05 June 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 6

Okey tak habis habis lagi akak nak sambung citer vietnam nih.. akak malas nak citer detail lah yek.. akak nak sambung citer akak jalan jalan lain masa cuti sekolah nih.. kali nih citer pasal makan lah.. makan halal kat vietnam tak susah nak cari.. lebih lebih lagi kat kawasan area Ben Thaht tu .. tapi memang mahal sungguh harga dia.. akak pernah makan roti canai 2 keping sorang dengan kuah kari ayam serta satu air kopi ais kena RM30 uols. kat sebelah kedai Hajah Basirah.. restorant kampung ke restporan 1 malaysia tu.. akak lupa laaa.. sekali je tu lah akak makan kat situ.... roti canai dia tak rupa roti canai kita nih je.. giler banyak minyak huhuhu (tak sedap)
Bihun Daging kat Kedai Hajah Basiroh (jual makanan pun boleh kaya hajah nih)
Kedai yang akak selalu makan ialah kedai Hajah Basiroh ni lah.. ruang dia memang kecik sebab sebenarnya dia adalah kedai jual kain dan telekong tapi maybe dia tengok ramai permintaan dari pelancong Malaysia nih mencari kedai makan halal dorang bukak lah jugak gerai.. yang best makan kat sini dan uols kena cuba ialah Bihun Daging orang panggil mee Pho.. tapi pronounsation dia Mee Pher.. rasanyalah.. tapi cakap nak Bihun sudah.. :)
Suasana dalam kedai makan Hajah Basiroh
Kedai Makanan Melayu Champa Haji Halim
Kedai makan banana Leaf Saigon
Kedai makan Banan Leaf Saigon waktu malam ada mamak jual Roti Canai.. siap cakap melayu..MAmak Malaysia kot .. Kedai Banana Leaf Saigon ni terletak cuma 300 meter je dari War Museum jalan kaki dari War Museum

Kopi Ais on bike murah dah sangat sedap.. try lah.. satu cawan cuma RM1.50 dengan susu segar lagi perghhh
Kedai makanan Halal di dalam Parkson di Food Court
Merasa makan nasi beriani daging walaupun bukan pakai beras Basmathi
Kedai makan Ali baba masa we all jalan kaki nampak kedai nih

Antara tempat makan Halal boleh try kat HCMC ialah
1. Di Parkson Food Court
2. VN Halal
3.Kedai Samsuddin  445, Le Hong Phong Street Disct 10
4.Halal @ Saigon, 30 Dong Du Street
6. Bombay Rest, 66 Dong Du Street
8 Satay House Malaysia, 307/25 Nguyen Van Troi Street
9. Zam Zam, 26 Bui Ven Street
10. MAsala Kitchen , 28/21 Bui Vien Street
11. Mumtaz Restaurant, 226 Bui Vien Street
12. Idris Halal Food Benar BEn Thant Open 7am- 10pm
13. Banana Leaf Saigon Near War Museum
14. Daun Restaurant Sebelah Blue Wind Hotel.

Rasanya banyak lagi tapi kita g sana bukan nak makan sokmo kan :)

Pakai GPS bukan arah matahari


Depan Parkson .. High End Shop
Gigih cari mainan Hot Wheels dia kat sana
Saigon square 2

Kat saigon Square 2 tak banyak sangat barang barang.. tapi harga dia lebih murah dari Ben Thant dan tak payah susah susah nak tawar sangat.. berhawa dingin lak.. akak dapat beli baju anak buah akak GAP kat sini..murah murah je..


Okey akakk rasa habis dah sampai sini je.. penat lah.. heheheh apa kata uols pergi test kat sana lak.. kalau uols survive tak hilang mental macam akak.. Syabassss!!!! heheheh

2 comments:

ctsueraya said...

sumpah terus rasa nak gi vietnam tgk mangkuk bihun daging tuh...kat sini mampoo rasa dekat secret recipe jah

Yus said...

@CTsueraya: rasa dia lain.. ada makan ngan ulam ulam.. tapi ulam dia best hehehehe.. must try yek :)