14 May 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 1

Hai kengkawan.. sorry lah.. baru nih akak ada masa nak cerita tentang trip akak ke Ho Chi Minh City (HCMC) a.k.a Saigon di Vietnam... akak sebenarnya tak cukup masa nak buat research pasal Saigon nih.. maklumlah bulan 4 hari tu boleh di katakan setiap minggu akak ada vacation jalan jalan.. so masa sangat limited akak nak buat kajian tentang bandar nih.. tapi akak tetap buat reasearch pasal tempat shopping baju rayeeee!!! eh puasa tak  abih ganti lagi nak citer pasal raya kan.. maap kan akak,, akak memang excited lebih..

oleh kerana flite akak betul betul masa 5/5/2013 iaitu hari mengundi maka Air Asia telah bermurah hati menyusun balik jadual penerbangan mereka.. apa lagi akak terus pilih tarikh 8/5/2013-11/05/2013.. nasib  baik hotel tak book lagi.. akak booked melalui agoda je.. dapat murah pulak tu.. suspend gak sebab orang lain dalam forum dok citer duk kat Saigon Pink 2.. hotel akak langsung dorang tak sebut.. huhuhuhu.. tapi akak memang buat trip bajet kali nih..(trip kedekut)

Seawal jam 8.00 pagi akak keluar rumah parking kereta kat Komuter Taman Wahyu.. kater bajet kan so kena berjimat dalam perjalanan.. Nak parking kat Stesen Batu Caves seram gak kang hilang kereta sebab kat situ tak ada orang jaga dan kedai makan.. kat Taman Wahyu at least ada kedai mamak yang bukak 24jam.. parking depan kedai tu je.. Tambang Komuter RM1.00 sorang.. naik komuter pukul 8.15pagi  sampai je kat KL sentral naik bas Air Asia RM10 sorang pukul 9.00pagi.. ada je bas murah lagi RM8 tapi sebab bas AA jalan dulu akak pilih hok tu lah.. sampai kat LCTT pukul 10.15am.. terus drop luggage.. luggage ringan je sebab plan nak isi barang rampasan dari HCMC.. :) sementara nak tunggu flite we all breakfast dulu.. (padahal dalam flite dah beli makanan siap siap) orang Malaysia memang kuat makan.


Pukul 12.00 tengah hari flite bertolak dari Kuala Lumpur ke HCMC.. perjalanan memakan masa 1 jam 40 minit dan masa kat HCMC cepat 1 jam dari malaysia.. so masa ketibaan si HCMC ialah 12.55 pm.. nasib baik flite tak penuh.. cer tgk orang sebelah akak siap baring kat 3 kerusi lagi.. akak nak kill the time dok main Candy Crush.. nih nak update blog pun amik mood main candy crush.. tu yang lembab je nak update blog..
Pemandangan HCMC dari Udara

Perjalanan selama 1 jam 40 minit tu tak ada nyer view yang menarik sebab melalui kawasan laut.. tapi awan awan sungguh cantik..



Terpegun akak melihat bermacam macam bentuk awan... rasa macam nak main loncat loncat atas awan tu je..

trip kali nih akak nak buat yang simple simple je.. tujuan utama nak buat baju raya dan tengok tempat orang je.. akak plan nak gi Chu Chi Tunnel sebab Addy nak merasa menembak menggunakan M16.. cita cita dia dari kecik nak jadi askar.. okey akak bagi tips lah sikit kalau uols nak senang refer peta kat sana tapi tak nak roaming or guna data plan boleh lah siap siap uols pre-cache map kat area yang uols nak lawati..memudahkan dari membawa peta ke hulu hilir kan..sekarang kan zaman teknologi di hujung jari.. bagaimana nak pre cache maps dalam smart phone anda tanpa menggunakan data sila rujuk sini.. akak guna maps ni masa offline kat HCM tanpa ada masalah.. tapi satu lagi option akak menggunakan simcard vietnam.. murah je uols.. lagi best senang nak kemana  mana just type je location dia akan bagi direction arah mana yang harus tuju or bas mana yang harus uols amik.. berapa km dan berapa minit perjalanan menggunakan kaki dan menggunakan bas atau kereta...


peta di atas adalah kawasan yang akak nak pergi..ada lagi tempat yang akak nak pergi tapi akak nak tunjukkan tempat yang uols boleh lawati bila berada di sana.. jangan lah dok shopping 24 jam kan.. suhu kat bandar HCMC sangat lah panas.. dan asap kenderaan.. motor merata rata tapi not to worries sebab motor dia bawak slow je.. dia bagi anda melintas punya.. cuma pandai cari peluang yek..hotel akak berada di kawasan Shopping Cho Ben Thanh.. senang nak kemana mana sebab transport akak kat sini bukan taxi..akak nak naik bas dan jalan kaki je..


Setibanya di lapangan terbang tan nhat son dan telah lepas pemeriksaan kastam.. Airport mereka tak ada lah besar dan sesak.. semua urusan cepat je.. walaupun negara mereka adalah negara komunis.. akak terus menuju ke arrival hall (nak keluar dari lapangan terbang) belah kiri hujung sekali ada menjual simcard


Kebetulan tak ada orang pun nak beli simcard kat sini.. penjual nih boleh berbahasa English dengan amat baik sekali.. semua urusan registration di buat oleh penjual nih..akak terus boleh pakai je telephone nak buat call or nak guna data internet.. internet mereka sangat laju dan boleh di katakan semua kawasan yang akak pergi dapat coverage yang sangat bagus..


Memandangkan akak berada di sini selama 4 hari dan akak mintak pendapat jurujual tu untuk plan yang paling sesuai dia mencadangakan akak mengunakan plan 100,000 dong (RM15)  data 1.5GB..memang sepanjang masa akak on je internet..dalam bilik ada wifi.. tapi kalau wifi problem macam masa hari pertama siap akak buat tepon akak sebagai hot spot for husband akak.. sampai balik malaysia quota akak tak habis lagi. berbaloi.. sebab sepanjang masa akak guna GPS sebagai pandu arah.. memang pentinglah bagi first timer macam akak..


Keluar je dari airport akan ada orang yang tanya hendak menggunakan taxi tak? sekali lagi akak cakap akak buat trip kedekut..akak naik bas.. heheheh.. bas dia betul betul keluar dari airport dan berada di sebelah kanan anda.. dengan bayaran 5000 VND (RM.075) Insya Allah anda akan sampai ke area Ben Thant market di kawasan hotel akak.. di sebabkan akak bawak satu beg luggage yang besar maka driver tu charge lagi 5000VND for seat nak letak beg akak tu.. baru RM1.50 kann.. bas dia bernombor 152 dan berwarna biru putih.. akak gelar bas nih bas BN.. sebab ada satu lagi bas akak gelar bas PAS sebab kaler Hijau kuning.. lain syarikat yek.



Pemandangan di luar kawasan terminal.. terminal nih dua tingkat tau.. nanti akak bagi tips nak naik taxi mana satu kalau uols berada di HCMC

Bas 152 dari tan nhat son airport ke Cho Ben Thant berada betul betul di hadapan Kios Burger king nih..uols cuma bayar je duit kepada driver masa nak naik dan driver akan beri tiket kepada uols.. (driver bas nih boleh berbahasa malaysia dengan fasih .. akak kaget uols.. akak berada di mana ye?


Bas ini berhawa dingin tapi tak kuat sangat aircond dia..maybe sebab cuaca panas sangat.. tak ramai pun nak naik bas..masing masing naik teksi.. which is around RM15 or more dari airport ke Ben Thant market..perjalan sejauh 7km tapi memakan masa selama 25 minit memandangkan jalan yang sesak..


Okey ada 3 orang adik nih naik bas ngan akak..akak tak tahu nama dia.. tapi we all kat sana kerap jalan bersama.. best gak dapat kawan kawan sembang.. siap makan dan berjalan jalan pusing bandar sama sama.. walaupun hotel lain.. tetap terserempak dengan dorang nih..sporting je..we all dah jadi kawan vietnam heheheheh



Kat bandar HCMC nih memang kenderaan utama mereka ada motosikal.. akan nampak beratus ratus motor berada di jalan raya.. tapi mereka tak merempit..mereka bawak slow je.. kalau nak melintas jalan sila cari zebra crossing yek.. uols jangan jadi ayam melintas jalan..


Kalau nampak round about nih dah hampir sampai lah ke last station.. jangan risau.. ramai ramai orang turun uols pun turun lah sekali yek..

Yeaaaa dah nampak mercu tanda Ben Thant market.. hok ada jam tu.. dia betul betul berada di roundabout

 Lintasan kedua yang perlu anda lintas dari bas stop ke Ben Thant market

Hok warna merah tu lah bus stop bas di Ben thant market.. kecik je.. jangan pikir macam purduraya pulak

Ini adalah salah satu dari dua jalan raya yang nak kena melintas bagi ke Ben Than Market atau hotel uols.. kena hati hati yek.. tapi Insya-Allah dorang tak langgar lah.. just stay calm dan lintas jalan


ini adalah route bas kita pergi mana mana berdasarkan nombor bas dan warna bas.. kalau pergi ramai ramai boleh option pakai teksi bermeter tapi kalau berdua macam akak dan addy lebih jimat pakai bas je.. lagi adventurous..

Stesen bas bas dari airport akan berhenti di atas hujung belah kiri tu.. turun lah dan lintas jalan dengan berhati hati yek


tempat menunggu bas.. tunggu ikut nombor. bas nih tak berhenti sebarangan jalan.. tempat yang ada bus stop je dia akan amik penumpang dan menurunkan penumbang. macam rapid KL main hentam je kalau dia nak berhenti mana mana kan..

Okey akak nak share tentang tukaran wang asing.. bagi akak uols tak payah lah nak tukar wang kat Malaysia. boleh pakai ringgit je.. macam akak tukar 1 juta dong (RM152) kat malaysia tuk tambang teksi dan makan sahaja menggunakan dong.. beli belah mereka menggunakan Ringgit dan Dollar.. kadang kadang guna dollar lagi untung.. kadang kadang guna Ringgit lagi untung.. pilih lah dengan bijak..tapi memang senang urusniaga dengan Ringgit.. tak ada pikir nak tukar balik kalau wang berlebih..

Owh tukar wang kat sini lagi best dan untung sebab RM150 boleh dapat 1 juta dong.. tapi kat Malaysia RM152 dapat 1 juta dong.. rate kat malaysia nih nak untung lebih je.. boleh tukar kat kedai emas HATAM yang berada di satu deret dengan Hotel Saigon Pink 2 kat corner lot dekat ngan Ben Thant Market..

Bagi yang memilih menggunakan taxi sebagai kenderaan rasmi di sana. boleh menggunakan dua jenis taxi nih sahaja iaitu teksi Vinasun dan Mai Linh Group.. sebeb taxi lain tidak menggunakan meter dan suka menipu..pastikan mereka menggunakan meter dan urusan transaksi dalam dong.. berhati hati sebab dorang ada menipu jugak tengok betul betul teksi tersebut.. ada yang meyamar jadi teksi vinasun.. selalunya ada penjaga yang menjaga teksi nih..dia duduk tepi jalan pakai baju hijau pekat.. boleh suruh dia tahankan teksi untuk anda..

Mai Linh Group

Jangan sekali kali naik beca kerana ramai yang tertipu.. masa mula mula deal kata nak pusing bandar dia charga 300 dong which is RM45.. tapi masa turun dan nak bayar dia kata 300 dollar (RM900) ramai yang pandai menipu kat sana.. hati hati yek.. korang memang kena pancung lah masa tu.. giler boleh beli tiket ke Australia dah tu ..

Teksi mereka memang tak buruk yek.. kalau korang nampak teksi buruk buruk tu tak payah naik yek.. cari kereta baru baru..lagi satu kalau uols suka duk depan pastikan tak salah bukak pintu sebab dorang LEFT HAND DRIVE.. tak pasal pasal korang jadi drebar teksi pulak :)

Okey nanti akak sambung lagi citer Part 2 yek..akak nak main Candy Crush.. dah nampak ramai kawan kawan akak online potong akak nyer tempat nih.. tak bleh jadi....

13 comments:

anjung69 said...

Salam U

Teringat time gi ho chi Minh ni dulu...shopping punya hal...siap panggil org yg jual telekung sulam dtg ke bilik..bawak berbakul contoh telekung..si mamat tukang jual tu siap speaking Kelantan lagik!

Kuazue Mohd said...

akhirnya merasa aku p mlwat vetnam walau hanya baca ko nyer crita...crita lah lagik..!! leh aku imagin aku p sana juger..

ctsueraya said...

ahkak nie tau2 jerk iols nak gi vietnam tahun depan..sah2 bertapa depan blog ahkak nak kutip tips :meroyan okeh:

Yus said...

@anjung69- bukan setakat dorang datang bilik jual telekong.. nak tempah baju pun dorang datang ukur kat bilik... best kannn.. bahasa melayu jadi bahasa perantaraan :)

@mak engku- aku rasa ko lagi happy kalau kat sana.. kain kain nak buat craftangan ko sungguh murah dan cantik.. sure idea ko pun melambak keluar

@ctsuraya- nak gi tahun depan? alamat lagi murah lah baju baju dan tudung tudung bagai kat sana.. jangan lupa jalan pulang ke Malaysia muhahahahahah...

ctsueraya said...

kak nape pulak tahun depan lagik murah??huhu tgh tak sabar nak baca entry baru ahkak tuhhh

Yus said...

@ctsuraya..
tahun lepas kawan akak pergi baju kurung takde manik rm50.. tahun nih akak pergi baju kurung manik rm50.. kalau tahun depan ntah ntah rm45 jee.. design baru baru lak kan.. hehhehehe

I am Nurul said...

salam..suka penulisan kak..sangat detail dan memudahkan utk saya travel ke HCM next month..yg pasti saya pon akan travel secara kedekut.hahaha..

#naik bas 155

I am Nurul said...

salam..kak suka ngan penulisan kak yang detail.. betul2 memudahkan saya untuk travel HCM next month. Yang pasti, saya juga travel secara kedekut!hahaaha.confirm nak naik bas 152 ke Ben than market

Yus said...

Thank you @I am Nurul

Akak suka tulis detail sebab akak suka hilang ingatan.. :). at least akak boleh refer balik kalau nak pergi lagi kan.. dan orang lain boleh buat rujukan juga:)

Nana Hilmi said...

teksi tu dia charge per teksi ke per head?

Yus said...

nana hilmi.. Per taxi

vee said...

Kak..tumpg tnya. Akak beli sim card tu byar pkai mata wang apa? Dong? Usd? Rm?

Yus said...

Vee... matawang dong dear!!!