29 March 2013

PERAPAN KAMBING CARAKU

akak tak makan kambing nih uols.. tapi lately setelah akak makan kari kambing kat Banana Leaf curry house kat bangsar sedap lak dia masak kari kambing tu.. lepas tu akak tgk kat giant hok dorang dah siap marinate tu.. Harganya kira kira RM23 satu kg.. kalau satu kg tu dapat lah dalam 5 keping je kot.. mana cukup kami anak beranak (sebab dorang buat sedap)

Bagi langkah langkah mencermatkan bajet dapur akak supaya akak boleh beli benda merapu yang lain akak beli  Australia Shoulder Lamb Frozen jual kat giant jugak.. dalam 6 keping dapat RM10 je.. pastu akak buat rempah marinate sendiri.. sambil tu akak cuba agak agak apa yang dorang taruk sebagai rempah marinated kat giant tu..


Walaupun tak sama macam hok giant tu .. tapi suami  akak  kata akak  buat marinated lagi sedap.. matilah kena beli seluar one size extra sebab kembang semangkuk vontot i uols.. Malang sungguh kambing nih datang dari Oz semata mata nak kena mandi rempah dengan akak..



Lepas marinated selama lebih kurang 3 jam.. or kalau dapat sehari perap dalam peti ais pun sedap gak.. baru akak grill atas kuali.. akak pakai pemanggang ajaib hok beli kat idaman suri tu .. kadang kadang akak grill je atas kuali leper non stick nih.. padan muka dia kena salai kekekekekek



Taraaa.. dah siap lepas masak.. sungguh hot and spicy serta sweet dia kan :) merayu rayu mintak di masuk dalam mulut..makan gituew aja or with nasi panas memang sedap uolsss

Akak letak bahan bahan marinated akak buat yek.. kalau ada reader nak tambah bagi idea sila comment yek.. maklumlah akak dulu ada buku resepi tapi sejak ada anak nih semua jadi buku conteng dia.. supaya tak hilang akak letak lah dalam blog nih untuk rujukan akak nanti (bajet macam sedap sangat lah kann). Bahan bahan nih semua akak dapat kat dapur akak.. dapur akak banyak spice uols.. akak campur je buat experiment

1. Gula satu sudu besar
2. Sos BBQ Knor (tradisional) dua sudu besar
3. Paprika satu sudu besar
4. Mix Herb satu setengah sudu kecil
5. 5 spices setengah sudu kecil
6. Rempah kari daging Babas satu sudu besar
7.Lada hitam sesudu besar ditumbuk
8. serbuk garlic satu setengah sudu kecil 
9. Serbuk cili satu sudu besar (supaya pedas :) )
10. Olive oil dua sudu besar
11.sedikit garam

Campur semua bahan bahan dan sedikit air panas supaya menjadi paste yang pekat dan perap lah daging kambing tersebut sekurang kurangnya tiga jam.. baru grill atas pemanggang ajaib atau non stick pan


No comments: