25 April 2013

PULAU REDANG - REVISIT PART 1

Lama akak menyepi kan.. niat memang nak update macam macam.. tapi tiap kali akak duduk depan komputer nih akak dok layan blog orang lain.. lebih lebih lagi nak PRU13 nih kan.. macam best je baca blog yang pro kerajaan dan pro pembangkang.. sampai akak tak tahu mana satu rekaan dan mana satu yang fakta.. tapi ke pulau setiap tahun harus akak amalkan.. maklumlah bukan duit akak kan.. duit laki akak.. lagipun akak kan ada voucher percutian ke pulau masa birthday akak dulu yang husband akak kata boleh redeem..


Percutian kali ni akak pergi bersama sama BFF akak si eileen tu haa.. punya lah banyak soal itu ini..sampai kalau boleh dia macam nak bukak klinik dan kedai runcit kat sana..segala benda dia bawak.. takut kebulur ke apa? percutian ke Redang kali nih selama 3 hari 2 malam.. all inclusive.. bawak badan je.. setelah booking dua bulan awal maka hari yang ditunggu tiba jugak.. berangkat lah akak ke Pulau Redang.. walaupun laki akak telah di sahkan kena Chicken pox.. akak hangkut jugak.. takpe lah akak drive dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu selama 6 jam setengah.. sebab laki akak dalam pengaruh ubat.. Chicken pox dia baru nak naik so doktor bagi ubat yang sangat kuat dan mengantuk dan buat dia nak tido jer..


Bagi yang tidak pernah ke Pulau Redang.. tempat yang paling sesuai menginap dan agak meriah ialah di kawasan Pantai Pasir Panjang.. terdapat beberapa resort di kawasan pasir panjang.. tapi bagi sesiapa yang suka sunyi boleh pergi di kawasan lain Pulau Redang selain Pantai Pasir Panjang. Chalet yang terletak di Pasir Panjang ialah Redang Holiday, Coral Redang, Redang Pelangi, Ayumayang Redang, Redang Bay, Redang Beach, Laguna Redang.

Redang Reef tidak mempunyai view pantai seperti Resort di atas kerana kawasan yang berbatu dan agak hujung. Bagi Redang Mutiara dan Wisana Beach Chalet  tidak ada access ke Pasir panjang dan sangat sunyi di waktu malam.. Redang kalong pun sama juga.. memang macam private beach jer.. kalau honeymoon okey kot..



 Total harga bilik ialah RM2722 bagi kami berlapan.. 4 kanak kanak dan 4 dewasa.. sebab bilik akak adalah bilik Triple maka harga dia ada sikit mahal lah.. tapi its okey... laki akak bayar kekekekek...package nih complete ngan Breakfast, Lunch, Tea Break dan Dinner.. snorkeling Trip 3 times..



Punya terrer akak drive dengan hujan yang sangat lebat dari Hiway pantai Timur Temerloh sampailah ke Kuantan.. akak drive 6 jam setengah dan stop di dua tempat je.. start bertolak dari hari khamis kul 9 dan sampai di Kuala Terengganu pukul 3.30 pagi.. stop di Temerlph sekejap sebab addy nak makan ubat dan dia lapar.. dan stop sekali lagi di Mc Donalds Kerteh sebab Addy nak minum kopi.. Aikk?? saper yang drive kete nih.. tapi husband akak nih memang suka banyak pit stop..akak pulak jenis suka straight drive non stop...maklumlah akak kawen ngan orang tua... :)

Kami naik ferry kat Jetty Shah Bandar Kuala Terengganu.. Jetty ni  betul betul kat dengan Kompleks Warisan dan Pasar Payang.. masa sampai tu akak nak ushar parking dan port akak nak tidor sementara nak tunggu ferry kul 9.00 pagi.. Eileen pun sampai kat sini around that time.. tapi dia ikut jalan Grik sana sebab dia dari Kuala Kangsar..lalu area kelantan..



Parking memang banyak tapi tak ada orang jaga.. risau gak.. akak ngan eileen ingat nak parking kereta kat area kompleks warisan basement parking tapi still tak ada orang jaga dan suram serta gelap.. kalau hujan non stop gayanya macam akan jadi submarin je kereta tu nanti.. akak ngintai dalam area Jetty. tengok parking yang boleh muat dalam 20 biji kereta dah penuh.. tawakal lah je..


Pintu Jetty nih bukak dalam pukul 7 pagi.. ramai lah orang dah tunggu kat depan Jetty tu nak ke Pulau..

Kami pun dok jugak lah tunggu pintu gate bukak.. akak cuma merasa tidor dalam sejam je dalam kete.. anak akak sibuk kaco.. maklumlah dia dah tidor sepanjang jalan so dia banyak energy dan jumpa geng.. sikit sikit panggil akak.. tak lena tidor.. boleh buat akak jadi cranky tau!!!

macam nih lah keadaan Jety Shah Bandar.. kaunter tiket nih bukak dalam pukul 7.30 pagi.. kena ready voucher bayaran yang kita buat dan bila kaunter nih bukak just bagi je dan dorang akan bagi tiket dan segala boarding pas nak naik ferry tu nanti

Sambil tu boleh tunggu ferry sampai dan nak breakfast pun akak tak tahu kat mana.. tapi kat tepi luar Jetty nih ada jual kuih muih.. we al beli kuih je alas perut..


Sebab akak stay kat Redang Beach Resort akak kena pergi kaunter nih.. tapi kaunter tak bukak lagi.. kul 8.00pagi baru bukak tunggu je lah.. kalau uols tak ada buat tempahan siap siap  tiket ferry dengan resort maybe tak dapat tiket, sebab orang ramai sangat dan tak cukup tempat duduk.. nih pun dua buah ferry besar.. .. kena naik kat Jetty Merang lebih kurang dalam 40 minit gak dari bandar Kuala Terengganu.. so better beli tiket sekali siap ngan bilik yek.. Tiket per person adalah RM110 pergi balik tuk sorang.. selalu kalau amik package dah ada siap siap dalam tu rate dia..


Akhirnya we all dapat parking kat dalam jetty sebab ada orang baru keluar kereta setelah semalaman mencandat sotong.. lega.. parking rate kat dalam nih RM20 bagi 3 hari 2 malam.. lega sikit..at least selamat sikit parking kat dalam Jetty nih.. pagar berkunci waktu malam dan ada orang jaga..


Kul 8.30 we all dah siap siap nak naik ferry dah.. kat Jetty Shah bandar nih anak akak tak teruja lagi sebab tengok air dia keruh.. tapi still excited dapat naik ferry..


Free seating yek.. kalau pilih kat bahagian depan agak panas.. tapi adalah Tv dorang pasang move nak buang masa selama 1jam 30 minit nak ke Pulau Redang tu...
kalau pilih seat kat bahagian belakang sejuk sikit aircond dia tapi jangan belakang sangat sebab bunyi enjin sangat bising.. akak tak try kat bahagian atas..sebab kat atas pun ada seat jugak.. bawak budak budak nih susah sikit nak rebut rebut naik atas

Satu row seat ada 4 seat.. since tak penuh akak boleh je letak beg kat seat tepi akak tu... meriah  dalam nih ngan set jejaka lembut segerombolan berkaroke ikut dalam CD.. terhibur gak dengar show free..


 Akhirnya kami sampai setelah satu jam kemudian.. beginilah rupa ferry kami. besar dan panjang..since ferry nih tak boleh ke tepi pantai kerana kawasan cetek dan tak ada jetty disediakan  bagi yang menginap di Redang Beach Resort, Lagoon Beach Resort, Redang Holiday dan Coral Redang.. alternative kita akan dipindahkan ke atas satu lagi boat bagi membawa ke tepi pantai tanpa basah


 Cantik kan lautnya.. akak rasa macam nak terjun je.. badan pun dah berlengas tak mandi lagi dan cuaca sangat panas.. beginilah kami di pindahkan dari tepi laut tu menaiki satu lagi ferry kecil...


Dan ferry tu akan sampai di tepi pantai.. maka pakat pakat lah turun macam anak itik keluar kandang.. heheheh.. yes uols.. ramai kaum cina suka ke pulau..kiri kanan depan belakang asyik nampak orang cina sahaja... kaum melayu kurang sangat.. tak suka ker? Ke orang melayu suka pergi maldive?? common uols.. Pulau Redang sangat cantik dan setanding dengan pulau pulau yang jadi sebutan di luar negara..



Proses Check in berjalan dengan begitu teratur sekali.. tak ada lah kelam kabut.. since masa check in adalah pukul satu dan kami sampai kat sini dalam kul 11 pagi maka lepak dulu lah kat area lobby.. anak anak akak dan eileen dah tukar siap siap baju renang nak terjum laut..dah tak sabar sabar sangat.. waktu lunch pukul 1.00.. we all dah dibekalkan voucher lunch dan dinner sepanjang kami berada di sini.. we all makan dulu lah sebelum masuk bilik.. lapar weh.. pagi tadi makan kuih je ..

Tambahan yang kena bayar kat sini ialah Mask RM15 dan Life Jacket RM15 per pcs sepanjang menginap di sini.. okey nanti akak sambung lagi di Part 2 :)

No comments: