22 March 2013

MEREKA TIDAK BODOH...

Apakah persamaan di antara public figure  di bawah?

Orlando Bloom


Leonardo Da Vinci

Tom Cruise

Richard Branson

Yes ke empat empat mereka mempunya Dyslexia.. apakah Dyslexia Itu..?

Sumber sini

Tahukan anda bahawa Dyslexia adalah merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran utama di malaysia? menurut kajian yang dijalankan,prevelance kanak-kanak di malaysia yang boleh dikenalpasti mempunyai dyslexia adalah sebanyak 4.25% dan apa yg lebih teruk,ia mjd penyebab utama mengapa kanak2 ponteng ke sekolah.

menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,kanak-kanak yg mengalami dyslexia adalah murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan mengira. puncanya disebabkan oleh sistem bahasa, sistem visual dan gangguan sistem otak (cerebellar system). ia menyebabkan kanak2 sukar untuk memahami dan mentafsirkan apa yg mereka lihat dan perhatikan. dari aspek bahasa,kanak2 dyslexia biasanya menghadapi masalah membahagikan perkataan kepada suku kata. masalah 'decoding' ini menyebabkan mereka tidak dapat menyebut dan membaca dengan betul.selain itu,kanak2 dyslexia juga sukar membezakan huruf2 yg serupa seperti huruf p-q,m-w,b-d,p-g-j,n-m dan t-f. mereka jg sering menterbalikkan perkataan spt suka-saku, family-falimi,buah-buwa,selasa-selase, meja-meje. selain masalah membaca dan mengeja (dysgraphia),mereka juga menghadapi masalah dalam pengiraan (discalculia),koordinasi pergerakan (dyspraxia) dan copying.

apa yg lebih menyedihkan, kanak2 ini juga sering disalah anggap dan kerap kali dilabel sebagai budak bodoh,nakal dan malas. inilah yg menyebabkan wujudnya masalah psikologikal dikalangan kanak-kanak ini.

walaupun menghadapi masalah pembelajaran, namun tidak beerti kanak2 dyslexia ini tidak boleh berjaya dlm hidup. tahukah anda bahawa Walt Disney,Leonardo da Vinci, Pablo Picasso,Winston Churchill, John F. Kennedy, Bush & Sons,Lee Kuan Yew,Albert Einstein, Alexander G Bell,Tom Cruise, Whoopi Goldberg,Harrison Ford,John Lennon (The Beatles) dan Cher adalah merupakan kanak2 dyslexic. ini kerana, kanak2 dyslexia hanya menghadapi masalah dlm pembelajaran tp mereka mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang yg mereka minati.(sume contoh mat sallehkan? sbb kat malaysia, masalah dyslexia ni msh blm ada rujukan dan kajian dijalankan).kerjasama daripada pihak ibu bapa,guru2, kakitangan kesihatan dan masyarakat amnya adalah penting dalam menangani masalah ini. seharusnya masalah ini tidak dipandang remeh kerana ianya memberikan impak yang besar kepada kanak2 yg bakal menjadi pemimpin negara pd masa akn datang. 
 ............................................................................................
okey ramai lagi yang boleh berjaya walaupun mereka mempunya masalah dyslexia selagi mereka diberi kaedah pembelajaran yang susai dengan masalah meraka ... 

Kepada ibubapa yang mempunyai anak Dyslexia.. bantulah dan kenalpasti lah masalah pembelajaran anak anda sedari awal kerana mereka bukan bodoh dan sebenarnya mereka juga berusaha untuk berlajar dan pandai.. 

Di Malaysia banyak kelas telah di wujudkan bagi mengatasi masalah ini.. dikenali sebagai kelas khas supaya mereka boleh memahirkan diri dengan masalah yang mereka hadapi.. jika di kesan ketika di peringkat awal terdapat juga Pusat Kegiatan Dyslexia yang diwujudkan bagi membantu golongan ini..

3 comments:

Kuazue Mohd said...

hahaha..aku juga ada sedikit dyslexia actually where aku tak boleh bezakan certain words...memula kompiden jer baca betui..last2 teacher english kat bainun yg notice n bagi aku tahu..but alhamdulillah still berjaya..n now my second son pun sama..ada sedikit...teacher dia juga notice..siap dia boleh tulis in mirror image lagi...but dier sgt suka melukis...yakin lah dyslexia bukan bodoh...in a good hands..we can bloom

~ayusleeping~ said...

singgah sini dear

Yus said...

@Mak Engku.. yes dorang memang gifted in different way

@ayusleeping sila sila.. air buat sendiri yek :)