10 June 2013

LEGOLAND MALAYSIA-JOHOR BAHRU


Okey nih kisah cuti sekolah hari tu.. sibuk jugak nak berjalan time orang cuti sekolah kan..  tapi of course lah we all pergi waktu weekdays.. tu pun setelah berpakai ngan kawan baik akak Aidee yang kini telah menetap di Jaybe... dia dah jadi Kak Long kawasan dah kat sana.. since dia pun housewife senang lah nak tarik dia dia dan Adam jadi our tour guide kan.. akak pilih tarikh selepas dia balik vacation dari pulau sibu.. bagi dia rehat satu hari pastu baru we all ke Legoland Malaysia.. Hotel pun we all tempah melalui Dear (Husband Aidee) sebab dia dapat special price.. so murah lah yek..

Akak pergi ke Johor pada hari Rabu 22/5/2013 dan bermalam di hotel M Suite.. ye uols tak salah baca.. memang M Suite (ada orang cakap hotel berhantu kan) nanti akak citer my story lak yek

Awal pagi lepas sarapan dan check out pukul 10.00 pagi we all berjanji nak jumpa ngan Aidee dalam pukul 10.30 pagi di entrance Legoland tu.. tak jauh dari hotel dan Johor Bahru bukan lah satu bandar yang sibuk dengan trafic jem.. dan takde tol pun ke Legoland walaupun jalan raya lebih dari taraf Duke hiway..

Parking lot pun kosong lagi.. sekali masuk bayaran Parking ilan RM7.. open space.. cuaca pun agak baik dengan mendung je.. takde lah panas pijar sangat nanti.. tapi akak standby payung lipat akak nih

Ada booth kat luar sebelum masuk kat Legoland tu

Tempat bergambar fave orang ramai

Akak dapat tiket diskaun 35% pemberian kawan akak Farah Eileen.. dia bagi banyak tapi valid sampai hujung bulan 5 je.. sib baik sempat akak guna..

Kaunter tiket pun comel je dengan tema lego tapi harga tiket tak comel tau.. mahal sungguh.. worth it?? akak rasa not worth lah.. tak banyak pun ride kat dalam tu.. bagi akak lah.. bagi anak akak dia nampak happy je dok ulang ulang naik segala bende.. akak naik sekali cukup..

Legoland Hotel dalam pembinaan..  lepas nih mesti ramai nak tidor kat sini.. anak akak siap cakap macam legoland California.. ntah bila di pergi california nih.. penangan tengok youtube hari hari  lah..

Beratur beli tiket dalam 15 minit gak sebab agak ramai jugak orang tapi tak lah seramai macam hujung minggu kot.. just nice..

Harga tiket dewasa selepas diskaun RM91 (RM140) dan harga tiket kanak kanak RM71.50 (RM110) mahal kan.. sebab tu akak kata pergi sekali boleh lah.. pergi berkali kali akak kena jual sekandang kambing lah yek.. sesungguhnya bercuti di dalam negara lebih mahal dari bercuti di luar negara.. bukan akak nak riak.. kalau kita pergi ke negara yang tak berapa membangun seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, China.. entrance fee untuk ke sesuatu tempat memang sangat murah dan worth it lah..termasuk hotel.. tapi nanti orang cakap kena compare lah epal dengan epal.. okey nanti akak pergi universal studio kat singapore akak buat review lak..


Alli dah tak sabar nak masuk dah.. dah lama dia idam kan nak pergi legoland sebab cousin dia dah pergi dan hari hari layan youtube pasal legoland nih.. dia tak tahu abang Adam akan datang nanti..lagi lah dia excited.. dia selalu sebut abang Adam ada pedang light saber dari starwars tu.. ada hint nak suh akak beli lah.. masalah nya pedang tu harga RM140 sebatang weh..




Dalam legoland nih terbahagi kepada beberapa section dan permainan dia mengikut tema kawasan tersebut.. tapi tak banyak.. jangan korang pikir macam kat satu section tu banyak sungguh permainan dia.. sikit je..

Dekat lego Technic permainan Roller coaster Project X (sebuah kereta naik 4 orang) Ada cawan pusing pusing

Akak berjaya memaksa Aidee naik Project X.. walaupun dia ada yearly past tapi dia tak pernah naik Project X nih sebab dia takut.. tapi akak paksa dia jugak.. Adam tak berani naik .. dia tunggu kat tepi tu..

Project X ride.. pejam mata all the way wakakakakakakak




Ni kawasan Lego Kingdom.. ada Junior Dragon  Ride tu kami naik..sebab dia ala ala kecik je kan.. hehehhe..

Nih Bapak Dragon ride.. satu bende nih je kami tak naik sebab jantung kami masih tertinggal kat Project X

entrance nak naik Dragon Ride nih dia buat ala ala castle.. kalau nak bergambar boleh lak

Merlin ride kot.. akak tak tahu nama dia.. tapi kalau tuk bebudak tak kelakar lah naik bende nih.. kalau macam akak naik baru nampak kelakar taw

ni pulak kid power (imagination section) kena guna tenaga sikit..

Build and test section (Imagination Section) duk kat dalam nih berhawa dingin.. bebudak dan bapak budak dan mak budak boleh main lego kat sini buat bentuk kereta selama sejam..ada limitation pulak kan.. iskkk kan dah bayar mahal mahal suka hati lah nak duk berapa lama kan..

Adam dan Alli sungguh creative buat kereta dan lawan sapa paling laju.. we all je tak jadi apa.. hahah

Kat sini building Lost Kingdom.. ada permainan laser shooting dan 4D movie.. 4D movie tu best sebab bila salji je.. dia lepaskan foam macam salji so kita rasa lah macam snow.. tapi mobie tu dalam 10 minit je..

Ini adalah beetle bouce.. kat are lost kingdom.. kan akak kata kelakar kalau orang dewasa yang naik.. bagi budak budak je lah.. tapi kalau rasa tiket dah bayar mahal kalau nak naik je lah kann

nih lah ride for Lost kingdom adventure kat land of adventure. ride nih bergerak dalam building dan kita kena tembak lampu pakai laser. pastru ada markah attahed kat car tu kita boleh tgk score kita.. fun gak main nih. tapi sekali je akak main..


Kedua dua gambar di atas adalah tak section Lego city.. Lego Rescue Academy.. penat weh nak gerakkan kete bomba tu dengan pakai tangan macam pam air tu.. pastu kena turun padamkan kebakaran.. ada 4 biji kereta bomba fight each other.. we all dapat no last hahahahah

Perut lapar singgah makan pulak kat area Lego City


Makanan mahal uols.. nasi ayam RM23 tuk dewasa dan RM15 tuk kanak kanak.. tapi since Aidee ada annual past boleh dapat diskaun 30% banyak gak diskaun dia.. tapi bebudak bukan makan banyak sanbgat.. dah otak dorang pikir nak main lagi je.. kang balik rumah lapar...
Junior Driving school

Junior Driving school

Junior Driving school

Junior Driving school kat lego city.. hok nih bebudak je lah yek..kalau orang dewasa yang naik memang sangat funneh hokey!!!
Boating school at Legocity
Boating school at Legocity
Yang boating school nih boleh kalau nak naik.. dia pakai kuasa bateri.. so boleh lah ajar anak bawak boat yek
Water Splash at Lego Technic
Yang nih boleh nak naik dengan ayah ke mak ke.. tapi anak akak naik sorang je..



Royal Joust at Lego Kingdom

Adam dan Alli selalu jalan pimpin tangan dan Adam selalu layan apa Alli nak main walaupun Adam rasa dia dah cukup besarnak main sesuatu ride tapi di ikut je.. kena cari seorang Abang untuk Alli nih..
Dino Land at Land of Adventure kat belakang tu
Dino Land Ride.

Akak dan Addy berjaya naik bende nih.. seram jugak abih basah kuyup lain kali kena bawak baju spare.. walaupun dia ada body dryer tapi tak boleh kering uols.. berani mati akak angkat kedua dua tangan tu

Dan akhir sekali melaway miniland yang dorang buat dari Lego.. tu je lah .. akak rasa tak banyak ride dia dan harga sangat mahal.. maybe kalau dia letak harga RM50 for dewasa baru berbaloi dan RM25 untuk kanak kanak baru ramai lagi orang datang kan..







Dan gambar di atas sangat Epic yek.. bukti we all naik Project X sambil tutup mata.. hahahaha btw satu gambar nih RM30.. mahalllll gambar kecik je saix 5R


No comments: