04 May 2013

PEMBANGKANG DAN KERAJAAN

Terus terang akak tak suka istilah itu.. ramai orang jadi keliru.. ada anggapan bahawa Kerajaan memiliki Malaysia.. bagi akak tiada kerajaan dan pembangkang..cuma perti sajer.. Parti yang diberi mandat untuk mentadbir negara Malaysia nih.. kalau dah kata kerajaan memiliki  Malaysia maka ramailah pulak orang dalam kerajaan buat harta peribumi Malaysia macam Mak Pak dorang punya..

Bagi akak cuma parti Barisan Nasional dan parti Pakatan Rakyat.. tak kiralah siapa yang menang dalam election kali nih mereka cuma sebuah Parti yang diberi kuasa mentadbir Negara Malaysia dalam tempoh tertentu.. bukan selamanya.. so tiada istilah juga penentang kerajaan adalah penghianat negara.. . Let say Pakatan Rakyat menang mereka tetap parti yang mentadbir negara Malaysia.. tetap bukan kerajaan...

Okey enough of politik yang tak ada bersihnya kat situ.. cuma kita kena berfikir secara waras.. kalau selama ini kita okey dengan taraf hidup, ekonomi dan pendidikan keluarga kita why not teruskan dengan apa yang ada sekarang.. jika ingin merasa perubahan yang katanya lebih menguntungkan keluarga kita makan pilih lah parti yang menawarkan kemudahan tersebut.. pilih parti yang memerintah semudah menukar baju uols (ada yang tak setuju kan!!) bagi akak baju lama sangat pakai pun dah nampak cacat cela jugak.. buruk sangat uols.. compang camping.. baju baru tak tentu selesa dipakai.. tapi at least nampak cantik lah sebelum jadi buruk.. okey pendapat suri rumah seperti akak yang tak mendapat apa apa faedah pun atas perubahan negara...

Nak bebel sikit.. Addy dalam temph recovery chicken pox.. dah nampak elok sikit cuma tinggal bekas bekas je.. tapi.. anak akak alli pulak baru kena dua hari lepas.. berjangkit dengan Papa dia lah.. so akak nyer kerja double.. jaga anak sakit dan jaga suami sakit memang banyak perlu sabar.. rasa nak lari dari rumah pun ada.. hahahahahahahah.. kalau masa suami sakit dulu semua bende dia tak nak buat atas alasan takut jangkit.. sampai nak amikkan botol anak pun tak boleh.. sekarang anak sakit.. dia pun kata start sakit pening kepala lah.. tapi at least depa dah boleh berpeluk bagai..

Harap harap akak tak kena for second time lah..akak nak pergi Vietnam selepas mengundi nih.. kang tak ada semangat nak beli baju baru.. (tapi kalau shopping demam pun boleh sihat kan?)

No comments: