06 May 2013

KISAH KISAH DI HARI PRU13

Tahniah BN kerana berjaya memang dalam election kali nih..tahniah seklali  lagi kerana diberi mandat sepenggal lagi mentadbir negara.. ingat tadbir negara dengan berhemah.. yang kalah tu kerana Allah tak izinkan parti anda menang lagi.. Insya-Allah jika anda gandakan usaha doa anda usaha anda akan termakbul.. ingat senang ke nak ajak anak muda yang terbiasa  dibesarkan  dengan largha dunia nih kembali kepada fitrah manusia..? Jika usaha anda ikhlas ke arah tersebut.. Allah akan membantu anda..   dah jumlah yang keluar mengundi menunjukan peningkatan.. sebanyak 80% jugak yang keluar mengundi.. bagus menunjukan ramai yang makin sedar dalam hak kita sebagai rakyat malaysia.. Kalah dan menang memang adat bertanding..

Okey akak nak share sikit pasal tanggal 5 Mei 2013. sepatutnya hari nih akak fly ke Ho Chi Minh Viet.. tapi nasib baik AA tukar tarikh flite so akak postpone ke 7hb  yek.. Alhamdulillah akak berjaya menunaikan hak akak sebagai warganegara.. Akak mengundi di DUN Kuang.. Mak akak orang kuat BN..


Akak nak citer pasal adik lelaki akak..(dah umur 35 tahun baru first time mengundi)  dia merupakan kali pertama mengundi..kat rumah we all dah bagi arahan macam mana nak mengundi..sila jauhi provokasi.jangan pakai baju parti anda..dia dengan lantang menegakkan pendirian dia sebagai penyokong tegar Parti XY.. we all ke pusat undi dalam pukul 9 pagi.. sebab tunggu dia bersiap sambil tu check jugak dia supaya tak buat perkara yang bukan bukan..malu akak weh,,, sepanjang perjalanan kalau berselisih dengan orang dia akan melaungkan satu slogan..sampai lah ke satu bendera parti yang yang meraih undi dia siap tunjuk sign good sambil laungkan slogan...sampai adik pompuan akak tegur.. tu bukan party XY lah.. tu parti BEBAS.. adoiii lambang party sendiri pun tak kenal ker? hahahaha


Masa beratur menunjukan ketidak cekapan SPR.. akak tanya dengan petugas SPR kat mana saluran 3 dia cuma tunjuk satu arah dia kata semua kat situ.. we all pun beratur lah.. sekali akak tgk awat lah semua muda belia je kat lane tu.. tanya budak kat depan.. ni saluran berapa.. sekali dia cakap saluran 5 daaa... patutlah we all rasa macam baru grad universiti kakakakak.. terpaksa tanya petugas SPR yang lain..akak rasa petugas SPR yang pertama tu kurang training.. masa ketua bagi briefing dok pikir dapat extra income kot..  lepas tahu kat mana saluran masing masing.. akak dan Addy pergi beratur kat saluran 3.. alamak berlingkau macam ular.. sampai akak rasa nak mengundi memakan masa 2 jam lebih lah beratur..adoiii balik umah kul 12 setengah..

We all masa silap beratur.. sebelah kanan akak adik perempuan akak dan sebelah kiri akak adik lelaki akak.. both mengundi saluran 4.. akak dan suami saluran 3.. nasib baik adik perempuan akak nih boleh menjaga tingkah laku abang dia di barisan undi.. tapi masuk dalam kelas mengundi tu ..jeng jeng jeng.. diluar bidang kuasa adik perempuan akak.. hahhahaaah..

Masa petugas SPR mintak no siri undi dan no siri dia tak sama dengan list dalam SPR.. huh!!!! adik pompuan akak kat luar sambil tgk abang dia dah suspend.. macam mana boleh tak sama kan..adik lelaki akak  dah mula buat anggapan orang lain dah amik undi dia..kakakakak.. tapi kalau check ikut nama memang ada tapi no siri lain.. okey proceed.. tetiba dia buat banthan UOLS!!!!!! pertama kali mengundi dia dah buat BANTAHAN.. hahahahahahah.. adik pompuan akak lepas keluar dari bilik undi tu terus pergi kat akak report pasal nih.. lama gak dia kat dalam tu.. apa lah adik lelaki akak nih.. akak suh adik pompuan akak gi tunggu check pasal abang dia..kang tak pasal pasal masuk penjara lak..


Muka Addy tak ada serinya sebab barisan sangat panjang.. dia suh akak berehat kat tepi tangga.. dia jaga barisan..

Akak tak nampak line tapi memang ada line.. just follow orang depan anda je..sila jangan potong barisan.. mau kena ganyang ngan laki akak..dia panas baran..

Addy suh akak berehat kat tangga masa dia berbaris kat tepi tu.. akak pun duduk sambil berwhatapp dan sambil main candy crush  sugar game.. ralit jap.. nak tukar tukar berbaris Addy kata tak payah la.. kat depan sikit ada kerusi boleh duduk gak.. Addy suh akak duduk situ sekali akak tgk hok yang duduk semua bertongkat terus akak kansel.. nanti nampak akak macam OKU plak.. takpe lah akak berbaris..  dekat dua jam setengah lagi 20 orang kat depan akak nih tetiba ada seorang lelaki baya akak ntah dari mana datang dok sembang ngan kawan dia kat depan akak nih.. mula mula sembang pastu dok baris kat depan akak nih.. hangin tak??  akak dengar kawan lelaki dia kata tak leh potong Q nanti orang belakang marah tapi dia buat bodo je..macam itu perkara biasa.. akak dengar orang belakang dah sok sek sok sek tapi tak berani nak tegur cuma perli perli je .. apa lagi laki akak pun berbekalkan darah pahlawan panas baran dok cuit bahu dia.. " abang nih memang baris kat sini ker? nak mengundi ker? " mamat tu tak pandang.. laki kak nih dok cakap kuat kuat.. ye kuat kuat uols.. BINI SAYA NIH MENGANDUNG 4 BULAN PUN SANGGUP BERATUR 2 JAM.." amboiiiii!!!!!!! mentang mentang akak BUNCIT dia dok guna alasan akak mengandung kat orang lain..orang tengok jari akak dok berinai sepuluh jari lak tu...speku akak kawen umur 40 tahun lah yek uols.. AWAS!!!! ko ADDY..akak speechless.. ramai lak penyokong Addy kat barisan belakang.. ahahhaha terus mamat tu kata takde lah nak sembang ngan kawan jer.. (padahal dia dok potong Q dekat 20 minit) takut gak dia ngan laki akak nih kan.. kemudian terus mamat tu blah.. hahaha lepas tu ada lah orang semua berani bersuara sokong tindakan laki akak nih..


akhirnya dapat juga calit dakwat hitam nih.. tapikan akak rasa SPR sudah kena tipu.. dakwat nih bertahan satu hari je. beli mahal mahal..sila claim balik dari supplier anda yek..  baik pakai dakwat pen parker tu je... . hari nih dah hilang 100%..padahal akak bukan membasuh  pinggan sangat, basuh kain pakai mesin..

Okey berbalik pasal adik lelaki akak tu yek.. Pasal no siri tak sama tu sebab dia bawak no siri BINI dia uols..nasib baik SPR tak citer panjang nak semak maklumat apa ke kakakkak.. kalau tidak malu besar dia.. lagi satu pasal dia buat bantahan sebab SPR tercalit kat dua jari..satu kat jadi telunjuk dan satu lagi kat jari kelingking so dia nak pegang kertas undi dah kotor.. so dia buat bantahan nak tukar kertas undi baru.. macam macam lah dia kan.. kelakar pulak. 5 tahun lagi akak nak suruh dia mengundi sama kawasan ngan wife dialah.. biar wife dia lak jaga dia.. susah weh nak monitor orang besar badak macam tu kakakakak

okey akhir kata.. Saya Tak Kalah.. cuma Saya Belum Menang..

PRU12
Parliment BN 140 PR 82
Dun BN 344 PR 161
Undi BN 4.0J PR 3.7J

PRU 13
Parliment BN133 PR 89
Dun BN 275 PR 230
Undi BN 5.2J PR 5.5J


No comments: