13 March 2013

SURIA CHERATING BEACH RESORT

Masa ke Cherating Pahang punyalah akak mencari bilik yang sesuai.. ingatke nak stay hok bajet nyer.. less than 100 pernite.. nak yang simple je tapi tepi laut.. sekali semua yang less than 100 bagi akak layak macam less than RM30 je.. semua chalet chalet kecil nak amik untung berlipat kali ganda tak sepadan ngan facilities..

Mula mula akak pergi ke Pak Itam Inn chalet harga dia RM80 semalam.. kalau tgk dari luar dan location  macam okey tapi dah full house..maklumlah hujung minggu.. lepas tu akak mencari kat area pantai cherating pergilah ke Cherating Bayview Resort hasil google chalet murah RM120 kalau tak salah.. with pool kan.. sekali nak pergi ke area tu sangat hujung sekali di pantai Cherating.. lepas tu tempat tu betul betul bersebelahan kawasan perkuburan muslim.. jalan pun memang tak elok dan sepanjang nak ke chalet tu anak akak jenuh peluk akak ketat ketat.. dia takut.. jangan kan dia.. dengan akak akak sekali menghimpit laki akak.. rasa macam nak duduk atas riba laki akak je :) so tak jadi lah stay situ.. kang tak pasal pasal anak akak masuk ward sebab demam macam bercuti le cherating dulu..

Sekali we all terjah ke Suria Resort & Hotel Cherating.. anak akak dah start buat muka puss in the boots.. siap janji nak jadi good boy.. tanya rate tuk hujung minggu tu RM195 tuk bilik standard dan masih ada lagi kosong.. hmmmm.. memula fikir nak hotel bawah seratus tapi since kat cherating nih pengusaha chalet tak pernah tgk chalet lain kat negeri lain kot..semua uzur.. ada yang macam nak roboh.. Okey we choose this one.. Alamat dia ialah

SURIA RESORT & CHERATING
Suria Cherating Beach Resort
KM 32.5 Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Cherating, Kuantan
Tel: 095819898 Fax:095819797
email: sales@suriaresort.com 

Ayuh tgk bilik akak.. Okey bilik akak terletak di Tingkat satu (109).. dan mujur bilik akak terletak di point wifi. point wifi free terletak di depan bilik 110 .. jadi signal dia memang agak laju sampai kan husband akak boleh buat lah kerja pejabat dia masa kat sini.. kalau nak masujk VPN memang selalu lembab.. signal komunikasi intrenet akak dari YES memang tak ada lah.. maxis pun slowww sangat..

Seperti biasa akak memang pilih bilik katil single sebab akak dapat dua selimut.. habit akak kalau berselimut dengam menggulung badan akak macam kepompong rama rama.. memang sangat sesuai akak ada personal selimut.. husband akak memang selimut kaki je dan anak akak langsung tak suka selimut...

Bilik nih ada siaran astro so anak kaka agak ralit lah tgk TV..kalau tidak sepanjang masa nak ajak mandi swimming pool.. bukan apa.. cuaca kat sini hujan tak henti henti.. pool tu sangat sejuk hokey.. kecut badan akak nih.. dah lah akak nih kurang lemak :)))))

Okey suis TV nih tak boleh off.. remote memang dah tak ada bateri semua kena pakai manual.. kalau keluar bilik memang kena off suis TV kat pluq belakang.. tapi kalau dah malam malam tgk TV mana rajin nak bangun tutup pluq kat belakang kan.. button off kat TV memang dah rosak.. sabar je lah...
Almari Baju dan Extra Bantal
Mini Bar dan complimentary drinks

Bathroom




Yang tak best bathroom nyer sinki memang tak boleh mengalir kan air.. terpaksa akak cabut hose kat bawah sinki biar air tu mengalir terus ke bawah.. malas akak nak report bagai sebab bagi akak small matter bukan bak mandi kat sinki cuci muka jer.. nanti check out akak complain lah.. harap harap dorang betulkan tuk next customer
Towel Rack
Sliding door nih pun dah nak tercabut pintu nya.. takpe lah akak tak guna pun sliding door nih sebab akak dah kunci siap siap pintu toilet tu.. memang dah agak uzur lah peralatan dalam bilik air nih
shower area
Simple Swimming Pool

Kalau nak facing sea view mengadaplah pool nih.. akak memang elak kan kalau tido kat mana mana hotel mengadap pool. satu sebab anak akak akan melekap tepi tingkap ajak sepanjang masa berendam kat sini or akak memang tak suka dengan suara bising bising..akak nak tenang je.. sebab tu akak pilih deluxe standard.. mengadap garden..

Path way nak ke Pantai..

Pantai dia actually cantik dan bersih (okey sila jangan compare ngan redang perhentian bagai yek) cantik sangat dari Port Dickson ... tapi keadaan ombak yang sangat kuat smapai akak tengok laut macam marah.. tinggi sangat ombak dia dan sangat bahaya okey...cuaca pulak memang sekejap hujan sekejap reda memang mengeruhkan lagi air laut..

Ini pulak view hotel dari tepi pantai.. akak rasa location dia memang sunyi dan bagus lah bagi yang suka bercuti dengan tenang.. tapi ruang breakfast memang tak cukup dan tak besar.. kalau turun breakfast kul 8 pagi memang tak ada tempat dan paling tak best kena tunggu orang makan yang never ending lagaknya.. macammana doran g boleh makan banyak banyak dan lama sampai dekat satu jam setengah? tak paham sungguh...

Next  time akak nak melawat Pulau Redang lagi.. nanti akak citer holiday akak ke Redang. sekarang akak nak amik lesen scuba.. harap harap suami akak nak join sama scuba diving nih.. :)

4 comments:

mama ila said...

ila pun pernah stay kat Suria nie..mmg tempat breakfast dia kecik kann...


salam kenal..ila follow sini

Yus said...

hai mama Ila.. salam kenal... :)

Azam Jusoff said...

saya memang suka baca blog akak ni,senang buat rujukkan untuk jenjalan hari tu nak g langkawi baca blog ni,ni nak g cherating pun baca lagi hehe.tq.

Yus said...

thank you thank you bro azam... err nak buat posting pasal ho chi minh vietnam.. amaran jangan bagi wife atau tunang atau kekasih baca hahahahahah..