03 May 2013

LIMASTIGA HOMESTAY WITH BAINUNIAN

Mai sini akak nak citer.. baju akak tak sempat kering kat ampaian balik dari Redang dah ada xtvt bersama kawan kawan sekolah akak yang sangat superb.. we all ke Umbai Melaka dan stay kat Limastiga.. tempat dia memang awesome.. tersangat cantik dan kemas dan function.. We all nak booking tempat nih pun memakan masa selama lebih kurang 4 bulan sebab kalau hujung minggu memang fully book.. kalau weekday memang banyak lagi kosong..

kalau nak tahu pasal limastiga ni boleh lah melawat ke blog mereka di sini .. kat blog dia pun ada kalender yang bagi tau tarikh or date yang available.. kalau uols pergi sini just bawak makanan yang nak di masak je sebab everything dalam nih complete termasuk lah pinggan mangkuk.. as far as i check blender, oven dan microwave je takde..tapi boleh request kot.. BBQ pit pun dorang ada yang bagus nyer.. just RM40 per stay..

Ini adalah bilik karaoke yang sangat best..luas dan banyak jugak pilihan lagu.. sound system pun sedap..suara yang ala ala katak pun boleh merdu kan.. bayaran RM40 sejam.. we all start berkaraoke pukul 12 mlm sampai lah pukul 2.30 pagi.. jangan risau bilik nih sound proof..


Kat Limastiga ni terdapat 3 biji rumah tapi kalau hujung minggu kena amik ketiga ketiga rumah dengan bayaran RM2500 semalam.. ada 6 buah bilik yang sangat luas.. Rumah satu adadua bilik dan setiap bilik ada bilik air sendiri.. dapur pun terletak dalam rumah nih.. ruang makan pula open concept mengadap swiming pool.. makin berselera lah makan. .owh ruang tamu for rumah 1 nih tertutup..sangat luas dan boleh  jugak nak tidor kat ruang tamu nih..


Rumah 2 pulak studio type dan berasa di tingkat 1.. dalam bilik nih terdapat TV dan bilik air.. balcony juga besar dan luas

Rumah 3 pulak terdapat 3 buah bilik dan 3 buah bilik air. ruang tamu open concept dan ruang dapur pun terletak kat luar..


Pemandangan dari dining area Rumah 1..


Pemandangan Pool dari Rumah 2..

Ini adalah ruang makan macam dewan makan.. makan ramai ramai kat tepi pool.,.siap ada sound system nak pasang lagu.. rasa macam makan kat cafe je.. best best best sangat


Ini adalah open concept kitchen for rumah 3 dan rumah 2.. semua lengkap.. jangan risau.. kalau perlukan apa apa boleh mintak dengan penjaga rumah ni Kak Yah yang kat peti ais tu..


Ini adalah pintu masuk kat Rumah 1.. mas alast day masa we all sibuk nak bergambar group ramai ramai.. dia pergi terjun lak kat kolam nih.. jenuh pulak nak mandikan dia sekali lagi dan tukar baju..Alli memang pantang tengok ikan.. dia mesti nak tengok dekat dekat walaupun takut.. sib baik kolam nih tak dalam.. paras betis dia je..

Ruang parking dalam kawasan rumah gated.. boleh muat dalam 8 biji kereta juga nih..

I Am Bainunian stciker kat setiap  kereta.. how proud we are?? heheheh


Yang tak ada dalam nih Kim dan epoi sebab sibuk setting camera.. memang masing masing nak repeat lagi bergathering kat sini.. tempat cantik.. kawan kawan pun best..


Free style photo di luar limastiga sebelum balik.. we already miss the place..

Okey kalau nak akak uploadkan gambar memang tersangat banyak sampai akak tak dapat nak pilih mana satu.. korang layan lah video akak buat masa kami kat limastiga yek.. video akak buat nih tahap orang baru belajar buat video.. tapi suasana sangat happening.. enjoy the show :)



Akhir sekali kepada semua yang pulang mengundi.. berhati hati di jalan raya.. undilah dengan berhemah dan demi masa depan.. tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang warganegara Malaysia.. Peace!!!

2 comments:

dy ezreny said...

seronoknya..
lama tak terfollow blog akak ni..
sibuk..maklumla..musim sekolah..

kak,,lain kali tulis la skali kos2 yg akak gunakan spjg bercuti @ satu2 aktiviti..so org baru mcm sy ni..ada la berani sikit nk p tmpt tu..hihi..

Yus said...

boleh dear... tapi kalau kat tempat shopping kena sorok sikit harga kot nanti husband dapat tahu harga sebenar matilah akak kan kakkakakaka