22 May 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 4

Sorry friends/reades nak sambung balik kisah HCMC nih agak lembab.. maklumlah banyak benar.. akak tak sangka akak kena prepare lagi dua travel itinerary for damily.. sebenarnya ada tiga.. akak terpaksa tolak pelawaan babysitter Alli ke Port Dicson dorang dah siap booked hotel penginapan tuk we all.. tapi tak ada rezeki.. kita sambung pasal kisah HCMC nih sebelum akak benar benar sibuk.. apa kena nih makcik duk rumah pun sibuk?

Seawal pukul 3.00 pagi waktu tempatan akak dah bangun.. excited ke lapar tatau lah.. nak tunggu pukul 7.00 pagi akak layan main game candy crush.. pukul 8.30 pagi akak dah plan dan dah booking kat hotel Saigon Pink 2 nask ke Chu Chi tunnel.. bayaran akak kena bayar kat Saigon Pink 2 ialah 9 USD (RM27.00) seorang bagi pengankutan by Tuan travel ke Chu Chi tunnel.. perjalanan memamakan masa 2 jam jugak.. sebelum tu akak dah bersarapan siap siap kat Basiroh tu nasi lemak dan kopi ais tuk dua orang dah kena 130, 000 dong (RM19.50)  makanan memang mahal dan nasi lemak itu sungguh tidak sedap huhuhuhu.



Dalam perjalanan we all duduk kat belakang sekali bersama adik adik yang kami jumpa di airport tu.. sakit pinggang weh duk kat belakang dengan bas dia tak selesa langsung.. tapi tahan je lah.. explaination tentang Chu Chi tunnel dalam bahasa English yang agak sukar jugak nak paham.. maklumlah lain accent kan.. bertolak pukul 8.30 pagi..jemput kat depan hotel Saigon Pink2 seperti yang we all janji..



Dalam perjalanan singgah di Handicapped Handicrafts by penduduk vietnam yang terkena Agent Orange akibat peperangan atau pencerobohan US.. sangat kesihan semua effect kat bahagian kaki dan perubahan genetik.. termasuk ibu ibu yang melahirkan bayi selepas terkena agent orange punya bahan kimia..  tapi mereka sungguh creative


Suasana mereka tekun berkerja dalam suasana senyap.. semua mereka mempunya defect tubuh badan yang paling ketara bahagian kaki menyebabab kan mereka tidak boleh berjalan dan melalukan kerja berat..


Dan barang barang yang mereka jual juga tidak murah.. maybe susuai dengan hasil lukisan tangan mereka yang memakan masa nak buat kan.

Pasu
lukisan atas ceramic

Pasu lagi

Free hand @drawing scraping

Setelah kira kira 30 minit di situ we all bergerak ke Chu Chi tunnel tempat asal tujuan kami.. sampai di Chu Chi tunnel kira kira pukul 11.00 pagi.. cuaca panas terik nasib baik kawasan nih merimbun dengan pokok..sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal chu chi tunnel nih sila gugel yek..akak malas nak citer sejarah nih..sebab sejarah negara akak nih pun akak masih fail.. tapi akak tahu lah serba sedikit berkenaan war di vietnam dan ChuChi tunnel.. tak pun sampai kat sana dorang akan buat briefing dalam kira kira 15 init tentang perang dan chu chi tunnel nih


Entrance fee ialah 90,000 dong (RM13.50) seorang..

Antara senjata milik US yang di tinggalkan.. orang vietnam berperang sangat simple dan gerila style..


Rules



Di sini kami di beri briefing selama 15 minit dan ada tayangan video black and white ketika perang dan penerangan tentang tunnel di situ..


Seperti biasa akak dan adik adik nih duk kat bahagian belakang dekat dengan kipas.. mat salleh semua khusyuk dengar citr.. we all asean.. dah tahu


Salah satu tunnel yang boleh nak jenguk.. tapi banyak ulat gonggok besar.. macam naak ular dah akak tgk huhuhu geliiiiii

Penerangan oleh veteran perang Jackie

Jack nih berada di dalam tunnel ketika perang dahulu.. bagaimana dia survice beberapa tahun dia dalam tunnel tu yang macam laluan tikus..merata rata boleh keluar
Demo memasuki lubang kecil yang tersembunyi

Dorang boleh lak masuk dalam lubang tu sebab dorang kecik.. kalau akak mau sebelah peha je lepas.. lain lain sangkut..


Kalau terpijak terus menuju ke besi besi tajam..
Buat buat khusyuk dengar citer
Hey dude chiggy time?
Salah tu meh akak buat!!

Ventilation system. bagi membekal oksigen dalam tunnel orang ingat busut..
US lari tinggalkan kereta kebal nih sekali
Salah satu contoh jerangkap samar
Door trap sesuai tuk laki yang kuar rumah senyap senyap

Dont touch .. opsss sikit je..




The end of tour kita akan diberi peluang tuk menembak menggunakan senjata betul dan peluru betul.. Addy dah macam budak budak masuk candy store..


Dia pilih M16. minimum 10 peluru kena beli.. so M16 punya peluru 40,000 dong sebijik so total 400,000 dong (RM60).. boleh lah.. tapi uols jangan gatal gatal amik kelonsong peluru tu nak wat tanda mata, cenderamata ,, lekat korang kat airport kang.. berani tak???

Happy kid.. bising woo kiri kanan bunyi orang menembak
Berehat sebentar sementara menunggu Addy keluar dari tunnel
Cak!!! tak berani duduk dalam tunnel lama lama.. 1st station dah keluar
Okey lah nanti akak sambung lagi yek.. hari nih akak free sebab laki akak  gi office anak akak gi sekolah satu rumah nih akak punya dan nak tulis blog tanpa gangguan.. lapar???? tahan jeeeeeee

No comments: