada 2013. Akak nak share juga perkembangan anak akak setelah setahun berlajar di LCKI Sri Gombak.

Ini adalah pengakuan jujur akak dan apa yang akak rasa setelah setahun anak akak belajar di sana:

Setakat nih akak rasa mix feeling tentang sekolah ini.. bukan akak tak puas hati tentang teacher tapi tentang pencapaian anak akak.. akak dah buat sehabis baik dengan buat latihan kat rumah dan ajar mengenal huruf seperti teacher ajar dan menghantar satu bulan kelas tambahan pada bulan dua belas dengan bayaran RM350 khusus untuk membaca sahaja dan extra class setiap hari kelas membaca di LCKI sebab akak tahu anak akak masih tidak dapat membaca dan hanya mengenal suku kata.. tapi yet tak tahu bunyi untuk suku kata degan vokal U contohnya SUSU, BUKU, tapi suku kata A tahu pulak seperti DADA, MAMA, PAPA.. suku kata I pun tak tahu kalau akak test dengan perkataan SIPI, BIRI, KIRI.. akak anggap anak akak lemah lah sebab akak tak tahu pencapaian kanak kanak lain tapi akak tahu pencapaian anak saudara akak Farish yang sama umur Alli tapi belajar di Qdess Puchong.. tersangat pandai membaca, mengeja dan menulis serta boleh membaca surah surah panjang termasuk naik kenderaan.. Anak akak Alfatihah pun puas akak ajar kat rumah (tapi kata belajar kat sekolah..akak hantar extra kelas Iqra di LCKI) still tak pandai pandai lagi.. balik balik doa makan je..

Kadang kadang akak rasa anak akak tak dapat menerima cara pembelajaran di LCKI dan tergerak nak menukar anak akak ke CIC sebelah giant Batu Caves yang baru bukak.. tapi anak akak sudah selesa dengan rakan rakan di LCKI.. 

Sekarang ini LCKI dah asingkan pelajar umur 6 tahun di bangunan shop lot (cuma pelajar tahun 6 yang belajar takfiz yang masuk LCKI sedari umur 4 tahu sahaja belajar di bangunan lama di rumah teres) akak ada membuat lawatan di tingkat dua shop lot berkenaan semalam.. dan akak tgk agak sempit jugak tempat dia walaupun hanya mempunyai dua kelas dengan purata 25 pelajar setiap kelas. tangga jugak agak curam dan  tiada penghadang agar kanak kanak tidak jatuh trgolek kat tangga ketika bermain di hall taska baru itu dan tidak mempunyai laluan kecemasan yang mana wajib ada bagi setiap taska yang berdaftar.

Akak nak buat lawatan ke CIC sebelah giant Batu Caves sebentar lagi sebelum akak membuat sesuatu keputusan muktamad.. rasanya sebahagian fees boleh dipulankan kembali jika tidak berminat meneruskan pembelajaran di LCKI..

Ada dikalangan pembaca mempunyai anak yang belajar di LCKI ? harap dapat memberi sedikit komen tentang anak anda dan pencapaian dia setakat ini.. Terima Kasih..

No comments: