27 March 2013

PRAWN AGLIO OLIO

Ingat tak bila uols start memasak.. or first time uols memasak..? for me akak start memasak maksudnya the very first time akak memasak dari sediakan bahan dan terus jadi makanan masa umur akak 12 tahun.. Arwah abah akak yang ajar.. apa nama masakan? Nasi Goreng Kicap..

Kisahnya pada waktu petang lepas penat bermain dengan rakan, akak rasa macam lapar dan nak makan nasi goreng... akak tak ingat macam mana tetiba arwah abah akak kata senang je nak masak nasi goreng.. amik nasi sejuk pastu gaul ngan kicap pastu panas kan minyak dan goreng.. dan akak berjayalah buat nasi goreng kicap hitam berkilat kena lumur minyak.. macam nasi goreng minyak kicap pun ada rupanya.. tapi for me rasa dia sangat sedap.. berani kata masakan sendiri tak sedap..?

And sejak itu akak kena masak nasi.. kena tolong kerja  masak kat dapur.. kena basuh pinggan.. eh basuh pinggan since darjah tiga dah kena kot sebab polisi kat umah akak setiap cawan dan pinggan yang kita guna kena basuh sendiri.. lelaki pompuan semua kena buat.. bagi akak masa tu ingat semua lelaki pandai masak sebab arwah abah akak pandai jugak masak.. walupun tak sepandai mak akak..

Sehinggalah tahun 2000 bila akak mula bernikah kawen dengan suami akak nih.. baru akak tahu dia kat umah mak dia,  masak air panas pun tak pernah..semua mak dia buat.. aduh parah!!!! Otak akak ligat nih nak cari idea nak suruh dia masak walaupun simple ... so far akak pernah tgk dia masak meggi je..  kalau akak sakit dia tanya nak makan apa.. akak cakap bubur nasi of course lah paling senang kan.. dia siap tanya nak bubur nasi ayam ke daging.. kesian kat dia akak cakap nak makan bubur nasi ayam lah senang.. baikkkkk nyer lepas akak cakap dia terus start motor gi beli uolsss...takde nye nak masak masak nih..

Okey hari ini dalam sejarah setelah 13 tahun dia berjaya memasak Prawn Aglio Olio uols... kemain start masak italian food..(sesuailah dengan nama ala ala itali kan) padahal nih lah paling senang kan.. berusaha akak yakinkan dia.. he can do it.. so we all berdua kat dapur akak tolong tunjuk barang apa nak guna dan akak rebus spaghetti je.. yang lain akak monitor jadi mandur...


dan hasilnya.. walaaaaaa.. sedap uols.. akak puji dia masakan sampai keluar bijik mata putih je nak kata sedap sangat laaaa... (harap harap dia nak try masak lagi lah lepas nih) lepas nih kalau akak sakit demam bagai akak mintak dia masak Prawn Aglio Olio nih je lah kannn..

And the best part laki akak kata senang rupanya memasak nih.. nanti ia nak try masak bende lain lak.. Heheheheh

Okeylah akak bagi resepi nih buat tatapan adik pompuan akak Yanty tu.. akak faham dia nak tanya malu nanti kalah ngan abg ipar kan.. so adik ini lah bahan bahan nya ye.. kalau allergic ngan udang tukar je lah jadi ayam ...

BAHAN BAHAN
A Lot of bawang putih.. akak guna 8 ulas bawang putih
Udang saiz besar/sedehana
Minyak Zaitun (akak guna extra virgin olive oil)
Sedikit butter
Cilipadi 2 ulas (wajib tekak melayu)
Chilli Flake nak kasi lagi pedas
Italian flat-leaf parsley (akak guna daun ketumbar.. sama ke tak?)
garam dan kalau suka letak lah lada hitam sikit

CARA CARA
1. Rebus Spaghetti sampai lembut dan toskan.. basuh ngan air paip supaya tak melekat
2. Bersihkan Udang buang kepala , kulit dan belah belakang dan cuci
(kulit udang tu sila rebus buat stock udang)
3.Tumbuk@dadu bawang putih, daun ketumbar racik halus
4. Hiris halus cili padi :)

Panaskan kuali dengan sedikit olive oil/butter dan masak udang sehingga sedikit brownish, Kemudian asingkan.. gunakan kuali yang sama masuk kan kira kira 3 sudu olive oil dan sesudu butter.. masukkan bawang putih, cili padi dan chilli flake.. masak sehingga naik bau.. jangan sampai hangus bawang putih tu.. kemudian masuk kan dalam 3 sudu air stock udang..kalau tak de pakai je air biasa pun okey.. kemudian masuk kan garam dan udang tadi.. masukan spaghetti dan gaul rata dan akhir sekali masuk kan daun ketumbar yang telah di racik halus. rasa cukup masin dia dan sedap boleh lah tutup api dan hidangkan bersama hiasan bunga bunga cinta..

Senang kan... selamat menjamu mata :)


No comments: