12 June 2013

M-SUITE HOTEL JOHOR BAHARU

Semasa akak pergi ke johor tempohari akak menetap di M Suite.. akak tak tau nak cari hotel apa lagi sebab akak jarang ke Johor.. plan nya nak tidor malam je..sebab awal pagi dah nakkeluar ke Legoland.. Nasib baik akak dapat harga istimewa dari kawan akak Aidee sebab Dear Husband punya sister company so dapatlah sebuah bilik yang memang luas


Suasana Lobby dia memang suram dan luas.. macam kurang perabot lak.. kalau banyak perabot lagi best nak lepak lepak kan.. lagipun cafe dia untuk breakfast kecil je..

Registration counter dan kawasan yang lapang.. akak tak tau dia ada perancangan nak buat apa apa dengan kawasan lapang tu ke.. kalau nak suruh anak akak main roller skate kat sini pun boleh


 Mereka jugak menyediakan khidmat transport ke Legoland yang jarak dari hotel nih cuma lebih kurang 20 minit.. dont worry sebab kat johor tak ada jem yang kronik jalan pun lebar dan baru.. masa check in anak akak dah nampak banner legoland nih terus excited tak menyempat nak suh amik gambar dia..


 Okey bilik dia memang luas dan ada set sofa.. tapi perabot dia memang agak lama dan lusuh.. TV pun guna kanta cembong.. Owh siaran dia memang tak dapat clear.. walaupun macam pakai satelit tapi still tak clear macam pakai indoor antena je.. maybe sebab TV tu kanta cembung.. wakakakak

bagi akak memang okey lah bilik macam nih.. nak macam mana lagi kan sebab bilik kat rumah sendiri pun tak luas macam nih dan barang barang pun tak lah lengkap macam kat hotel nih.. Tapi Addy ada sikit masalah.. nanti akak citer sebab akak tak kena apa apa pun.. jeng jeng jeng.. hahahahah takut lah tu

Set sofa dia macam zaman dulu dulu heheheheh.. comel jeee.. akak tak lepak kat sini sebab akak lebih suka lepak atas katil sambil tengok TV sambil makan kepok.. kat umah mana boleh makan atas katil weh !!!

Dapur dia tak boleh memasak tapi peti ais macam nak suruh memasak.. duduk satu hari bercuti lah.. ada ke nak ke dapur memasak kannn..

Bilik air dia ada sikit lama.. toilet flush tu tercabut.. Addy betul kan.. dan Bath tub tak leh nak takung air.. dia punya water trap tu dah rosak.. so terpaksa lah bawak Alli pergi mandi pool.. akak malas nak mandi pool tapi dah budak tu merengek nak mandi pool terpaksa bawak since bath tub tak leh guna..


Water preasure dia okey dan kuat.. hot shower pun great..

Lepas check in pukul 3.30 petang Addy tetiba ada conference meeting.. nasib baik line Maxis kat sini berdesup laju so boleh je meeting tanpa gangguan selama sejam... dan akak nyer wifi YES pun working kat sini so takde masalah nak buat kerja away from home..

pool dia sesuai sangat tuk kanak kanak..dan tak strict pun. boleh je mak mak nak terjun paaki T shirt dan seluat trek... siap ada dua slide lagi.. Dia ada life guard yang sangat friendly dan rajin nak ajar kanak kanak kat sini swimming.. akak tak pernah jumpa life guard (malay boy) yang sangat friendly macam tu. Addy dan Alli swim kat sini near 2 hrs jugak.. tu pun last minutes dalam setengah jan terakhir akak turun sebab bosan kat dalam bilik sengsorang.. nak tgk TV pun tak clear dan jenuh nak kena pusing kan TV.. so akak jaga Alli dan Addy naik ke bilik..


Rate dapat RM150 semalam.. memang berbaloi tapi ada kisah yang Addy kena main.. hahahahahah nak citer ke tak?? citer kang korang takut.. akak tak kisah nak citer sebab akak tak kena pun.. *amboi riak betul akak nih* muhahahahah

okey lah.. akak citer tapi tak ada mende pun.. maybe perasaan dia je.. okey masa check in Addy bukak pintu.. pintu dia tak boleh bukak.. dia pakai access card tapi kita touch dia tukar ke Green maksudnya boleh masuk tapi tolak pintu tak boleh bukak.. dua tiga kali try baru boleh.. macam ada orang tahan pintu pakai door stoper dari dalam.. ok fine.. masa masuk bilik Addy kata dia ada bau something.. akak kata mana bau apa pun.. cuma bau flooring kayu laminated tu je..

Masa dia naik bilik lepas swimming dia kata dia kena lagi.. pintu bilik tak boleh bukak.. banyak kali try tapi still macam ada orang tolak dari dalam.. sampai dia jerit lah "woi aku nak masuk" baru pintu tu boleh terbukak.. kebetulan je kot.. akak naik bilik akak tgk dia tengah pasang ayat Ruqyah dalam bilik.. masa tu dan nak dekat maghrib.. Akak pelik lah.. kenapa dia nak pasang ayat ruqyah tetiba kan..

Akak order room service nasi  ayam chiken chop  tuk Alli.. dalam 40 minit tak sampai sampai.. Addy macam gelisah..dok jenguk kat lubang pintu tu.. tetiba dia nampak waiter yang hantar food tu macam terpinga pinga cari bilik akak.. dia tgk budak tu lalu lalang depan pintu sampai Addy bukak pintu tanya Chicken Chop ke tu? budak tu terus stop kat pintu tu dan dia kata ye.. macam dia tak nampak bilik akak tu.. kebetulan akak dapat phone call dari kitchen kata ada order chicken chop tadi tak? dan waiter dia dah sampai ke belum? akak kata baru sampai dan perbualan berakhir kat situ.. dan lepas tu kawan akak Aidee call nak buat prank call tapi tak menjadi hahahaha...

Esoknya masa lepas balik dari breakfast sekali lagi pintu tak boleh bukak.. memang indicator kat pintu tu dah bertukar colour hijau tapi still tak leh bukak macam kena lock ngan door stoper kat pintu tu.. lagi sekali Addy tarik nafas dan ketuk pintu tu macam nak bagi isyarat nak masuk rumah tu.. baru dia boleh bukak.. dia kata semalam pun macam tu masa dia amik barang dari kereta nak masuk bilik.. Hmmm

Tak seram sangat pun kan.. selagi akak tak kena apa apa.. akak okey je.. patutlah malam tu Addy tidor tak nak tutup lampu.. akak okey je selagi akak boleh main candy crush saga game akak tu mo man tai heheheheh

Sekian

No comments: