04 July 2013

DAH MALANG TAK BERBAU

Mood nak blogging pun dah kelaut banyak gambar akak nak pilih sempena percutian akak ke Kota Kinabalu selama 5 hari tu.. Hari Rabu masa nak hantar anak akak ke sekolah akak keluar awal sikit sebab nak pergi lunch.. sebab stock kat dapur pun tak ada.. makan kat luar je lah.. malas masak pun ye jugak

Ntah macam mana masa nak keluar simpang akak memang tak perasan sungguh kereta nih datang.. kalau ikutkan akak memang sentiasa berhati hati kalau nak ikut simpang.. dah memang tak jadi.. nasib baik tak bawak laju..keluar simpang dengan berhemah gituew.. 



Makak akak terlanggarlah pintu belakang kete minachi nih.. amboi dia punya marah akak macam akak langgar ferrarri baru dia..dia belek kete dia sampai ke bumbung ( which is tak ada kena mengena) Siap nak buat report polis.. akak rilek je akak mintak maaf dan akak tengok tak teruk dan akak decide nak bayar kos tu.. dia pulak kata nak report polis.. kalau report polis akak kena bayar saman dan dia kena bayar saman RM300 nak claim insurans pun tak berbaloi.. lepas tu dia call anak dia..anak dia kata setuju settle luar..



 Petang tu janji nak jumpa kat memana nak hantar repair kete dia.. lepas hantar alli pergi sekolah akak survey lah beberapa bengkel area Sri Gombak.. berbekalkan sekeping gambar damage kereta nih.. banyak jugak beza charge antara satu bengkel dengan satu bengkel..paling tak boleh blah satu bengkel kat taman samudra run by myanmar dekat depan petronas tu mahal giler RM550 dia charge.. pakcik akak kata dalam RM350 je damage macam tu.. (kawan akak pernah buat kete opel dia kat situ  cat depan belakang bumper RM1K hasilnya amat mengecewakan tak sampai beberapa bulan cat terkopek) akak of course pilih bengkel melayu dia charga RM300 siap cat dan ketuk satu hari boleh siap.kat taman industri Bolton.. . maksudnya kete tu kena bermalam kat bengkel..

Petang tu anak minachi nih  datang seperti di janjikan.. dia kata nak bawak kete dia repair kat Taman Melati.. akak kata akak nak bawak bengkel akak since akak yang bayar.. dia nak tgk dulu.. sampai bengkel mekanik tu kata charge RM300 dia kata nak survey kat Taman Melati bengkel dia. ntah apa dia bincang kat telephone dengan bengkel kawan dia.. akak kata boleh kalau nak buat kat Melati tapi akak bayar cash RM300 je lah as harga bengkel nih.. dia kata kalau bengkel dia kena RM700 macam mana.. dia kena kena tanggunglah sebab akak dapat harga murah kat gombak..

lepas setengah jam dia call akak dan kata dia nak cash.. since akak dah bertolak ke sekolah anak akak so akak suruh Addy settle dengan surat akuan penerimaan RM300 dan tak ada sebarang tuntutan lagi lepas nih..kang tak pasal pasal dia report polis kata akak langgar lari.. kena berhati hati..



As kereta akak cedera ringan je.. maka upah cat and blasting bagai kena RM150 kira okey lah.. total damage akak hari nih RM450.. huhuhuhu.. dan Addy bagi warning.. no more SPA for next 2 months as denda.. huh berkira sungguh!!!!

3 comments:

Langsir Coklat said...

Eishh..nasib baik akk bijak & tegas nk buat kt bengkel yg murah tu..klu x rugi rm400..nissan sentra ja pn..huhu

nadeafu chan said...

Salam kak. Nak tye. Apa nama bengkel kat taman industri bolton tu? :)

Yus said...

Alamak lupa lah nama kedai.. tapi kalau masuk ikut taman industri bolton lalu belakang sekolah.. pastu nampak deret bengkel kat belah kanan.. kedai dia hujung sekali menghala ke wira damai.. dah dekat dengan perumahan teres...taman industri bolton.. kedai melayu.. nama dia Godang paint kot..