18 June 2013

PERKEMBANGAN ALLI DI SEKOLAH BARU

Baru tak baru lah jugak.. dah hampir tiga bulan Alli bersekolah di sekolah baru setelah keluar dari Little Caliph sejak bulan 3 hari tu.. rugi je akak dah bayar fee tahunan RM1k++ dan bulanan near 300 serta  berbagai bagai kelas tambahan tapi Alli still tak nampak progress.. Bila tanya cikgu semua okey siap akak antar extra class lagi.(membaca intensive sebulan pagi sampai petang) . tapi bila akak tanya Alli apa apa tentang pelajaran standard dia pun tak tahu.. bayangkan setelah setahun lebih kat situ huruf A sampai Z pun tak pandai lagi.. tapi akak terpaksa mengambil tindakan merugikan keluar dari sekolah tersebut dan pindah ke sekolah tadika lain..tak ada refund so far..

Perkembangan Alli..setelah 3 bulan ... sekarang dia dah boleh buat Mathematik (Tambah dan Tolak) dengan baik sekali.. membaca juga ada nampak improvements.. huruf A sampai Z sangat fasih.... Kalau bacaan dalam English memang Alli boleh belajar dengan laju dan boleh membaca buku Peter and Jane dengan sedikit bantuan.. Bahasa Malaysia punya bacaan memang kena banyak bantuan..

Disekolah baru teacher Alli membetulkan balik dari sebutan huruf yang dah setahun lebih Alli belajar di Little Caliph Sri gombak.. memang TLC menggunakan kaedah polyphonic tapi sebutan salah.. kalau huurf B bukan di sebut BA sebagaimana TLC ajar.. dia adalah be'h.. C bukan CA tapi Ce'h.. now sebutan dia dah betul Dan yang bagusnya setiap kelas cuma ada maximum 6 orang je..

Alli sangat suka sekolah baru nih.. kalau dulu dia merengek setiap kali nak ke TLC.. dalam kelas dok asyik masuk bawah meja tak mo belajar.. kat DAM nih Alli sangat looking forward ke kelas. dia sangat seronok .

Kalau dulu kat TLC akak tak berpeluang nak monitor apa yang Alli belajar sebab tak dibekalkan buku buku yang Alli belajar kat sekolah dan tiada maklumat apa yang dia telah belajar.. kat DAM nih setiap hari buku dibekalkan dan dia enjoy buat kerja rumah.. tak sabar sabar nak siapkan kerja rumah hehehe.. tapi kerja rumah dia simple je dan sikit.. tapi akak dapat tgk progress yang dia telah belajar dan boleh buat revision kat rumah..

Alhamdulillah akak happy dengan progress Alli..sebagai parents kalau rasa anak tak boleh follow dengan sesebuah tadika or sekolah dan ada menunjukkan pemberontakan dalam pelajaran sila kaji dengan pemilihan sekolah tersebut.. adakah anda merasakan anda memilih sekolah tersebut atas penjenamaan seperti TLC, CIC, QDess dan lain lain lagi.. Jangan takut untuk mencuba..

P/S: did i tell u anak jiran akak sebaya alli di seolah tadika biasa tanpa jenama tu boleh membaca dan menulis dengan lancar? pikir pikir kan lah yek..

2 comments:

Sekadar Coretan said...

Yus akak pernah menghadapi situasi begini satu ketika dulu masa salah sorang anak peringkat ni, memang merisaukan, cara pengajaran polyphonic yg bermula awal sekitar taun 90 an nikena sebutan yang betul seperti be'h dan Ceh'h dimana akak sendiri jadik teacher setelah diajar oleh rakan tentang cara sebutan ni. Tahniah Alli dah dapat mengatasi masalah ni....setiap kemajuan anak amat mengembirakan hati ibu kan.

Yus said...

tu lah kak... memang tak biasa dengan cara nih.. kita nak ajar pun tak master.. biasa belajar cara dolu dolu maklumlah lahir tahun 70an hehehehe

tapi yang sedikit ralat cikgu tadika tak mahu cerita yang benar masalah anak kita.. maybe kerana takut kehilangan pelajar kot..nasib baik saya suri rumah boleh selalu check perkembangan pelajaran anak :)